Menjadi realistik

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

hd wallpaper, nature wallpaper, aurora-3273419.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

hd wallpaper, nature wallpaper, aurora-3273419.jpg

Lama dah kan tak update life dengan diri sendiri. Borak dengan diri, tanya khabar.

‘Kau okay tak?’

‘Makan okay tak?’

‘Mental okay tak?’

Asyik sibuk tanya kondisi orang lain, sedang diri itu sudah lama tak okay….

Penat hidup katanya.

Letih, tiada hujung.

Diperhati pada semut yang asyik berjalan di kaki desktop.

‘Haish, ni lah dia bila dah lama tak buat pest control…semut naik aje hidupnya…’

Ke…sebab kau yang jadikan meja komputer tu tempat makan?

Huhuhuhu

Mana lagi port paling heaven untuk makan selain ngadap Netflix. Mujur aku hidup lagi ada mood untuk makan.

Tapi, sejak dua minggu ni, mood nak layan Netflix pun dah ke laut. Masa banyak habis dekat socmed. Aku cuba dowh untuk rawat diri. Berkali jugak aku fikir nak off grid. Sebab? Aku takde minat untuk hadap dunia luar.

Rela terperukkan dalam gelap. Tidur seharian. Menangis tanpa henti. Penat nangis, tidur lagi. Seolah, hidup ni langsung tiada erti.

Penat.

Then, kalau aku lari lagi jauh dengan ambil cara sama untuk rawat diri. Isolated lagi…aku takut, aku tak kuat. Aku risau aku bukan aku lagi…

Pastu, aku install balik semua socmed. Aktifkan diri cari harapan untuk terus hidup.

Entahlah wei…

Aku tahu, ujian orang lain lagi hebat dari aku, tapi dorang masih kuat. Tapi aku bukan dorang. Kadang okay, aku syukur. Kadan tak okay, aku rasa baik tidur. At least aku ada mimpi. Mimpi yang aku sendiri tak tahu apa cerita disebalik permainan tidur itu.

Penat.

Penat yang kau sendiri tak tahu kenapa kau penat.

Alih-alih, tidur jugaklah jawapan.

‘eh semak pulak aku tengok semut ni woi!’

Mati pun ha. Dok lalu lalang, lalu lalang time orang moody camni, makannya matilah…

Eh, eh dia boleh pulak bawak kawan dia lagi ramai. Aku lahkan….

Ha kan dah merepek post aku nih. Ingat nak update tanya khabar diri, end up pi bunuh semut. Aiguuu

Kau tahu level aku punya nak rawat diri tu, chat dengan diri sendiri pun boleh terhibur. Hahahahah

Chat dengan orang, takut kacau. Dorang pun dah ada life memasing. Chat dengan orang, kau sendiri pun takde mood sebab dorang bukan faham pun kau an.

Baiklah chat dengan diri sendiri. Kau pun faham diri kau, diri kau pun belum tentu paham kau. Begitulah hidup realistiknya.

Instead of permainkan orang, baiklah kau tidur dan habiskan masa dengan ingat Tuhan dan kematian.

Tingkatkanlah ibadah tu. Istiqomah yang paling penting…

Kay r. Aku pun dah mengantuk ni.

Papehal, aku harap korang okay. Tak okay pun takpe…Is not about being okay. It’s about being alive….

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top