Blog Header

Benang Halus dan Air Masin

text, letter, old-4095909.jpg

Suatu benda yang kita sukar tebak adalah dinding yang dicipta dari untaian benang halus. 

Mahu dipegang ia tertembus.

Mahu bersandar, jatuh terduduk.

Ditetas tak punya ikatan.

Bagaimana ia tercipta? Aku tanya pada mereka.

Mereka diam bersahaja. Tiada reaksi.

Kata orang dulu kala, sesiapa yang melangkah dari benang itu, hidup mereka tidak akan serupa seperti sediakala. Momokan itu sudah berjaya memperdaya generasi jutaan tahun. Tokoh Millenia jua memperdaya dengan agenda disebalik mitos benang halus ini.

Apa itu benang halus?

Tanya lagi mereka pada aku.

Aku juga hanya mampu diam. Bukan tidak tahu. Tapi sedang sarat untuk sampaikan pada mereka identiti sebenar benang halus itu.

Diajar, mereka tidak akan faham.

Ditunjuk mereka tidak akan cipta jalan lain.

Jadi, aku diam.

Barangkali, orang yang aku pernah tanyakan soalan ini dahulu pun berfikiran seperti aku. Mereka diam hanya kerana ingin aku mencari jawapannya sendiri. Tidak hanya menagih untuk pengetahuan diluar batasan.

Barangkali. Tebak hatiku…

Barangkali….sambil mengutip helaian benang halus yang mula gugur dari tempatnya.

Barangkali…

Aku berjalan lagi.

Kali ini sudah melepasi benang halus yang ciptaannya tidak berjasad tapi dapat dirasa. Seperti angin.

Sepoi bahasa menutup luka hasil dari lintasan benang halus itu.

Halus tidak berdarah tapi parutnya seperti ada.

Walau tidak merah, cukup dalam untuk disimpan.

Dalam peti sebelum dicampak ke laut mati…

Laut mati.

Laut, airnya masin.

“Benda yang paling bernilai kuantitinya biasa sedikit. Lihat di bumi ini apa yang paling banyak?” tanya abang bertubuh besar.

“Air.” Jawab mereka naif.

“Air masin.” Abang itu betulkan jawapan mereka.

“Air masin bergunakah?”

Masing-masing diam. Mahu geleng, seperti sedang mengiyakan teori yang abang itu sedang cuba sampaikan. Mahu angguk seperti bodoh pula menidakkan fakta.

Hanya kerana air masin tidak diminum, lantas dihukum sebagai tidak berguna.

Diam mereka.

“Air masin ni, sama seperti graduan. Ramai, tapi tidak punya nilai.”

Mereka diam.

Benang halus mula bercambah diantara mereka.

“Jadi, tahukah jalan untuk meningkatkan nilai kalian?”ada nada sinis pada tanda soalnya.

Senyum.

Dengan menjauhi dari lautkah? Supaya tidak terjebak masinnya pada kami?

Ingin aku bertanya soalan itu. Tapi aku simpan.

Kerana air masin itu jua berada hampir dengan kita. Kita semua. Termasuk abang yang bertubuh besar tadi.

Tidak percaya?

Cuba calit sedikit peluh kalian ke lidah. Apa rasanya? Tawarkah?

Nah…

Bagaimana mahu elak air masin, jika air masin itu sendiri kita yang hasilkan?

Berhentilah.

Berhenti dari menjadi batu besar yang menghalang laluan benang halus.

Berilah peluang dan ruang.

Zaman kamu sudah berlalu usahlah disamakan dengan zaman mereka yang baru kenal erti tahu.

Kerna air masin itu duduknya tidak setinggi awan,

Ratanya sama tanah, tapi tidak bernilai.

Ditambak bagi memperluaskan tanah.

Apa silapnya menjadi air masin?

Air masin itu dalamnya sukar diteroka,

Sekali timbul, akal sukar terima.

Indah itu kan tercipta dari perasaan yang indah,

What you give, you get back…

Ramai tahu, untuk ilmu bukan dengan cara sentap baru terburu cari guru.

Tapi adakalnya, sentapan itulah yang menjadi putusnya benang halus…

sunset

Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul Afifah
June 3, 2017 02:27

Cantik. I'm jealous with your talent boleh tak?

"Zaman kamu sudah berlalu usahlah disamakan dengan zaman mereka yang baru kenal erti tahu" – we need to carve our own path. insyaAllah.

// afifahaddnan

I am LZ
May 25, 2017 02:42

Pandai betul SA berpuisi..
Terasa apa yang diungkapkan datang dari hati..

Shahida Dzulkafli
May 23, 2017 23:35

Deep..

Scroll to Top