We’ve become echoes
But echoes fade away
We fall into the dark as we dive under the way…
Itu irama yang menjadi latar muzik taipan entri ini. Ah, time-time macam ni pulak sakit perut. Penangan jus ubi semalamlah ni.
Hari ni (baca semalam), adalah hari terakhir bersarapan di 9Kopitiam. Kedai sarapan yang paling dia suka sepanjang menjadi team jualan di Eko Cheras. Ya, disebuah pusat membeli belah yang mati hidupnya. Ergh!
Kau bayangkanlah crowd yang ada disitu. Hidup segan, mati pun tidak mahu. Sendu dan syahdu sekali!
Tapi, satu perkara yang aku belajar sepanjang jadi krew expo ini adalah…..selok belok jalan di belantara konkrit. Itupun boleh juga sesat walau berpandukan peta. Syadid! Sebelah petangnya pula dia jadikan mee kolok sebagai santapan. Alhamdulillah kenyang. Syukur.
1503
‘Hey’
Satu pesanan masuk. ‘Ah, apa lagi yang dia mahu?’ Dibiar mesej itu tidak berbalas untuk dua jam.
Kenapa dunia dewasa ini penuh licik ya?
Sukar benar untuk fahami setiap apa yang difikir, terdetik mahupun terlintas. Ada saja yang harus dikaji. Asbab bagi setiap tindakan dan peristiwa.
Buat masa sekarang, aku menonton siri 911 Lone Star. Sebuah rancangan yang membuatkan rasa kemanusiaan aku segar dan tidak mati.
Ah, ngantoklah weh!
Ingat balik nak terus tidur, tapi sayang jika hidup ini tiada catatan. Seolah hari itu tiada dalam lipatan.
Apa lagi yang dia suka sepanjang tempoh expo ini?
Kenal ramai muka dan wajah baru.
‘Somehow kau rasa tak, hidup dewasa ni buat kita cenderung menjadi asexual…dia macam atheis bagi sexual orientation.’
‘What? Ya Allah apa benda yang merepek tu?’ dan mereka berdekah ketawa.
Teruk betul topik pagi kali ni. Persoal tentang ideologi yang semakin sakit kepala untuk difahami.
‘We gonna continue our chat tomorrow, right?’
Dia diam. ‘Apa lagi yang kau mahu?’ desusnya.
‘Tuhan, hamba ini merancang selalu lewat. Apa yang dirancang selalu telat. Hamba ini nan sentiasa terlewatkah dalam semua aspek kehidupan?’
Malas mahu diimbau atau terlalu fikir hadapan. Cukuplah dia hidup dengan sekarang. Realiti.
Satu dua belon dilepaskan. Tali besi yang dirantai jua sudah hancur diketuk, namun masih tidak terputus. Mahu terbang, ada saja yang menarik. Mahu tenggelam, ada jua menahan. Takut lemas pada apa pun dia musykil. Pasakkan keyakinan pada Dia?
Itu pun sudah juga dia buat. Dulu….
Dia menyengih sinis. Dulu…
Habis sekarang kau sudah tidak beriman pada takdirnya Dia?
Astaghfirullahaladzim…..mengucap teman. Kau itu masih dibawah rahmat Allah. Syukurlah kau punya ujian itu unsurnya bersifat dalaman. Dibalik hijab wakanda.
Kepala digaru.
‘Ah, sudah…benda apa lagi yang dia merepek…’
Wish we could turn back time
To the good old days
So, nak tidur atau sambung episod seterusnya?