Blog Header

Kaktus Iguana Tulip Andalas

dusk, moon, mountains-8413240.jpg

Ye, itu tajuk entri sedetik terlintas saat otak aku cuba fokus untuk menyiapkan pembentangan kerja. Macam biasa, sikap procrastination sentiasa menyaingi semangat juang untuk fokus.

Mencari senarai lagu yang sesuai buat peneman, kendian membelek laman orang…akhirnya sedikit dari kerja aku cuba update sekitar apa yang ada pada kaktus iguana.

Kaktus Iguana Tulip Andalas = K.I.T.A

Hahahahaha

Perihal apa pun aku sendiri tak tahu.

Terlalu hingar dunia buat aku memilih untuk tenggelam bersama dunia maya paling sepi; blog. Lain-lain mungkin punya, tapi buat masa sekarang aku pilih untuk sepi dari semuanya. Sekarang pun tinggal IG. Argh…macam nak delete je semuanya. Seperti era 2020 dahulu. Habis semua aku delete. Ada bagusnya begitu barangkali…

Hidup tidak lagi semak dengan segala. Hurmmm…*nafas berat dihela*

Dan tahun ni aku dah tak langgan Spotify. Terasa mahalnya disitu untuk subscribe platform lagu. Dulu memang banyak artis indie aku boleh discover. Sekarang, aku sendiri clueless artis indie mana yang best untuk dijadikan latar bagi tahun 2023 ni.

Kesunyian amat sih tahun ni. Sepi giler. Ini jalan yang aku pilih.

Sepinya menyenangkan.

Sunyinya mengasyikkan.

Sehingga aku tidak lagi ingin pada riuh dan keramaian.

Ianya menjanggalkan.

Yang aku punya hanya kaktus iguana tulip andalas.

Kaktus yang bisa hidup lama tanpa menyusahkan

Iguana yang mudah merubah warna pada keadaan tanpa mengubah dirinya

Tulip…yang indah terlihatnya boleh menghilang tekanan…

Andalas…sosok kayu yang amat berkualiti

Makanya ia menghasilkan kita. Iya kita yang asing dari dunia nyata dan kebiasaan.

Apasal aku layan Hayd dowh? Walau aku sendiri tahu Hayd adalah artis official bagi tahun 2021 aku.

Habis siapa artis tahun 2023 aku ni sekarang?

Ga punya sih….

Bosan amat tuh ga ada artis dedikasi bagi tahun ni. Hidupmu apa sunyi teramat hingga tidak punya artis tertentu menemanmu saat ini?

2023 huh?

Gila betullah dah nak ke 2024. Aku sendiri pun tak sedar dah hidup ni bergerak terlalu pantas.

Isu Palestin masih belum selesai. Israel laknatullah merasa diri terpaling berkuasa tu semoga dihancur Tuhan! Gila punya Israel.

Teruskanlah memboikot sahabat. Jangan boikot sekerat jalan. Alhamdulillah dah jadi tabiat untuk memperjuang usaha paling kecil ni. Semoga dinilai baik oleh Dia.

Guysss I’m comeback with Spotify!!!! Yeeehaaaa!

So, 2023, please be good to us. Always love all the journey <3

Apa lagi yang aku nak merepek kat sini ya? Hurmmm…Semoga dipermudahkan segala urusan buat semua.

Till then, semoga aku rajin dan bersemangat untuk hidup ^_^

Fighting!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top