Arakaian hari yang tenang kala dia asyik menonton satu filem kartun kegemaran, dia dikejutkan oleh satu panggilan.
What now?
Dan bunyi loceng muka pengadilan seolah bergema nyaring
Ting Ting Ting!
Your upcoming test has now arrived. Get ready….set…and go!
Pang!
Dia ketawa besar.
Baru mahu diunjurkan kaki berhenti rehat barang sesaat dua, kini masanya sudah tamat.
Dia hanya mampu ketawa.
Aku menangkah?
Dia menggeleng. Ketawa bagai si gila.
Gila!
Gila!
Gila!
Tasbihnya….Allah, betulkah aku sudah bersedia?
Apakah ini semua Ya Tuhan?
Peliknya, dia tidak lagi merasa beban.
Tiada lagi kesakitan semalam yang penuh dendam…
Tiada lagi rasa kecewa yang penuh sengsara…
Dia bebas!
Aku menangkah?
Hahahahaha
Dia melangkah keluar, debaran seolah tiada selindungnya lagi. Takut, suka, gembira? Dia penasaran dengan rasanya sendiri.
Kelibat dilihat, jauh namun jelas tampak dia tersenyum.
Dia tersengih. Lebar.
‘Tuhan, kau lindungilah hamba dari sebarang kebodohan…’ desisnya
Hamba sedia.