Search
Close this search box.

Kepada manusia yang bernama….

poison, bottle, medicine-1481596.jpg

Banyak-banyak platform sosial media yang dia ada, balik-balik blog juga menjadi tempat dia menconteng segala rasa dan cerita tanpa suara. Facebook bukannya tiada. Ada. Tapi dia tidak suka perasaan di ‘like’, atau apa saja reaction yang ada pada status. Bila ramai, riak pula dia. Bila tiada, murung.

Ah, perasaan begitulah yang buat dia lebih rela menconteng sebanyak mungkin aksara disini. Laman ini. Laman yang tiada pengunjung namun boleh dilihat secara awam oleh sesiapa saja. Kata tidak suka bergaul dengan orang, tapi mahu juga hidup di alam yang punya banyak orang dari jamadat. Apa-apa sajalah labu!

Kepada…

Dulu dia dikira hampir extrovert, dan lama kelamaan menginjak ke ambivert. Sekarang dia hanya sang introvert. Yang merasa sesak dada bila berada di khalayak ramai. Seram! Putus nafas bila melihat gelombangan manusia. Kenapa boleh jadi begitu ya?

Manusia…

Menjadi Manusia merupakan podcast dari negara jiran yang pernah jadi kegemaran.

Manusia…

Bersyukurkah aku menjadi manusia?

Manusia itu rumitkan?

Perkara simple pun bisa kompleks jadinya.

Yang…

Yang jadikan dia itu tertinggal di ruang yang dia tidak pernah suka itu siapa?

Kehendaknya Dia atau dia yang tidak pernah ada inisiatif untuk berganjak?

Bernama.

Mempunyai nama yang tidak pernah lapuk dek hujan, tak lekang dek panas buat dia mahu tukar nama sendiri.

Kata orang, mengapa?

Nama kamu itu cukup indah dan simbolik.

Pada siapa?

Aku tidak pernah gemar dengan nama sendiri hingga usia menginjak ke angka tiga baru aku tahu nama itu bukan sekadar nama. Ia adalah sahabat yang bersama kita hingga dunia sana. Kau bersyukurlah kerana nama kau itu mahu bersama dengan kau.

Ya, alhamdulillah.

Kepada manusia yang bernama…

….

Wonder why the party’s over soon as I arrive
Must’ve done something in a former life
And I don’t really wanna change
Change

Mati katanya. Berdecit tidak jadikan kerjanya siap. Arghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bencilah macam ni!

Itulah, menjadi manusia yang paling sukar bila mereka punya nama. Nama itu suatu sumpahan.

Nama itu, bukan sekadar personaliti. Ia suatu jerat.

Jerutan mati pada memori.

Bagaimana mahu buang?

Tidur sudah self hypnosis. Tapi kenapa masih dikenang?

Mana silap cara, atur prosedur yang dia tinggal?

Kau yang memakai nama itu, moga takdir kita tiada bertemu. Selamanya.

Kau yang mengguna nama itu, moga berjaya dunia akhirat.

Kau, yang sentiasa setia dengan nama itu, pergilah jauh ke ufuk sana.

Agar aku tiada mencari kau dengan nama itu di dunia digital untuk sekian kalinya….

Berambuslah!

I got these thoughts inside my head
That I been too afraid to talk about
‘Cause if we talked ’em out there’d be nothing left to talk about
So I block ’em out
All these voices at the coffee shop
But people are like dogs, yeah they bark a lot – Mirrors, Arrested Youth.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top