Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

H.I.N.A

Dah lama tak update cerita yang boleh bawak orang tenggelam hingga ke dasar Lowest Astronomical Chart. Bukan lagi setakat Mean Sea Level. Tiada lagi assumption dari mata kasar….

Apa khabar kalian budiman yang telah hilang dari dunia yang dulunya kita suka bersama? Masih lincahkah jemari kalian menaip setiap bait cerita hidup kalian? Walau sekadar picisan tapi cukup buat si pembaca menyimpulkan sebaris senyuman dan geleng kepala.

‘Alahai, kelakarnya hidup ni. Ada-ada saja karenah dan ragaman.’

hina, zone

H.

Hannan namanya. Dia hidup sebab Tuhan yang wujudkan dia. Hati itu telah berdetak sejak dia lahir. Tapi warnanya tidak selalu merah seperti buku biologi selalu gambarkan. Kejap dia hitam, kejap pudar kekuningan.

Hannan tidak banyak berdalih bila diperintah. Cuma sikapnya yang tidak tetap seperti lalang itu merungsingkan Iman…ya Iman.

I.

Iman. Pendek saja namanya. Tapi selalu ada timangan. Sekejap taqlid, sekejap awam. Sekejap naik sekejap turun. Hannan pernah cerita padanya untuk menukar timangan nama Iman dari Taqlid ke Haqiqat. Bila? Iman pun tidak tahu. Katanya bergantung pada Hannan. Hannan peneman dia berjalan. Tidak pernah lekang dari berdua.

Iman pelik. Kenapa Hannan sering menarik dia ke cerun itu? Cerun yang jika dipandang bawah tiada kenampakkan suatu jamadat pun yang wujud. Yang kedengaran puing-puing nyaring. Sayu hembusannya.

N.

Nafisah. Dia punya personaliti saja ada tujuh. Orang selalu kata dia tidak stabil. Sekejap dia baik, sekejap dia pemarah, bengis bagai dirasuk sang iblis. Jarang lihat Nafisah senyum sempurna. Paling tidak dia hanya tenang sendirian.

Mungkin sebab itu Iman dan Hannan jarang berkawan dengannya. Nafisah termenung. Kadang dia menyoal, kenapa dia wujud dicipta kalau sekadar untuk dicerca?

A.

Aqilah.

‘Nafisah, kita semua ni wujud sebab menyempurnakan syarat Orang itu hidup. Tanpa Nafisah, Orangkan kelaparan. Tanpa Nafisah, Orangkan kebosanan. Sebab Nafisah elemen keterujaan Orang.’

Begitulah Aqilah. Dia positif. Macam Molang. Adakala, dia pesimis seperti pisau. Iman sendiri tewas dek kerana hirisannya yang tajam. Hannan tak usah dicakaplah berapa juta kali sudah terluka dek kerana penjara ciptaan Aqilah.

Bagusnya Aqilah ini, dia senang mendengar hujah dari Iman. Apa yang Iman kata, cepat saja sejuk. Biarpun yang menggelegak itu Nafisah.

H.I.N.A = MANUSIA

‘Nasaya itu kata asal bagi manusia. Maksudnya pelupa.’

Hannan diam. Patutlah Aqilah selalu lupa dengan apa dia belajar.

‘Ilmu fi sadr’ la fil kutb’

Tapi kenapa Hannan pun susah benar untuk ingat apa yang Orang belajar? Mungkin sebab Hannan masih tidak menjaga ‘warna’nya?

Yang nyata Iman tahu kelemahannya. Iman tahu bagaimana cara untuk menyatukan mereka. Sebab Iman adalah ketua dalam mengislamkan mereka. Iman yang pegang Hannan, Aqilah dan Nafisah. Iman yang akan mendorong mereka untuk percaya pada qada’ dan qadar.

###

H.I.N.A
Hina rasanya bila diakronimkan penyatuan eleman kewujudan manusia.
Iya, kalian pening, Kalian pusing. Tapi mereka tetap wujud dalam diri kalian. Pusinglah 360 darjah sekalipun, mereka tetap bersatu dalam jasad kita.

Namanya, Hati, Iman, Nafsu dan Akal….

Mereka penggerak tentera fizikal. Mastermind yang sering bergolak takhta. Merebut kawalan dalam kepala. Atau hati? Boleh jadi jua minda. Tiada beza.

Yang kita mahu lihat H.I.N.A. itukan membawa kita ke husnul khatimah.

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 10, 2018 00:19

dalam sampai scuba diving pun tak jumpa maksudnya…huhuhuhu

sofie adie
October 10, 2018 00:18

Alhamdulillah. semoga ia berguna untuk dijadikan renungan buat diri dan pembaca semua…

miya amira
October 7, 2018 12:38

Dalam maksud yang nak disampaikan

Shahida Dzulkafli
October 7, 2018 12:38

Perkongsian yang menjentik jiwa.. tq

Scroll to Top