Search
Close this search box.
book, literature, reading-6709160.jpg

Mantera Pogatif

“Siapa yang bodoh?”

“KITA!”

“Siapa yang MASIH BODOH?”

“KITAAA!”

“Siapa KITA?”

“Loser!!!!”

Well, ini bukan mantera bagus untuk memulakan kerja sebagai team work. Tapi ia sangat membina semangat serta ‘membantu’ perniagaan yang harus difaham tidaklah sebesar dan semewah Megah Holding oleh barisan volunteer.

Ya, charity. Kerja amal, kumpul pengalaman kata mereka. So-called team loser.

‘Dia best….tapi tu lah…’ itulah pemula bicara bagi sebuah rungutan rata-rata mereka.

Seronok? – susah nak cakap.

Best? – Bolehlah…

Okay tak tu? – Tak okay pun kena okaykan jugak…

Begitulah rutin bila kau menjalankan transaksi tanpa hitam putih. Segalanya angin.

Mana dah cerita kita tadi?

‘Tak takut orang baca tulisan kau dan buat mereka terasa?’

‘Well, cerita ini habis disini. Sekadar meluah. Chill’

‘Chill kau, bisa menjerumus ke neraka. Mahu?’

Dia geleng.

“Dalam hidup ni apa yang kita mahu kadang adalah kesepian dan kesunyian jauh dari orang ramai. Jauh dari pelbagai ragam, jauh daripada….dunia yang menyebabkan kita membabitkan hidup kita dengan orang…”

Itu rekod suara yang kabur diulang dengar hasil dari pemikiran tiada henti kala melihat orang ramai.

Sesak dan mengantuk buat dia akan terlentok jika disorong bantal. Lagi pula harga bantal bayi yang hampir ratusan ringgit itu selesa benar untuk dijadi alas beradu barang seminit dua. Dia toleh ke kanan. Dilihat para promoter sebelah asyik jalani semburan sanitasi. Toleh pula ke kiri. Tiada apa yang menarik. Dia kembali ke kerusi. Duduk.

Berdiri tiada berorang ini, lelahnya lain macam.

“Eh, Ikram? Perghhhh…” itu teguran awkward yang pertama selepas bertahun juga dia tidak bersua dengan rakan sekelas zaman diploma zaman dinasour dulu kala. Huh? Tua benarkah usia dunia sehingga apa yang aku lihat sekarang semua bakal menjadi ibu bapa?

‘Swaddle ni sangat baguslah untuk ba-be. Eh, beyi…’

God! Apa yang aku susah sangat nak sebut bebi ni? Tergeliat lidah. Lols!

Nafas ditarik dan dihela kasar.

Pogatif = Positif + Negatif

Ergh!

Sepatutnya usai balik dari kerja, dia solat, bersihkan diri, merenung dan bersyukur pada nikmat Tuhan. Syukur hari ini hujan. Syukur rezeki kau masih punya uang untuk makan.

Alhamdulillah.

Oh ya, siapa yang panda-pandai rate artikel aka diari tidak bertauliah aku semalam dengan 4 bintang?

Asal 4 bintang dowh?

Apa masalah kau?

Ada masalah dengan aku cakap, habaq mai la sini. Usahlah berselindung dibalik rate yang tiada makna itu!

Cyeh, marah bhai! hahahahah

Maghahlah. Giler tak curious orang sesuka hati rate diari penulisan kita. Terguris jiwa tahu! Hahahahah

Well, please don’t rate without reason. It really bothering me!

Aku tulis cerita merapu merepek meraban aku kat blog pasai aku tak nak orang reaction pada apa jua status, taipan yang aku tulis. Annoying dowh. Aku tak cari dan tak perlu pun pada pencari perhatian. Nah,….aku tak perlukan perhatian korang dowh…bintang, love, hati, atau tanda bagus….itu semua dusta. Emoji?

Ergh! Hipokrit talam dua mata!

So, please….aku prefer kau komen dari memandai rate.

Habis tu, apa function button rate tu?

Itu je plugin komen yang aku rasa paling bagus selain dari si harey Disqus yang selalu buat hal. Plus, macamlah orang nak komen life kau kan?

Kau SAPE?

Hilang cerita aku seharian dek tengok rating unknown. Erm…daser manusia tidak berperi!

So, gais if you dare come lah visit us and support our expo at Eco City Cheras. Expo beyi lah. Nak expo apa lagi. Teringin gak nak join expo buku, tapi tulah…tak pernah dapat lagi. Papehal roger.

Pogatif!

Hidup pogatif!

Mantera hidup buat kau lena dalam terjaga.

Till then, be well buddies…

////

Nota kuku: aku tak rasa AO hidup buat masa sekarang. Since sofieadie bersama, who cares about AO?

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
November 5, 2021 13:36

Let me laugh first! Heeee ~ dasar itu orang laaaa..

Scroll to Top