nature, outdoors, travel-2990060.jpg

Isnin cuti yang tergantung

Sambil menonton tutorial dekat youtube, aku menaip disini menceritakan tentang hari cuti yang dijanjikan namun tergantung sepi seperti penubuhan kerajaan Malaysia sekarang.

Urghhh….aku pun tak tahu kenapa mood bekerja aku ni habis ke laut….Serius mood nak bersiap ke kerja, nak hadap jalan, drive dan segala itu tidak lagi menerujakan. Huhuhuhu…ini yang mula rasa nak kerja dari rumah ni. Kerja sendiri…

Seronok memang seronok bila kerja dengan orang. Kita just follow apa yang memang sedia ada. Tapi rasa terperangkap sikitlah. Untuk orang macam aku, dia akan rasa sangat terperangkap. Masyuk mana pun kau tetap rasa tepu untuk hadap. Ya, aku syukur dengan apa yang aku ada sekarang. Dan untuk itu aku pilih untuk bekerja lebih keras demi masa hadapan yang lebih bebas.

So, doakan segalanya dipermudahkan dalam mencapai target dan impian.

Aku doa jugak untuk korang semoga segalanya tercapai dengan lebih baik. Corak industri pekerjaan sekarang tidak lagi sama macam dulu. Kita punya pilihan. Dan kita berhak memilih.

Eh, eh….

Hari Isnin tidak cuti tapi aku ambik cuti sendiri. Adalah sebab dia. hahahaha…

Kay r, chow dulu…banyak kerja nak buat even kau cuti hari kerja, kau tetap ada impian untuk digerakkan. Adios!

Pape roger!

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
November 23, 2022 03:08

yeheee. daah hujung tahun memang semangat cuti is comingg!!

Insan misteri
Insan misteri
December 15, 2022 18:34

Semoga tercapai ape yg dihajati…tetap kuat

Scroll to Top