vases, ceramics, terracotta-7417040.jpg

Aku rindu aku yang lalu…

Itu tipikal, kata orang. Tipikal untuk merindui sesuatu yang lampau. Merindui sesuatu yang mustahil untuk dirindukan.

Merindui selepas kehilangan itu terpaling tipikal.

Tapi aku?

Aku rindu aku yang lalu. Bukan sesiapa, bukan orang lain.

Aku Rindu Aku.. Noktah.

Walhal aku yang dulu amat merindukan aku yang kini. Pelikkan?

Kita sering merindui sesuatu yang mustahil untuk hidup di dimensi yang sama.

Ah, ini semua kerap melihat pada lampau yang lama. Lampau yang sukar untuk digapai. Ah…semua hanya kenangan.

Tanpa kebodohan lalu, aku tidakkan menjadi aku yang kini. Dewasa itu perit kerna kebodohan semakin terit untuk ditelan. Seolah kerongkong kita dimusim kemarau. Hatta darah pun tidak bisa merawat dahaga.

Kita ingat, bila injak usia, kita lebih waras. Nyata tidak…waras itu hanya dongeng kata mereka. Balik-balik kau harus punya sedikit kejam dalam jiwa. Agar kau tidak ditindas.

Ah…aku rindu aku yang lalu.

Aku yang tidak kisah pada orang kata.

Pada dunia menggila yang bersandar serakah semata.

Tanpa kepahitan, kita tidak matang….Kau kena terima, ujian itulah yang mendewasakan aqal dan minda. Redhalah…

Kau, tetap aku rindukan….

Kalau aku bertemu aku yang lampau, mahu aku yang kini dibelasah teruk oleh aku yang lain. Lunyai mahunya aku ini…Bodoh tiada kepalang! Disepak terajang pun segalanya hanya anganan Kalau.

Kesal itu ada. Menebal kesalnya. Namun aku akur,…menyesal itu mendewasakan. Punya penyesalan ertinya kita ini manusia. Memang begini natijahnya…

Kepada aku yang membaca coretan ini kelak, aku tetap bangga dengan dikau. Aku tahu kau tentu-tentu rindukan aku. Namun aku, lebih merindui kau dan berbangga yang kita ini bangkit walau kepayahan. Aku bangga dengan kau. Sudah-sudahlah menoleh ke belakang terlalu lama. Ada apa sangatlah di belakang ini. Majulah pandang ke hadapan.

Toleh selalu kau tak akan sampai…fokus, betulkan balik navigasi perjalanan. Matlamat destinasi harus tepat. Usahlah melencong terlalu kerap. Okay?

Aku pun rindu aku yang akan datang. Aku tetap jua merindui aku yang sekarang. Kita, tetap dirindukan walau tiada yang merindukan…

Cukup hanya kita. Kitalah kekuatan.

Bangkitlah kawan, bangkit dan terus bangkit…aku tahu, kita kuat. Tetaplah bangkit…bangkit dengan cara kita…

Aku rindu aku…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top