Search
Close this search box.
Ruang & Peluang

Ruang & Peluang

Aku sepatutnya boleh je cerita dekat dalam buku. Dalam diari, tapi nantilah dulu. Aku pun dah lama tak bercerita di sini.

Dalam kehidupan, (cyeh nak berfalsafah pasal hidup pulak ye?), kita sentiasa diberi ruang dan peluang. Cuma nampak tidak nampak sahaja.

Ye ke?

Bila masa aku diberi ruang sendiri?

Masa zaman belajar, kita dah terlalu banyak ruang untuk kenal diri. Kenal Ilahi dan personaliti manusia yang mendiami Bumi. Ruang itu samada kau guna secara berfaedah atau tidak saja bezanya…

Peluang?

Bila masa pulak diberi peluang?

Hidup. Hidup itu peluang.

Peluangnya pula kita berhak memilih.

Kita berhak bersedia untuk ditolak dan diperkotak walau kita itu asalnya tidak berbentuk.

Rejection is a common thing…

Being used is another thing….

Orang, umumnya suka guna dan kenal kita untuk mencapai cita mereka yang tidak tercapai.

Tapi tak semua begitu kawan…tak semua…

Orang yang kita jumpa adalah pantulan kepada imej personaliti kita juga. Kita pun tahu, Tuhan tidak hadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebab. Setiap apa yang berlaku pasti bersebab. Itu logik.

Ruang.

Ruang mana lagi yang kau harus cari dan isi dengan segala rasa yang penuh di hati?

Adakah benar hidup ini punya ruang jika segala alam sudah dipenuh jisim yang tidak kelihatan? Molekul, partikel yang jika dilihat pada microscope, nescaya kita rasa ruang itu tiada.

Aku pun tak tahu apa sebenarnya aku merepek, tapi setiap dari kita punya ruang dan peluang untuk mengubah segala takdir dalam hidup kita.

Kita, penulis cerita kita. Kita berhak untuk menukar watak dalam coretan. Kita juga berhak mematikan saja watak itu tanpa sebarang penjelasan. Sebab tak semua manusia mampu membayar harga sebuah jawapan. Hatta dengan dua perkataan.

Kenapa?

Kenapa bersikap kejam?

Siapa yang kejam?

Bukan kita semua adalah villain dalam cerita setiap manusia yang kita selisih? Tidak ramai, satu pasti ada…

Ya,…memang kita akan mencuba untuk menjadi superhero kepada setiap kenalan, tapi tidak sikit pun dari mereka kan sematkan kita dalam ingatan.

Pabila fasa itu sudah berlalu, terhapuslah kita…

Sama juga kita hapuskan mereka dari fikiran. Seri bukan?

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top