Search
Close this search box.
snowflake, winter, snow-8458633.jpg

Last thought on 2023….

Dari tadi lagi aku mengadap skrin kosong sambil ditemani Spotify. Mencari balik diri yang hilang.

Tahun 2023 aku memilih untuk sepi. Padam dari segala dunia maya yang aku pernah kenal suatu tika. Namun dari sudut kecil, aku ingin berjaya punya legasi maya. Bagaimana?

Lost huh?

Entah sukar untuk diperkata. Lost namun aku ketemu diriku yang lebih sebenar. Aku tahu aku sudah banyak lari dari sasaran yang pernah aku pasak tiga tahun sudah. Apa yang ditakut aku sendiri tidak pasti.

Kalau boleh aku mahu putus segalanya. Aku hanya mahu hidup yang baharu.

Semudah itu keputusannya. Aku letak boundaries yang jelas agar orang hormat pada pendirian. Bukan semua ‘ya’ aku tidakkan pernah punya ‘tidak’. Aku tahu batasnya. Ada yang ku terima tanpa bayaran. Ada yang ku akan berkira hingga kau tidak terlepas dari bayang. Erghhh!

Dan aku fikir lagi, impianku bukan untuk begini. Maka aku harus begitu. Bukan lagi ini.

Aku termenung lagi. Dimana gagalnya aku…

Mungkin aku tidak sepenuhnya membuang semua silam buat aku teragak-agak untuk maju ke hadapan. Start over again. With the whole new audience. Can I?

Yes, you can.

Okay done cuci dunia maya.

Doakan aku rajin dan konsisten untuk gapai impian. Awatlah aku ni malas sangat aih?! Tak faham jugak aku ^_^!

Mungkin aku dah selesa sangat. Boleh jadi jugak tu. Makanya, aku kena displin lebih lagi lepas ni.

Cuba dan cuba lagi sampai berjaya. Chaiyok dearself!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
January 3, 2024 10:39

haippppp takmo malas hehehe
salam tahun 2024! moga rajinnn tahun ni hehe

Scroll to Top