Blog Header

How’s the Ramadan?

text, letter, old-4095909.jpg

Ramadhan tahun ni adalah paling……nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. Nak kata meriah tu, tak jugak. Dia macam ada something missing. Something yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Something yang….

Mungkin sebab tahun ni puasa aku betul-betul sambut di bandar? Hah! bandarlah sangat! Walhal kat Miri tu pun, bandar jugak. Kalau nak compare dengan sini, Miri tu lagi ramai non-Muslim. Miri tu lagi…

Mungkin sebab keadaan aku meraikan puasa. Aku yang jarang berbuka dirumah. Hanya seminggu sekali dapat berbuka dengan nasi dengan rasa amannya dan feeling like home…walaupun nasi tu pun aku tetap beli dekat bazaar. Tapi, okaylah daripada enam lagi hari yang lain.

Kenapa tak berbuka nasi je hari-hari?

Ikut selera melayu kampung macam aku yang gilakan sambal udang petai ni, memang hari-hari aku akan ngadap nasi. Ngadap ayam percik, nasi kerabu, nasi dagang, ayam masak merah, ikan bakar, etc. etc. Tapi, hanya satu hari je aku dapat buat macam tu. Hari rabu. Sebab hari rabu je aku off kerja. Yang lain, semua aku terpaksa berbuka ditempat kerja.

Kadang, orang tak faham nikmat 15 minit untuk aku berbuka tu. Peduli pulak mereka aku nak makan? Janji diorang dah habis makan. Tu yang time orang nak berbuka, time tu jugak nak beli barang. Barang yang aku jual ni bukanlah keperluan wajib dalam hidup pun. Tapi…tu lah…orang tak faham.

Bayangkan aku baru nak mula makan nasi lepas minum air, tetiba diorang datang. Tengah nak ‘aaa’ bukak mulut ni, nampak diorang belek barang, automatiklah suapan aku terhentikan? Kadang tu, aku buat tak endah jerlah…sekali…dijelingnya kita macam tak hormat pembeli! What?? It’s only two minute after azan kot?? Takkan nak assume aku terus habis makan?

Even bukan makan nasi pun, selera boleh merudum melihat manusia sebegitu. Sedih kot! Especially kalau manusia itu dari agama yang sama. Man! dekat Miri tu, lambakan non-Muslim elok je kalau waktu maghrib diorang bagi ruang untuk berbuka puasa. This is what we called:- Respect. Hormat. 

Jika hanya kau saja mahu dihormati tetapi tidak pandai menghormati, kau boleh pergi mati kot! hahahahhahahah (Bapak kejam! tak pepasal aku pulak jadi setan bulan puasa macam ni…sedih!)

Takdelah, puasa tu memanglah takde penat mana pun. Setakat 14-15 jam tak makan/minum tu, memanglah tak mati…tapi, nikmat berbuka tu Ya Allah, tolonglah fahami…

So, how’s the Ramadhan?

So sad ha? 

Lagu Raya sudah meriah dimainkan…kuih, baju, langsir, karpet raya? Usahlah diperkatakan…apa yang dikejar dengan keperluan raya jika ramadhan masih huru hara?

Alah, kau bujang tak balik raya memanglah tak kecoh tak kalut fikir semua tu…cuba kau ada family bagai nanti? kau pun sama jugak dengan manusia yang kau kata..

Iya, iya..iya..bukan sebab aku tak puasa dengan keluarga, aku tak balik raya, aku nak marah semua orang yang sibuk beli persiapan untuk raya, bukan! Aku cuma mahu sampaikan, walau sesibuk mana pun kau membuat persiapan raya, janganlah sampai terlepas untuk mengejar pahala Ramadhan.

So, kau tu dah bagus sangat ke?

…..

Apa ertinya raya kalau ramadhan yang sedia ada ini tidak aku layan dengan penuh istimewa?

Apa erti raya jika pantang larang puasa pun aku buat sambil lewa?

Apa erti raya jika baru sehari puasa dah fikir baju raya warna apa?

Nothing…

Ramadhan, puasa

Didunia tidak ada hari raya

Disini tidak ada hari ria

Juga tidak ada hari gembira

Tidak ada hari merdeka…

Aku ingat, bulan puasa…mall akan sunyi.

Aku ingat, bulan puasa…nasyid tentang sedih puasa dipasang.

Aku ingat, puasa itu sebulan rasanya…

Tapi, itu semua hanya aku saja yang ingat.

Aku pun tak boleh nak banyak bunyi, tak boleh nak bising…sebab aku jua manusia yang akan ulang kesilapan yang diperkata. Jadi, aku nasihatkan diri ini agar terus bersabar.

Biarlah…puasa kita lain-lain presepsinya..

Bagaimana kita mahu terjemahkan dalam perbuatan itu juga tidak sama…

Terpulanglah..

Semoga Ramdhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Dan semoga kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. ~Amin~

Salam Ramadhan!

Maaf Zahir Batin.

Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 19, 2017 07:11

amin!!
betul tu. tinggal kurang seminggu saja lagi. ^_^

Sheila Adziz
June 19, 2017 07:05

Ramadhan ini semoga membawa langkah akak ke satu tahap perubahan. sikit pun tak apa la janji ada berubah yg ke lebih baik… InsyaaAllah…. kena kuat semangat nak berubah kan…

sofie adie
June 17, 2017 02:09

salam ramadhan jugak kak shikin! 🙂
amin amin…
u too kak!

Shikin Razali
June 17, 2017 02:06

Salam Ramadhan pada Sofie.. Semoga di minggu Lailatul Qadar ini Sofie akan bertemu dengannya.. =)

sofie adie
June 9, 2017 01:30

Salam Ramadhan karim juga nina!

itulah…sedihnya…insyaAllah masih ada peluang untuk buat yang terbaik untuk ramadhan kali ni.

sofie adie
June 9, 2017 01:29

T^T

sofie adie
June 9, 2017 01:29

sik lagik.
InsyaAllah…ada rezeki jumpa rah miri!
>_<!

Hanis Amanina
June 9, 2017 01:09

Salam Ramadhan Sofieeee, sorry lama tak datang sini. T_T

Sama macam Sofie jugak, rasa kurang something Ramadhan kali ni. Diri ni pun banyak sangat dosa tu mungkin sebab tak rasa kemanisannya kot. Kite mula Ramadhan dgn busy prepare exam, rasa sedih sangat sbb tak dapat seserius tu nak prepare utk Ramadhan jugak.

hanisamanina.com

Ct Roxalynna NH
June 9, 2017 01:09

Ramadhan T_T

Eeca Shyaa
June 9, 2017 01:09

ktk sik balit miri kaaa? do let me know if you're in miri. blh hangout!!

Scroll to Top