Bahagia itu…

roses, pink roses, pink flowers-7334744.jpg

Tadi aku tengoklah live Quyeng dekat TikTok, pastu adalah satu quote yang simple Quyeng ingatkan pada live viewer dia.

‘Bahagia itu sederhana. Simple…’

Aku kan, hidup ni kurang giler bersyukur. Bila fikir balik, setiap kali down, rasa koyak jiwa ni, aku lupa yang bahawasanya, itu hanya sekadar mainan minda yang terlalu kurang bersyukur dan asyik bandingkan hidup dengan orang lain.

Hidup ini serba cukup. Serbi lengkap. Yang menjadi tidak lengkap bilamana terlalu dengarkan kata orang. Terlalu puaskan permintaan orang lain…

Bahagia itu apa sebenarnya?

Merasa tenang lebih aman dari perlukan bahagia.

Tidak terganggu oleh apa jua musibat itu juga suatu kebahagiaan.

Melihatkan pada alam juga suatu bahagia. Punya pancaindera yang lengkap untuk harungi segala jua bahagia.

Punya masalah juga boleh membahagiakan. Tanpa masalah, kita tidakkan berkembang.

Kadang sedih kerna tak semua orang yang kita sayang, kita dapat tolong. Bukan membiarkan mereka tempuhinya sendirian. Tidak….cumanya…kudrat kita itu punya had. Ada batas.

Yang tidak terbatas kita mampu bagi hanya doa dan sokongan dari belakang. Terlihat seperti tidak membantu bukan. Ah…maafkan aku kalian…

Perjuangan kita selalu dianggap solo. Ya…hidup ini sebenar perjalanan solo. Dari mula hingga akhir.

Yang teman selamanya buat kita, hanya kita. Sebahagia manapun kita pada hidup berdua, bertiga, atau seterusnya, yang tahu segala tetap Dia.

Yang kita selalu percaya dan berserah, hanya Dia. Bukan yang berdua atau bertiga tadi.

Kita sendiri teman.

Selamanya sendiri.

Itu hakikat.

Tapi, kita tidak sentiasa sendiri. Selamanya mungkin, Bukan sentiasa. Ada masa, kita punya teman, pendamping, orang yang sanggup bersusah senang. Ada. Mereka sentiasa ada buat kita. Sokongan dari jauh yang kita selalu tidak nampak.

Selamanya dan sentiasa itu berbeza.

Aku harap hidup kau dipermudahkan, jiwa kau diperkuatkan untuk harung hidup ni. Aku tahu, kita semua perlu untuk kuat sebab realiti memaksa kita untuk menjadi lebih tabah.

Lemah? Kitakan sentiasa tewas. Tapi, apa salahnya tewas jika pertarungan itu sudah tiada sokongan….

Pasrah?

Entah….

Permainan takdir yang kita sukar untuk tebak. Mana akhirnya. Mana jalannya….

Akukah boneka yang tidak punya jiwa?

Atau aku manusia yang mati hatinya?

Tidak, hati aku ini masih hidup. Jika tidak, sukar untuk aku bersikap empati.

Usah disalahkan sendiri jika kita terlalu bergantung kemandirian…

Orang, sentiasa ada. Sentiasa….buat kalian yang meminta.

Mungkin orang bukan Tuhan yang akan tunaikan segala permintaan. Tapi, orang ada. Ada untuk kalian walau sepertinya tiada.

Entah sebesar mana lagi luka ini harus dikoyak agar orang nampak yang kita berusaha untuk membahagiakan mereka yang memerlukan. Hah, luka yang buat kita bahagia.

Luka yang kita robek untuk segaris senyuman.

Lambat laun, bahagia itu sebuah pengorbanan yang setelah kita pergi baru dirasakan….

Yeah…bahagia itu sederhana cuma.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top