hd wallpaper, man, rain-3915438.jpg

November, Hujan & Tenang

Sebulan dah aku tak up apa-apa cerita dekat blog ni. Mahu berhabuk. Itu pun aku masih takde hati untuk bersihkan. Sebenarnya banyak je cerita. Tapi tak semua juga cerita itu layak punya pendengar. Begitulah hidup kedewasaan ini kawan.

Hujan

Aku paling suka musim hujung tahun sebab hari-hari hujan. Alhamdulillah.

Paling best bila cermin kereta kau kena berak burung, then hujan yang tolong bersihkan. Jimat RM30 kau dari suruh orang cucikan. Boleh buat beli air Tea Live dengan cendol tepi jalan yang tak guna eWallet tu.

Tapi, dalam seronoknya musim hujan tengkujuh begini, ada jugak rasa risau. Risau air naik. Risau jalan terputus disebabkan air naik. Risau tersangkut di jalan raya. Risau itu ini yang bila fikir balik, kerisauan aku itu hanya atas angin. Sebagai ihsan pada yang risau.

Apa aku ini terlalu empati atau self eccentric?

‘Kau, utamakan kebahagian kau. Apa-apa pun, kawan-kawan dan keluarga hanya nak tengok kita bahagia…’

November

Awal bulan hari tu aku demam. Demam Covid. Syukur dengan demam covid selepas divaksin. Penangan dia tidaklah seberat masa awal-awal dulu. Tapi tumbang 7 hari 7 malam jugaklah akunya.

Bless in disguise kata orang

November ni jugak aku ada appointment cabut gigi bongsu. Sayangnya rasa nak buang. Tapi tu lah…gigi tu bakal memburukkan keadaan. Maka kita set lagi appointment untuk kesembuhan akan datang.

Yang paling bersyukur, disebabkan hari Jumaat yang lepas aku makan nasi ayam berempah dan rempahnya ada tersangkut di tonsil, aku boleh buang akhirnya. Habis kekeliruan doktor dan nurse bila aku ceritakan pengalaman tersangkut rempah ayam di anak tekak. Mendelahai…..kelakar giler rasa…syukur takde apa-apa

Lepas tu, nak kata aku shopping banyak untuk 11.11 itu tidakle…aku just shopping adanya saja. Stock mask, game cashflow sempena gathering family dan cadar tilam. Simple.

Life is simple my friend.

Aku jarang update cerita dekat socmed lately sebab aku hargai privasi.

Kata je lah kau ralit tengok socmed orang sampai malas nak jana idea. Mendelah nak bagi alasan itu ini. Haah, aku ralit dengan kehidupan realiti. Sampai aku rasa hidup dalam maya ini terlalu senak minda. hahahaha

Tenang

Tenang is good. Tenang is rilex. Tenang is sempoi. Tapi kenapa orang tak faham?

Angkat bahu. Tenang is easy to work with. It’s just letting things flow. Settle….

Bulan November yang tenang dan santai.

November yang belajar dari kesilapan dan berdamai dengan keadaan.

November yang banyak mengajar untuk sempoi.

So itu cerita aku. Aku belajar. Belajar untuk sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan. Belajar untuk tidak pertikai dan bersungut terlalu kerap hingga menjadi kufur.

Moga Tuhan permudahkan segala urusan kita. Aminn

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Iqbal Imaduddin Zulkifli
Iqbal Imaduddin Zulkifli
November 17, 2022 11:31

moga semuanya baik-baik saja. Aminnn.
#NovemberRain

Syazni Rahim
November 17, 2022 14:35

Hujan ni tido malam-malam memang best, liat betul nak bangun pagi!

Scroll to Top