Search
Close this search box.
soap bubble, the colors, colored bubble-4372811.jpg

Belatikah aku?

Awalun aqal ini selalu fikir, akukah belati dalam setiap perhubungan?

Tahun demi dekad dia hidup, ini adalah tahun terpaling sukar yang dia rasa. Jika dulu dia mengeluh atas kesukaran kerana menyiapkan projek tahun akhir, kini apa yang dia rungsing adalah sesuatu kehidupan yang langsung dia tidak fikir…

“Itulah, kita ini selalu beria dengan orang, alih-alih…sini juga kita. Rawat segala rawan, jahit segala luka dan ubat segala rasa…”

Satu demi satu ritma seolah tidak selari dengan minda. Diubah dari Post Rock Ambient kepada Calm Before Storm.

Jiwa dia langsung tiada tenang!

Ah, hati…raihlah tenang dengan mata terpejam.

Mutakhir ini dia sangat rapuh. Rapuh pada setiap kepercayaannya yang dulu. Pada semua yang pernah dia genggam. Otaknya seolah tiada pegangan. Yang ada cuma tawakkal pada Tuhan. Ya, aku jahil. Namun untuk kekal dalam kejahilan itu bukan jawapan.

Aku ingin berjaya. Buang segala belati dalam jiwa.

Aku terasa. Dia makan dalam.

Aku, terkilan. Dia, terusan menelan.

‘Orang punyalah heboh cerita itu ini agar kawan nan seorang tidak merasa sendirian, alih-alih…seulas penghargaan pun tiada terlintas.’

‘Samada aku yang terlalu sensitif atau memang realiti aku ini si belati dalam daging, aku tak tahu!’ dia menggeleng.

Tersayat rasa jiwa. Bukanlah dia terlalu berharap agar dihargai. Namun, tidak luak pun jika secubit kasih dihulur.

‘Terima kasih.’

That’s it. Itu saja.

Namun, tiada….

Itulah, orang lama kata. Ikhlas itu rahsia Allah.

Hidup, aturan, perjalanan, segalanya yang kita rasa serba tahu itu tetap dalam wilayah Rahisa Allah. Apalah sangat yang kita tahu pada dunia ini?

Ah, redhakanlah semua…bisiknya.

Ku lepas ia pergi. Desisnya.

Sakit?

Ya benar perit. Namun aku tidak mahu simpan lama belati dalam diri.

Tertusuk ia dalam daging, siapa jua yang perit?

Aku juga…

Aku bukan belati.

Apa pun yang terjadi, usah terlalu terkait ia pada hati. Hati hanya untuk Allah. Dunia ini medan ujian. Tidak mengapa jika tidak bahagia. Namalah dunia. Segalanya sandiwara.

Cukuplah…buanglah ia pergi.

Pada Takdir jua kita ini.

Apalah sangat hendak di sedih.

Pergi, pergi ia pergi…

Tidak lagi ditahan, tiada jua ia menangguk di tempayan kasih

Cukup ia disini.

Dia bukan belati

Aku bukan penagih

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top