Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Katanya nak buat assignment…

Bila Rancangan (A) bertemu dengan Perasaan (B), maka berlakulah satu komunikasi yang boleh dikira berpotensi untuk menyalahkan ‘tak cukup masa’

A: Eh, portfolio english kena submit rabu ni.

B: Malam nantilah aku pulun

A: Kelas petang habis awal, balik ni terus buatlah…

Sesampainya di bilik. Buka laptop:-

A: Cantik! Internet ada…boleh terus buat nih..

B: Mana ada orang panas-panas buat kerja. Baru habis kelas kot…come onlah…relax dulu..

Tengok jam, baru pukul 3:30 petang. Pandang katil… 

A: Petang ni aku relax dulu, simpan energy untuk malam. Pastu malam karang aku stay up lah…

B: Cantik gak tu…lagipun tadi baru bebankan otak dengan markah test. Nanti buat kerja tak faham. Rugi je..

Lantas, aku pun menuju ke katil dan belek-belek semua laman sosial. Apa lagi, pejamlah…

Malamnya…

Laptop dah buka, internet ada…pergi buka email..lepas tu, dashboard blog…dan tersangkut.

Belek nota subjek X, baru perasan nota masih tak lengkap.

A: Kena print dulu nota ni..

B: Haah, memang kena print dulu..nanti tak payah kelam kabut. 

A: Pergi print dekat bilik memberlah, sambil tu boleh catch up…

Maka, pergilah bilik kawan dari pukul 10:30 malam.

Sambil print, terbukalah isu tentang ‘kenapa perkhidmatan bas percuma dalam kampus dihentikan ketika saat-saat nak final exam?’ Termasuklah cerita tentang tragedi di TBS. Betapa pahitnya dan bahayanya dunia zaman sekarang. Melalui sentuhan, apa-apa boleh terjadi.

“Lepas ni, kita yang kena buat-buat gila supaya orang tak datang dekat…” kata Suci

“Benda kalau nak berlaku, apa pun kita tak dapat nak jangka…” Yong bersuara. Satu bilik berteleku.

Belum lagi diceritakan peristiwa di MC dan ragam masa kem di Ayer Keroh.

MC, Melaka Central. 

Hari tu, dok kalut cari tiket. Semua bas kebanyakkan dah habis.

A: Kau gila?! Dahlah isnin aku kelas pukul 10. Kalau naik pagi pun, belum tentu sempat berkejar ke kelas.

Disebabkan otak tengah berkecamuk, badan pun tak tentu hala sehingga terlanggar orang pun dah tak kisah. Janji tiket dapat.

“Kau ada mintak maaf tak dekat orang tu?” Suci menyampuk. Baru terfikir.

“Aku rasa macam dah. Memang tak pandang dowh siapa yang aku langgar. Otak aku fikir tiket je..”

“Apa da kau ni…ko langgar mana masa tu?”

“Dada dialah. Tu yang sengal sakit kat hidung aku langgar pintu toilet hari tu naik balik. Ko bayangkan, speck besar aku langgar dia, bunyilah jugak…”

“Tak rasa sakit ke masa tu? Masa bila pulak ko langgar pintu toilet ni?!” Angguk macam budak nak chikedes lepas tu buka pulak cerita masa di kem dekat Perak dua minggu lepas.

“Time tu aku rasa aku dah buka pintu luas-luas, tapi entah kenapa time aku bukak pintu tu, gedebuk langgar muka aku…Memang berdenyut sehari jugaklah…”

“Kau ni dengan pintu pun bermasalah…”

I really miss this moment…?

Ayer Keroh.

Masa tengah lapar, kau disuruh tukar pinggan dengan kawan-kawan satu kem tak kira lelaki atau perempuan.

“Guna tangan?” Aku angguk.

“Kira kau makan air tangan orang campur-campurlah ni? Ergh! Kalau aku tak makan dah!”

“Kau tengah lapar pun terpaksa habiskan…”

“Lepas tu, aku terjatuh tangga, ipad aku tenggelam dalam khemah masa hujan, sampai sekarang takleh buka..”

“Bahayanya….kau ni macam-macamlah…”

Disebabkan tragedi yang berturutan itu, satu gambar pun aku tak ambil sepanjang 4H3M kem berlangsung.

Okay…ni je gambar yang aku ambik…sebelum kem “banjir”

 -banyak pulak cerita dia, maklumlah lepas cuti…-?

“Aku chow dulu, pape hal roger…nak buat assignment lu..”

Tengok jam dah pukul 11:45 malam.

A: Tadi kirim burger dengan kawan. Makan dululah

B: Buat kerja masa lapar tak jadi kerja…

A: Okay, aku start buat kerja pukul 12.

Sampai je bilik, aku pun makan. Burger dan ayam Uncle Bob. Tak tahulah kenapa hari ni dia punya kebulur tu pelik semacam. Asyik nak maaaaaakann je kerja..

A: Lepas makan, edit slide subjek Law dulu, baru buat english.

B: Bolehlah, follow je mana-mana. Tapi, otak aku berat..serabut pulak time macam nilah nak selsema…

A: Tak yah buat stress-stress sangat, nanti sendiri sakit sape susah? Aku jugak….

Sekarang,

01:41 pagi dan aku masih melayan lagu UG14, Bunga Larangan. Hasil dari mood karok yang tak tercapai, habis aku layan playlist lagu lama. Bermula dengan lagu Penantian by Blackrose. Perut dah kenyang, gigi pun dah gosok. Mata pun masih tak dapat tidur. Kelas esok pukul 11. Bolehlah nak mula buat english ni…

Tapi dalam masa yang sama, masih mencari solution untuk masalah “kenapa gambar untuk contest aku tak keluar dekat muka depan blog?” Macam-macam cara dah cuba, tapi gambar tak muncul jugak…?

Ah, abaikan! katanya nak buat assignment, pergilah buat sana…minggu ni je kena pulun…lepas tu kau boleh fokus untuk final dah…

Aiy, aiy…

To all my friends yang tengah bertungkus lumus dalam pengajian masing-masing, aku doakan korang all the best and may Allah ease our way!

Untuk orang yang aku langgar hari tu, mintak maaf giler-giler sebab gua nak cepat punya pasal, memang tak sempat nak berdrama akasia bagai…

Untuk kalian yang telah join contest, saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH dan SALAM BLOGGER!?

Untuk semua yang membaca entri ni, syukran jazzilan…?

daripada lagu Bunga larangan, sampai lagu Karam…baru selesai entri ni…okay, gua chow buat assignment…serius seyes…seyes..

Subscribe
Notify of
guest
16 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
December 15, 2016 22:39

^_^!

Adam
December 11, 2016 11:24

Nak baca atau tak baca. Nak baca atau tak baca.
Nanti saya baca.

sofie adie
December 7, 2016 23:08

haah…itulah…sudahlah baru repair masalah lcd dia, masuk air pulak… huhuhu

sofie adie
December 7, 2016 23:08

kena sematkan dalam minda ni..sebagai peringatan untuk diri sendiri.. 😀

aRz MoHa
December 7, 2016 23:04

ipad rosak ka…huhu sayangnya

aRz MoHa
December 7, 2016 23:04

apapun kalau melengah2 satu kerja yang penting memang akan buat masalah….buat yang paling penting terlebih dahulu

sofie adie
December 7, 2016 05:10

hahahhaha ini lawak…memang semua yang ada blog kot mengalami situasi nih…

sofie adie
December 7, 2016 05:09

kan?? bila dah on lappy ada pulak internet mesti rasa nak cek blog dulu…hahahahah

sofie adie
December 7, 2016 05:08

salam yana! thanks ya!

sofie adie
December 7, 2016 05:08

hahaha nasib baik tak lemas…^_^!

sofie adie
December 7, 2016 05:06

kan? hahahah nasib baik dah siap…memang selingan tu kalahkan iklan kat tv3..

lagu rock dedulu terbaik!!

Nadratul Syazwana
December 7, 2016 04:18

Hahhahahah katanya nak buat assignment eh!? Tengah terkena batang hidung sendiri ni hahhahaha. Hadap blog sambil buat essay kononnya.

Kim Chaa
December 7, 2016 04:18

sekarang nak buat assignment, tapi tersekat disebabkan bukak ig dan dashboard blog. haha

The KehalusanKelembutan
December 7, 2016 04:18

SALAM SOFIE ALL THE BEST ! 🙂

Unni Anje
December 7, 2016 04:18

biasa tjadi tu.. nk stdy konon last2 kelaut!! hihi

Noor Maizan
December 7, 2016 04:18

Hahaha banyak betul ye selingan nk bt assignment tu, sabar jelah. Eh samalah kita layan lagu rock dulu2, sedap kan.

Scroll to Top