Dilema Blogger di Alam Kerjaya

Dilema Blogger di Alam Kerjaya

Masuk minggu ni, maka genaplah dua bulan aku bergelar seorang manusia bekerjaya. Bekerjayakah aku?

Itulah persoalannya…aku sendiri masih confused dengan situasi kehidupan aku sendiri. Meh aku senaraikan segala perkara yang telah menyerabutkan fikiran aku sejak dua menjak ni:-

  • Dahlah masa awal kerja, aku tersangatlah tidak ready.
    • menyebabkan secara mental dan emotionally, aku breakdown sebab tiada persediaan yang cukup rapi
    • walaupun aku dah jangka yang aku akan bekerja, tapi tidaklah sesingkat cuti dua minggu…
  • Tempat kerja….
    • peratusan pekerja yang berhenti dalam tempoh kurang dari dua tahun itu sangat tinggi
    • membuatkan aku rasa takut dengan kemungkinan yang aku sendiri tak pasti…
    • dia best, selesa, okaylah…waktu kerja okay, jarak dari rumah okay,…co-worker pun no hal…but feel like something is missing…
      • yep, that’s right…there’s no appreciation and loyalty treatments

Dan dilema sebagai seorang blogger (walaupun sekadar suam-suam kuku) di alam kerjaya ni of courselah identiti kita sebagai blogger!

  • patut ke aku bagitau dorang tentang passion aku?
  • atau aku patut pendamkan saja dan hanya jadi penyu
  • atau…aku jadikan tempat kerja sebagai platform untuk kutip pengalaman sebanyaknya dan ikut semua exit plan yang aku dah gariskan timeline dia….
  • atau, aku jadi manusia yang takde inspirasi dan datang kerja semata-mata gaji….
    • yang akhirnya menyebabkan aku jadi sloth??? what????

Okay, itu antara persoalan yang buat aku keliru! KELIRU dengan semua huruf BESAR!

Takut???

Opkos der aku takut dan rasa macam….setiap apa yang kau buat akan dipandang seperti debu di kasut maharaja walau kau rasa itu adalah contribution yang terbaik kau bagi. Tapi dimata mereka??? Kau tak ubah seperti …apa ek frasa yang sesuai untuk digambarkan…..

Kau macam….haaa kuda larian di litar. Penghujungnya, kau hanya seekor kuda. Yang bila-bila masa boleh diganti dengan kereta…atau mesin lumba. Deng it! I hate those vulnerable feels…rasa murah dan tak bermaruah dowh…

Ke aku yang overthinking pasal the anonymity of the future?

Macam, aku letak rules & regulations serta guideline setiap kali orang nak kawan…atau ketakutan pada exposure dan recognition?? Sumpah ia menakutkan! Sampai aku rasa macam nak lari ke gua dan cave in dari melakukan sebarang interaksi.

Dilema ni bukan sehari dua menganggu jiwa…ada jugaklah aku cuba untuk alih perhatian tentang persoalan ni dengan layan series, atau baca research, atau tidur. Yeah, mostly tidur….

Maklumlah, aku pun budak mentah dalam dunia kerjaya, walaupun dah jilat dan palit berjuta garam pada pelbagai birat luka, tapi masih banyak lagi garam yang aku tak telan…dan sapu dengan limau purut pada hirisan luka yang bakal terjadi….

Imaginary luka yang tak berlaku tapi aku dah rasa sakit. Bodohkan?

Inilah namanya overthinking pemusnah keceriaan hidup.

Aku cuba telan dan sapu luka tu dengan losyen instead of garam, aku cuba walaupun aku tak pernah suka tekstur losyen. Aku cuba…doakan aku tidak terlalu takut pada terjun bangunan atau kata lainnya langgar dinding tanpa sebarang perancangan. Aku harap akan okaylah nanti.

Hopefully….phew!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top