Blog Header

Kompilasi Pengalaman Interview Part 1

meeting, brainstorming, business-594091.jpg

Cerita pasal interview ni kadang boleh buat perasaan kita turun naik beremosi. Berharap agar dapat. Berharap agar tak dapat, berharap itu, berharap ini…tapi yang paling penting, anggaplah semua ini sebagai sebuah pengalaman yang mendewasakan. Kadang dari interview ni banyak perkara kita boleh belajar, ambik pengajaran, improvekan diri.

Terlalu banyak nilai ilmu dari sesi temuduga sebenarnya. Yang belum tentu orang yang bagi tips juta nam tentang interview dapat rasainya. Sampailah korang sendiri hadap. Hanya yang berjiwa kental suka hadap interview ni. Hahahaha….

Macam aku, aku punya alasan jump kerja sebab nak challenge diri masa sesi interview. Mencari career advancement kata orang. ‘Apa yang nak diadvancekan?’ Interviewee tanya, ‘Work environment, company culture, and a lot of things in career world that I have to explore…’ – itu jawapan aku. Acah kemain kan?

Padahal, dah ada kerja nak kau, kau tak nak kerja tu. Dah kau nak kerja tu, kau pulak takde rezeki. Takpelah…sangka baik sajalah…mungkin rezeki kau ada lagi di tempat lain…

Nak kata berpuluh tu, tidaklah lagi sampai berpuluh interview yang aku attend. Tapi aku memang ingat hampir semua sesi interview yang aku pergi. Haaa nak mula dari mana cerita interview kita ni? Banyak ni nak share. Kelakar ada, tak masuk akal ada, rasa macam alasan semata pun ya… macam-macamlah. So, aku cerita bermula dari sesi awal aku kena interview secara rasmi hinggalah yang terkini. Kalau korang rasa kompilasi cerita interview ni dapat membantu hilangkan gugup korang masa hadir temuduga, moh le baca sampai titik akhir entri ni hehehehe ^_^

First interview aku pada tahun 2013.

Masa ni aku baru lepas habis SPM. Aku ni SPM lambat sikit dari manusia normal. Jadi sementara tunggu result keluar untuk sesi permohonan UPU semua, aku pun apply kerja dekat salah satu company retail yang amat ulung jugaklah. Since masa apply tu aku berdua dengan kakak aku, jadi kitaorang tak boleh diletakkan dalam satu department yang sama. Maka aku mendapat jawatan Sales Assistant.

Aku ni jenis sempoi, tak gabra sangat even tempat baru. Jadi bagi aku sesi interview tu semacam sesi suai kenal dan borak-borak. Aku boleh lupa jugak yang aku ni sebenarnya sedang ditemu duga. Alhamdulillah dalam minggu yang sama aku dah boleh ambil uniform dan start kerja pada minggu hadapan. Seronoklah jugak dapat kerja, even gaji tidaklah havoc mana. Tapi takpe, kita kumpul pengalaman.

Nama supervisor aku pun aku ingat sampai sekarang dan dia pun masih lagi kerja dekat situ. Kadang aku rajin, aku tegurlah dorang. Macam tak sangka dah nak dekat 10 tahun aku tinggalkan kerjaya di situ. Seronok sebab rakan kerja kat situ boleh tahan masuk air semua. Plus, kita jenis open je dengan orang, takde biased etc.

Sekarang dorang semua dah berumah tangga dah. Adoyai….

Lepas je dapat result UPU, aku terus hantar notis. Tak lama pun kerja situ. Dalam tiga bulan saja. Dan lepas habis diploma aku baru ingat nak kerja situ balik, sementara tunggu sambung degree, tapi dah tak boleh. Sebab dorang ada protokol dorang sendiri.

Second Interview as Part-Time Sales Assistant lagi?

Kerja kedua aku ni aku apply masa sambung belajar degree. Maklumlah kos sara hidup zaman tu sudah meningkat, aku nak buat duit belanja tepi plus isi waktu lapang sambil cari pengalaman, maka aku apply lah satu kerja dekat Indeed. Aku baca je posting iklan kosong tu, terus aku call orang yang posting.

Perghh….berani sia aku call orang! Tak pernah jangka aku ini berani juga ya hahaha….aku ni jarang bercakap, bercakap pun ikut pada mood. Rasa nak cakap, kita cakap. Cakap pun bila rasa perlu. Berat nau mulut ni.

Lepas pada call tu, poster job tu buat appointment untuk sesi temu duga dan isi borang.

Che…masa ni aku pakai smart tahu. Professional gitu. Pendapat aku, tak kiralah kau interview untuk apa jua position, yang penting keterampilan casual professional tu mesti ada. Sebab? Itulah first impression kau. Lepas tanya sedikit latar belakang dan satu dua soalan, aku isi borang. Nanti dorang akan bagitau kalau aku dapat kerja tu.

Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dapat kerja tu dan bertahan sepanjang aku sambung pengajian degree. Kecuali masa ada thesis je aku berhenti kejap. Tak lama lepas pada tu, kedai tu dah tutup disebabkan mall tu dah tak dapat banyak sambutan masa tu. Tapi, aku punya khidmat tetap digunakan dekat cawangan lain.

Inilah pengalaman kerja paling adventure untuk aku. Sempoi, simple….dan paling penting aku enjoy.

Lepas habis belajar, aku start apply kerja based on office pulak….

Third Interview as….

Kalau tak silap aku kerja ni aku dapat dari JobStreet. Ke Indeed? aku pun dah tak berapa ingat.

Sebelum pada kau dipanggil temuduga, masa aku apply tu dia ada request kita untuk jawab satu kuiz. Dan masa tu, dorang kata analisis hasil dari kuiz tu, aku merupakan calon yang paling dekat karakter dengan yang dorang nak cari. Maka dorang panggil interview dan isi borang. Standarlah kan.

Ini pun aku tak rasa macam interview. Dia macam sesi borak suai kenal camtu.

Alhamdulillah, aku dapat kerja dia. Seronok kerja sini. Sebab rakan kerja pun sporting, boleh dibawak menyembang. Tapi sayangnya, masa tu covid pulak….tak pepasal dorang terpaksa downsizing company. Dan orang kata dunia kerja ni, Last In First Out….haaaa akulah tu kena out.

Ini semua dugaan….

////

Covid dan Kerjaya?

Itu malas ar aku nak citer….sambung kendian pulak….okeys!

Esok nak kerja, sahur dan lain-lain lagi.

Semoga dipermudahkan urusan hidup kalian dunia akhirat!

Till then, adios!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
anamizu
April 7, 2023 13:38

ehem~ testing testing~wahhh nti sambung ye.nak tawu kisah interview hehe

Last edited 10 months ago by anamizu
Scroll to Top