Blog Header

Mentari Ungu

Mentari Ungu

Aku pun takde idea kenapa selalu warna ungu menjadi simbolik sejak dua menjak kehidupan ni.

Pelangi Ungu, Mentari Ungu, Bulan Ungu, Awan Kelabu…hurm…entahlah labu…

Mungkin sebab zaman asrama dulu kerasukan oleh Ungu Violet kot. Ala…cerita indonesia yang pernah hit zaman dedulu tu…

Selepas dikhabarkan tentang rekontraksi semula sebuah kemunculan bijakbata, aku diisytiharkan mengenai penurunan dari legasi itu. Legalah jugak rasa dia…

  • Tak perlu bersusah payah mengaplikasikan sesuatu yang bukan lagi minat untuk diteroka.
  • Tiada lagi rasa terbeban pada suatu yang tidak difaham

Seperti yang pernah dicerita, dunia kedewasaan ini aku lebih gemar untuk undur diri dari segala perkara yang memerlukan perhatian tinggi atau kata lainnya komitmen. Dengar saja frasa komited, laju saja lari…

Entahlah…malas benar nak letak tanggungjawab pada suatu perkara yang kita sudah tiada hati untuk diberi.

Alasankan?

Hahaha katalah aku sang pengalas yang gemar lari dan memberi alasan dari sebuah kejayaan. Gue sudah lali dong….

Tak salah pun lari…

Takde masalah pun menolak perkara yang kita tak pasti…Lebih² lagi kau tiada apa untuk dirugikan…

Lelah jugak perasaan bila kena ikut arus yang terlalu mengejar segalanya. Bicara sikit, soal bisnes. Berkata sikit, semua tentang duit…

Urgh!

Bodohkan aku…hahahah

Minggu ni aku bagi pengaruh Avocado pada isi dunia. Seminggu tak jumpa, kempunan rasa. Eh isi dunia, isi rumah da…nak boh gambar kemain payah. Kalau korang rajin usha igstory aku, mesti perasan aku upload gambar kek tu.

Pastu adalah pengalaman baru teman kawan zaman sekolah rendah record lagu. Okaylah…walau jujurnya aku lebih rela tido dan memeruk dibalik kaunter meja. Hahaha kejam sia…

Keakuan itu diakui yang kalau boleh aku mahu kurang interaksi dengan manusia bumi. Mana yang sedia ada kenal pun aku selang bertanyakan khabar kehidupan. Inikan pulak mahu ditambah jurang.

Baiklah aku sibuk perbaiki amal dan taulan yang sudah lama tidak dihiraukan. Hambar kan entri kali ni….hambar macam tiada msg dalam masakan.

Chow dululah gini…baik aku buat kek adam dalam Cooking Diary.

Indah bahasa pada aksara,

Indah rupa pada bahasa,

Indah pekerti dikenang mati,

Indah mentari dihampar tinggi.

P/s: dengar²kan kata orang, lamakan hidup tiada kemajuan.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top