Search
Close this search box.
2024 Blog Post Template (1)

Dua Kosong Dua Empat: Mitos @ Impian?

Yo fellas!

Selamat bertemu kembali di tahun baru dua kosong dua empat yang penuh baroqah (Amin!).

Macam tak percayakan yang kita masih diberi peluang untuk hirup udara sehingga ke detik ini. Alhamdulillah. Itu sahaja ucapan yang mampu kita ungkap sejurus tahun baru menjelma.

Tahun sudah, aku memang malas. Mungkin aku banyak bagi peluang pada diri untuk menjalani kehidupan normal seperti 9-5. Tiada paksaan dalam mencari wang lebihan walau aku sebenar ingin menghasilkan side income.

Mungkin tahun ini segalanya akan menjadi nyata. Amin InsyaAllah. Who knows rezeki setelah kita usaha.

Amacam 2024 korang setakat ni? Ada okay tak okay?

Aku ha? Sepagi awal tahun dah kena kencing dengan pomen.

Nak marah memang geram sungguhlah. Kereta daripada boleh start, lepas dia usik itu sana sini, tak memasal jadi takleh start. Memang angin jugak minggu pertama tahun baru aku.

Aku belek review pomen bergerak ni, chey…dusta belaka! Harga mencekik darah bhai!

Sabar, sabar, sabar…kena buang manusia begini dari menjadi manusia dalam hidup dan cerita kita.

Jadinya, hujung minggu sudah, aku sanggup meredah pergi pomen yang sejauh alam demi kepercayaan yang kita ada pada dia. Daripada pomen bergerak ni, segala barang dia hauk mark-up seolah dialah terpaling terjejas dengan ekonomi negara.

Sebagai memujuk diri dengan azam tahun sudah, aku tekad untuk lebih menggayakan outfit baggy style, aesthatic nyah! hahahaha. Makanya. semua kemeja lama yang cukup-cukup size aku dah recycle. Kemana? Aku sendiri tak tahu.

Hari tu ingat nak recycle baju tu, dapatlah duit tepi an. Sudahnya orang yang aku DM tu ghosting. Cheyyy….tahulah kita beli baju Shopee jah.

Jadi, aku belilah sepasang dua outfit dekat Pekan sekitar aku nih. Pung pang pung pang, mak aih! Cenggitu saja duit aku melayang weh!

Berhabis shopping aku menung kejap dalam kereta. ‘Apasal aku tak tawar menawar tadi ea? Aiguuu….’

Aku ni sejenis bila shopping rasa bersalah betul dengan tawar menawar. Rasa macam ganggu rezeki orang. Padahal kadang tu, boleh je cuba kan? Tapi aku tak cuba langsung. Aku senyap…itu yang bermenung lama. Sedar-sedar, minyak kereta dah mintak kena isi.

Esok pagi jelah aku pergi isinya. Hati masih cuba memproses nilai mata wang sejak dua menjak ni. Menung mat!

Minggu pertama awal tahun ni saja aku dah berhabis untuk perkara yang aku boleh jimat banyak. Perumah betullah…

Takpelah….rezeki tak pernah salah alamat. Begitulah…

Jadinya, 2024 aku berjaya masuk dengan sedikit pembaharuan dari segi deco rumah. Punya bertahun tadak langsir, akhirnya lengkap berlangsir. Syukur alhamdulillah.

Mitos untuk menjadikan impian suatu kenyataan hanya dibezakan dengan usaha dan langkah displin. – #selfreminder

Plus, tahun ni adalah tahun lompat. Kita dianugerahkan sehari yang istimewa.

Semoga segala impian, hajat, azam dan apa jua cita-cita kalian semuanya dipermudahkan. Aminnn.

Terima kasih pada semua yang ada bersama. Teruntuk istimewa, semoga dipermudahkan segala urusan.

Going strong bebeh!

Rumusan dari entri aku kali nih:-

  • Minggu pertama 2024, dah kena kencing dengan pomen
  • No more pakai baju cukup-cukup size
  • Hidup aesthatic!
  • Kena berani tawar menawar bila ke pekan (p/s: korang yang meniaga suka ke orang tawar menawar dengan korang?)

Sampai bertemu di lain kisah! Adios!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
January 8, 2024 17:05

adehhhh kena ketuk dgn pomen mmg geramm sungguhla.

Scroll to Top