laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Praktikal di JTS Miri #1

Long time no story huh? Too busy to manage the messy life huh? No lah…too lazy too typing lorh…Dan salam sejahtera ke atas sekalian pembaca yang budiman for viewing my nonsense entry.

Cuti semester dah mula seminggu yang lalu. Itu semua tahu…tapi sem ni aku and seangkatan ‘tentera’ geomatik ada mission yang perlu dicompletekan. Dan cuti dua bulan kami (lebih kurangla..) akan hanya berbaki dua minggu jer…dua minggu pun dua minggulah labu….ni pun dah seminggu dah aku praktikal kat JTS (Jabatan Tanah dan Survei) Miri ni.

Huh, nasib baik kat tempat sendiri, so takdelah rungsing sangat pasal makan minum duit belanja bagai…maklumlah ekonomi tengah tak berapa nak stabil ni banyak aje alasan pasal harga..(no comment!)

Oh, mission kitaorang adalah menjalani latihan praktikal di JUPEM untuk bahagian semenanjung dan JTS/JTU untuk bahagian Borneo. Itulahnya misi untuk DUA kredit hour bagi course sem depan.

Bangunan JTS Miri
Bangunan tempat praktikal

Tempoh praktikal adalah dalam lima minggu.

Start dari 20/04-22/05. Yang peliknya boleh pulak orang cakap sekejap sangat praktikal ni, aku punyalah terasa macam seabad…ish6 hairan pulak aku..(dan terasa macam lidahku berbelit untuk menaip…ayat da macam keling da…itulah kesan bila terlalu lama duduk tempat orang lebih dari tempat sendiri kan? padah orang mok berloya pun sik bersuara…)

Iyap! even seminggu pun aku masih ‘berat mulut’ nak ‘berkelakar’ dengan staff kat situ. Janggal! Tapi, aku rasa biasa je..sebabnya aku ni memang stok pendiam kat tempat orang, cuma tanya dan bercakap bila perlu jer…macam tanya soalan macam mana nak kira segala masalah shooting line ke, sub-close line ke dan segala istilah yang aku sendiri agak blur sedikit mendengar pada awalnya…

Tapi, Alhamdulilah aku dapat catch-up dengan semua tu. Dan aku rasa macam betapa jauhnya beza cara yang aku belajar dengan diaplikasikan dalam kerja ni. Kenapa begitu???? (adalah sikit sama dari basic nya, cuma dari keseluruhan macam tak banyak….)

Dan adalah hari tu aku pernah terfikir; “sampai bila kita nak belajar sesuatu yang tak diaplikasikan?”

Aku macam tak fahamlah dan aku just telan je semua tu even aku dah tak lut dah nak telan semua benda ni…Tambah-tambah lagi bila aku start praktikal hari tu aku terfikir lagi: “Betul ke aku nak end up life aku macam tu je? Senangnya…”

Entahlaa…

Masuk minggu kedua aku da start balik mati kutu kat situ..weh, what am I doing here?? Aiyoo,..Nak tak nak aku terpaksa ‘killing the time’ dengan melambat-lambatkan kerja…Agak bosan jugakla..pastu dalam berapa jam lagi nak balik akak-akak dan abang-abang situ pun ajakla makan…sempena??

Sempena hari terakhir aku di bahagian comp. (Survey computation)..Aku macam blur jugakla..”Aik, baru seminggu dah kena rai?? Huwa…bestla macam ni..hahahahah..bak kata orang, rezeki jangan ditolak bhai…”

Dari kiri: Kak Umi, En. Lennis, En. Bindang, En.Simon, En.Jene dan Kak Azah.
(sorang lagi kak su tak de gambar sebab teman anak dia ambik darah…)

Apa yang aku mampu ucap hanya jutaan terima kasih untuk mereka sebab sudi terima kebisuan aku sepanjang seminggu kat bahagian diorang..Ayat klise habis der…. (Padahal esoknya pun aku still sama level ngan dorang cuma bahagian lain tu aje..macam lawak pun ada gak..tapi orang nak raikan…bersyukurla…bukan senang nak makan free kan…)

Boleh dikatakan tak banyak langsung aku berborak dengan dorang. Nak kata aku ni bukan peramah, tak jugak…nak kata aku takde topik, hurm banyak jer…cuma tulah aku tak tau nak cakap…ahh….janji aku tak menyusahkan orang suda….

Samada aku nak sambung bidang ni atau keluar sikit ke bidang sama tapi cabang lain sikit tu, tak pasti lagi…dah macam separa give-up pun ada gak..tapi…wise people once said…benda yag tak pasti positifkan lah…or better say nothing right?!huhuhuhu

Oklah, cukup sampai di sini saja kemerapuan daku di sini…hope semuanya bakal berjalan dengan lancar dan aman sejahtera mengikut kehendak-Nya..Amin….Best of luck for all the readers! Apa pun yang kalian hadapi pasti ada penyelesaiannya…
Dengan hidupnya kita sampai hari ini pun dah melambangkan suatu kejayaan…”-sofie adie-
Subscribe
Notify of
guest
6 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 22, 2017 11:24

sama2….ohhh diploma building..
all the best praktikal kelak! chaiyok!

tul
tul
May 22, 2017 10:42

kmk kos diploma building 🙂

Syahidatul Filzah
May 22, 2017 10:42

Ohh okayy hehhhe makseh…kmk diploma building ?

sofie adie
May 20, 2017 01:03

kamek kos sains geomatik masa praktikal rah sitok. bahagian survey tanah. mula2 duduk dalam opis belajar kira2 kedak ya…kak ya baruk diembak ke site. n bahagian komputer juak..
kitak kos apalah? survey juak ka?

tul
tul
May 21, 2017 00:02

This comment has been removed by the author.

tul
tul
May 20, 2017 01:01

ktk kos apa bah? pa juak dpolah time praktikal? hehehe dok lam opis jk ka or ada klua klua?..curious sbb kmk ada apply sitok juak untuk praktikal sem dpn haaahah

Scroll to Top