bridge, park, outside-3013297.jpg

Tengah Menung Apa Tu…?

Jadinya, selepas insiden aku  ter-reset phone sendiri, aku terpaksa tunggu paling kurang seminggu untuk recover balik akaun ID aku. Hurmmm…

Betullah orang kata, once dah tukar iPhone, nak patah balik ke android memang rasa janggal. Prefer simplicity yang ditawarkan. Kemasan dia. Urghh…aku just prefer dengan produk dia.

Dulu pernah guna iPad Mini sebagai pemula barangan Apple ni, tapi sejak dia rosak dulu, aku dah tak guna. Then, pada tahun lepas aku dapat tahu yang iPhone 13 ada warna hijau, aku terus grab. The best decision I’ve ever made. Oh ya satu lagi sebab start iPhone 13 ni dia boleh guna dua sim. End up aku tak guna pun dua sim dalam satu phone ni.

Sebab nak pisahkan nombor kerja dengan nombor personal, maka aku gunalah android aku sebagai phone kerja.

Bila phone kerja ni, kita jarang guna Whatapps dekat phone. Instead kita selesa guna Whatapps Web. Maka, phone tu hanya untuk buat telefon orang je lah. Pastu bila dah habis waktu kerja, aku terus campak phone kerja tu.

Pastu sekarang ni menung je lah ha. Belek laptop, update blog, update podcast, scroll pun malas. End up tidur. Tak tidur tetiba rajin tulis diari kan. Ye lah bilamana kau scroll semua orang dok meluahkan perkara-perkara peribadi buat kau rasa…blergh….

Geleng kepala je lah. Dunia oh dunia…

Kadang aku wonder, tapi aku malas nak wonder, maka aku buat hal aku je lah. Malas betul aku ha. Ingat aku kisah? Hidup kat dunia ni bukan semua berputar pasal kita. Banyak lagi hal lain.

Dunia medan ujian. Memang takkan pernah indah. Kena semat dalam diri hal tu. Jadi bila ia berlaku pada diri, kau sedar, hidup ini yang hakiki hanya di sana. Bukan sini.

See aku bebel apa lah tetiba ni kan. Nak layan movie, tengah fikir movie apalah yang best nonton nih. Hari tu aku dah marathon semua sequel fast furios. Fast X tu boleh pulak ending dia tergantung. Tak memasal kena tunggu tahun depan.

Yang isu Palestin sekarang, dunia memang dah sedar. Pemimpin pulak seperti dibuta hati mereka. Sebagai rakyat ini hanya berdoa. Berdoa agar Palestin bebas dari serangan Zionis zalim ni.

Kadang aku belek entri lama blog aku ni boleh tahan cringe jugak ya. Lagi-lagi fasa kau rasa hidup ni perlu pada orang lain untuk bahagia. Padahal, hakikat dia, kau boleh, tersangat boleh bahagia hanya dengan diri sendiri. Tak perlu pada crowds, kawan, validation luar, pamer situ sini sana untuk buktikan yang kau happy.

Kau boleh happy dengan hanya buat hal sendiri. Lagi tenang. Serius.

Masa yang kau ada pun lebih banyak. Alhamdulillah.

Syukur perjalanan hidup ni amatlah rare. hahahahah perasan sia.

Well, setiap dari kita punya cerita unik sendiri. Aku cara aku, kau cara kau.

Siapa yang cipta stress? – Diri sendiri

Siapa yang cipta expectation? – Diri sendiri

Jadi perkara pertama untuk dipelajari saat pandai membaca adalah…? – Kau sendiri tahu jawapannya.

So….2023 setakat ni bagaimana?

Alhamdulillah, semuanya semakin tenang. Tiada lagi berharap itu ini. Hanya berjalan tanpa henti.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top