Blog Header

Basic Geomatic Report format

text, letter, old-4095909.jpg

Assalamualaikum and Hello there again!
Alhamdulillah penerangan untuk semua subjek sepanjang semester dah pun habis aku ceritakan secara ringkas dalam entri-entri sebelum ni. So, kali ni aku nak terangkan sikit beberapa tajuk utama yang perlu disertakan dalam report LP kita. (masih lagi berkisar tentang geomatic… ^_^!)

masa buat photogrammetry…

Kes entri ni aku buat sebab ada keyword “cara buat report cadastral” dalam blog ni. Masa tu aku fikir, rasanya aku mana pernah letak apa-apa cara untuk buat report lagi…dan terjadilah entri ni….habis cerita…huhuhu

Okay, tanpa bazir masa korang, kat bawah ni aku dah huraikan serba sedikit tentang apa yang perlu ada dalam report, tak kiralah cadastral, engineering, geodetic, hydro…etc..(cuma dia ada beza dari segi isi je lah kot) format dia masih sama, adalah lebih kurang macam tu. Yang aku bagi ni cuma basic saja…

Format report cadastral surveying;

 

Perkara
Huraian
Cover
– Logo Universiti
– Nama fakulti
– Tajuk report
– Nama pensyarah
– Nama ahli kumpulan
– Nama kumpulan
– Date of submission
Abstract
Penerangan secara ringkas tentang tugasan yang dibuat, cara yang digunakan, hasil keputusan yang diperoleh dengan menggunakan cara yang disebut tadi. Sebutkan juga lokasi. Panjang antara 180-200 patah perkataan.
TOC
[table of content-table of figure-table of table]
Cara senang untuk buat TOC adalah dengan setkan header yang digunakan
Introduction
Cerita tentang penerangan kerja yang sedang dilakukan. Asal, sejarah, teknologi berkaitan.
Objective
Target dalam melaksanakan kerja tersebut. [Kadang   objektif kerja akan diletakkan dalam practial handout]
Study Area
Kawasan yang digunakan sepanjang selesaikan tugasan
Instrument/software used
Alat yang digunakan untuk selesaikan kerja. Sebutkan semua alat yang terlibat serta huraikan kegunaannya.
Methodology and Data Processing
Ceritakan cara kerja yang digunakan secara ringkas. 
-Macam mana korang mulakan traverse? – dari control point ke bench mark?- guna alat apa?- berapa linear misclosure? – accuracy yang korang guna?- etc…
Sertakan dengan cara proses data.
– guna software apa?- macam mana transfer?- etc…

[untuk penerangan proces yang detail, masukkan di bahagian appendix]
Data and Result Analysis
Tunjuk hasil yang korang dapat. Jangan tunjuk je, kena ceritakan sedikit kenapa dan bagaimana boleh dapat keputusan macam tu. Ceritakan juga apa formula yang korang guna…
(kalau ada kira-kira, tunjuk cara kira), kalau kena compare, ceritakan beza dia…
Conclusion
Huraikan secara menyeluruh tentang tugasan yang korang buat. Ceritakan cabaran, halangan sepanjang selesaikan tugasan tu. Kemudian cerita juga macam mana korang atasi semua masalah.
Individual Comments
Komen setiap ahli dalam kumpulan
References
Rujukan yang korang guna sepanjang buat tugasan [samada buku, internet, lecturer, senior dan sebagainya]
Appendix
Letakkan cara atau langkah yang detail yang digunak untuk proses data tadi.

Okeh! Ingat, ni basic report je tau!  (kadang ada jugak beza sikit-sikit…)

Thanx for reading!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top