Blog Header

#Bertabahlah…

text, letter, old-4095909.jpg

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Dalam post kali ni, aku mintak maaf seandainya ada tuturan dari susunan kata aku yang bakal menyinggung rasa dalam hati kalian. Perkongsian ini, aku harap dapat mencelikkan minda kita semua.

Ini bukanlah topik serius, ia hanya satu isu kecil yang dipandang remeh.

Hari tu, aku dah cerita yang aku tukar kos. Bila kita tukar kos, tahu ajelah, cabaran dia memang banyak. Dugaan? tak payah cakaplah. Semuanya tertakluk pada diri kita samada nak jadikan perkara itu sebagai loncatan atau halangan.

Cabaran bila tukar kos masa ambil degree adalah:

Kita akan bermula dari semester satu balik.

Tak buat pengecualian kredit ke?

Ada. Tapi tertakluk pada subjek yang terlibat.

Jika ada persamaan sebanyak 80%, mungkin kita boleh kecualikan. Kalau tak, memang kita kena ambil balik subjek tu..walau bunyi dia ala-ala sama.Maka, nak atau tidak…pilihan tu aku dah buat. #bertabahlah.

Masa perjumpaan dengan semua pelajar baru dari FSPU (Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur), dia ada tiga kategori:-

  1. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang yang sama
  2. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang lain (tukar kos-ini aku-)
  3. Pelajar Asasi, STPM dan Matriks

Untuk kategori dua dan tiga mereka kebanyakkannya akan bermula dari semester 1 bagi peringkat degree. Dan kategori 1 pulak, akan terus lompat ke semester 3.

Sebabnya?

Subjek tu mereka dah belajar masa diploma dulu.Beruntungnya calon kategori satu ni, diorang hanya belajar selama dua tahun je untuk degree.

Dalam FSPU, calon kebanyakkan datang dari UiTM Sri Iskandar (S.I) dan juga UiTM Arau. Malangnya, ramai yang tak tahu bahawasanya di Arau ada UiTM! #bertabahlah

Aku ada dapat soalan yang ‘sangat cerdik’ dari salah seorang kenalan dari kenalan yang aku baru berkenalan. Takpe…pujuk dalam hati, kali ni aku maafkanlah dia. Sesungguhnya dia tidak mengetahui…so, kat sini aku nak cerita, in case masih ramai lagi yang tak tahu.

Arau ada apa ek?!

Arau ada UiTM. Namanya UiTM kampus Arau, Perlis. Ia juga dikategorikan sebagai kampus cawangan yang terbesar.

Lagi satu, ada Academic Height! – Tempat lepak paling best! –

Perlis ni walaupun kecil, tapi padat dengan institusi pendidikan.

Yang meriahkan Perlis adalah pelajar. Itu fenomena yang tak asing lagi. Di Perlis, tiada lapangan terbang. Walau tiada wayang, Perlis masih mampu menjadi destinasi liburan. Berbanggalah kalau korang dapat sambung belajar kat Perlis.

– ni mesti kes tido masa MDS hari tu nih..sampai basic knowledge tentang uitm pun tak tau ni…kan?-

Aku sanggup ambil bidang Geoamtik semata-mata nak datang dan duduk kat Perlis.

Alhamdulillah, pengalamannya sangat berbaloi dengan risiko yang aku ambik… ^_^

Awak semua, yang mana dapat sambung belajar di UiTM, janganlah merasa kerdil. Berbanggalah walau sedikit. Tapi, jangan sampai riak.

Sifat ‘humble‘ tu silalah semat dalam diri.

Jangan terlalu mendongak sampai lupa pandang ke bawah.

Dimana saja kita berada, tanah dan langit tak pernah tinggalkan kita sendirian.

Kalau tak ditelan bumi, dihujani batu…

Tak, aku tak marah pun dengan korang…Cuma aku terkilan. Sangat terkilan bila situasi begini berlaku. Kita semua sama je.  

-Dari tanah kita datang, pada ia kita kembali.-

Cumanya, aku tak mau rasa terkilan tu mencengkam sampai ke sanubari. Cukuplah sekadar atas angin. Sehari dua mungkin aku betah lagi melayan karenah mereka…

Jadinya, untuk mengelakkan peristiwa ni berulang, aku jelaskan lagi disini;-

bahawasanya di Arau terdapat UiTM. 

Kadang benda macam ni, kita tak tahu pun bakal menyinggung mana-mana pihak. Sebab bagi kita, benda tu takde maksud apa-apa. Maka, pesan aku satu je;

bertabahlah pabila ia melanda anda semua.

Usah melatah atau melenting, mungkin benar mereka tidak tahu.

Maka, jalan terbaik; berdiam diri atau perjelaskan pada mereka.

Iya, dulu aku tak tahu pun kat Perlis takde lapangan terbang. Aku tak tahu pun, kat Perlis takde wayang. Tapi, benda ni janganlah kita pertikaikan. Syukur tu penting…#syukurselalu

Masa mula sampai Arau, aku pun terkejut. Maunya tak terperanjat bila kita biasa shopping kat mall, bangunan tinggi-tinggi belaka (takdelah tinggi mana pun…). Tetiba kat Perlis, semuanya nampak klasik. (Tapi sekarang Perlis dah maju wooo..jangan memain tau!)

Dengan lampu isyarat setiap lima minitnya. Kadang tu bengkek jugaklah…Tapi, bila aku dah tinggalkan tempat tu, perasaan aku masih lagi melekat kat situ. Aku rasa rindu giler nak pusing Arau. Rindu tom yam dia. Rindu barangan yang murah. Kedamaian yang dia ada….#rinduarau T^T

Betullah kata orang, benda dah takde baru dirindu. Bila depan mata, serba buat tak tahu…- lumrah -#Bertabahlah duhai hati.

Cabaran hari ini, jadikan pemangkin untuk hari seterusnya,

Fahami setiap manusia,Paling tidak, hormati prinsip mereka.

Last but not least, #bertabahlah dengan karenah manusia.

Lagi-lagi sekarang ni aku hidup dalam kelompok yang sangat ramai. Maka, probability untuk menjadi seorang yang ‘remarkable’ tu adalah sangat sukar. Satu je kunci dia, jadilah diri sendiri…

Maaf dari hati dari saya untuk anda; pembaca budiman semua…Thanks for reading!

p/s: awalnya aku nak bebel pasal betapa ramainya calon yang ambik kos ni…T__T

Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 5, 2016 11:33

takpe..nnti2 siqah akan sampai ke sana jugak…
iyap…yg penting kita yang belajar..bukan tempat jd alasan…
thank you siqah! 🙂

Siqah Hussin
October 5, 2016 10:50

Siqah tak pernah sampai Perlis. Teringin nak pergi sana nanye. Tak kisah sofie walau di mana kita belajae. Yang penting adalah niat nak belajar. Biarlah berada nun jauh di utara pun kan.. good luck sofie 🙂

sofie adie
October 3, 2016 11:28

ha'ahlah….baru perasan…hehehehehhe…traffic light dia sudah cukuplah nina…lepas ni pi arau kena bukak mata luas2…sebab asyik tido je setiap kali naik kereta…^_^!

sofie adie
October 3, 2016 11:26

salam yana! yeay!! high-5 sikit!
betul tu…kalau tak habis dekat makanan, dekat mana lagi kan..hehehehe..
rindu kuey teow kungfu tomyam!! T^T

sofie adie
October 3, 2016 11:24

itulah kak…ianya sangat sedih dan amat terkilan…hanya mereka yang bertuah sahaja berjaya ke sana…:)

sofie adie
October 3, 2016 11:23

thank you kak shikin! insyaAllah saya akan cuba harungi dengan jiwa yang kental! hidup sofie! hidup!

Hanis Amanina
October 3, 2016 11:18

kite dengar perlis ada satu roundabout je. betul ea?

hanisamanina.com

The KehalusanKelembutan
October 3, 2016 11:18

salam sofie #gengArau jugak..
Yes arau tak ada semua tu tapi yang tak ada tu jadi kelebihan pada kita… duit tak habis oooo… habis sebab makan makan makan hehehehe

nadialadzim
October 3, 2016 11:18

tak sangka ada yg tak tahu arau ada uitm..uitm arau dah lama kot…..zaman kak nad lagi dah ada kampus kat sana..

Shikin Razali
October 3, 2016 11:18

Tabahkan hati awak Sofie… ◕ ‿-。 just be yourself and ignore the negative things.. be strong girl.. =)

Scroll to Top