Remain as you are…

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

woman, beauty, fashion-6676901.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

woman, beauty, fashion-6676901.jpg

Silence…

Stillness.

Sambil melihat ruang bilik yang bingit diselubungi irama dubstep dari Spotify, aku mula menaip. Coretan tentang kehidupan hari ketiga di bulan November. Mengantuk lagi sebenarnya walau jam lagi lima belas minit ke angka 12. Ya, 12 tengahari dan aku mengantuk. Itu normal.

Yang tak normal, kau balun ais krim Baskin Robbins satu bekas. Kononnya nak bagi anak buah, end up dorang boleh pulak makan ais krim bersulam air. What is that? Terlalu maniskah perisa yang achik dan ateh korang pilih? hahahaha

Entahlah. Kadang aku lupa perasa apa kegemaran anak kecil. Maklumlah, kita ini sudah sebati hidup begini tanpa kanak-kanak. Ambil pulak perisa kekacang dan karamel. Memang kemanisanlah budaknya.

Okay, cerita sekarang aku kena siapakan kerja sebelum esok. Tapi, malasnya naudzubillah! Mengantuk, menunggu barang sampai. So excited!

Dua benda yang boleh menghiburkan hari-hari yang sendu adalah, menerima ketekan pintu dari para delivery. Tak kisahlah Grab Food atau Shopee. Yang penting ada barang dan makanan yang sampai. Satu lagi bila dapat tidur seharian tanpa risaukan apa yang berlaku pada hari-hari mendatang. Tidurlah 24 jam, 48 jam lamanya tanpa perlu diganggu. Membazir waktu?

Ah, katalah kau jeles. Kau pantang pejam mata terus diganggu. Oh, kalau tak tidur pun, kau marathonlah apa saja cerita, buku atau game yang tergendala. Selain daripada perlu mengadap kerja.

Alamak! Bila dikenang hari esok kena pulun kerja di Expo 4 hari lamanya. It’s killing me!

Tapi itulah life kau sekarang. Cuti, weekend pun kerja. Kerja retail begitulah lumrah. Orang kerja, kau kerja. Orang cuti, kau pun kerja.

Normal.

So, tak banyak kot update untuk hari ni. Ada kerja perlu dilunas. Papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top