Blog Header

Pandora Purnama Pertama

celebration, 2023, new year-7676808.jpg

Vanished by No Signal menjadi muzik latar. Muzik peneman kala aku menaip pada hari pertama bagi tahun 2023.

Ya benar. Kau dengar itu, sekarang sudah menginjak usia Masihi yang ke Dua Ribu Dua Puluh Tiga Tahun. Itu usianya yang dihitung oleh Masihi.

“Weh, nak ubat batuk boleh?” Soal si teman di ruang tamu. Aku yang sedang menaip terhenti seketika.

“Ubatnya atas peti ais tu ha. Ko ambik jelah….”

Sudahnya mood aku nak menaip entah ke mana aku pun dah tak berjaya nak sambut. Hajatnya nak cantikkan ruang kerja masuk hari bekerja nanti. Tapinya, barang di Shopee pun masih tidak-tidak lagi di beli. Masih jua terperap dalam troli.

Ah, keajaiban manakah yang bisa membuat troli Shopee aku terus kosong dan menjadi nyata. Berangan namanya!

Best Part of Me, nyanyian N3wport dan Svrcina giat bergema perlahan pada stereo. Google kejap lirik lagu ni pasal apa.

Tahun baru.

Ada apa pada tahun baru?

Pada semangat? Pada azam? Pada hadap dan kehidupan mendatang yang belum pasti ranjaunya kita dapat tempuh dengan tabah atau hanya berserah pasrah pada sesuatu yang kita boleh gelar terserah?

Angkat bahu lagi jawabnya.

Usah ditebak pada masa hadapan yang bisa memacung segala nikmat yang sedia terang. Kenapa dirungsing dan diragut jiwa tenang jika gusar tiada mengubah jalan.

Ah, bicara emang mudah ya. Aku yang hadap, aku yang telan, aku jua yang beralah. Akur pada rasa, akur pada alam, akur pada semua jamadat yang berkehendak.

Makanya, ada apa pada tahun baru?

Pada sebuah jiwa yang lebih jitu.

Pada sebuah pengharapan yang lebih baharu.

Pada semangat waja yang lebih padu.

Pada kepercayaan jalan bahagia yang di pilih.

Hajat apa pada tahun yang ini?

Tidak mengharap banyak.

Hanya berdoa agar segala hidup dunia akhirat dipermudah, jiwa diperkuat dan hanya Dia tempat bergantung harap.

Untuk menjadikan jiwa ini kuat, harusnya kita jatuh hempas koyak jutaan kali.

Pandora Purnama Pertama.

Hasil malam terakhir 2022 dengan movie Avatar yang langsung tidak pernah diminat. Tidak pernah terlintas untuk hidup di alam rekaan Na’vi…

“Daripada dorang berharap kepada pokok, kenapa tidak mengharap pada Tuhan yang mencipta pokok? Tak ke pelik? Sebab end up pokok tu dicantas, musnah jua. Tak faham aku…”

Itulah kau, tengok movie untuk bertingkah pada akidah. Namalah fiksyen. Fiksyen mana ada masuk akal. Adoyaiii…

Dahlah, dari aku mengarut dekat sini, baik aku usha Shopee, tapis harga sebelum beli iya dak.

Dah chow lu. Pape roger!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top