g68c82c1251ab198d5d664aafdae7dd9000801a8c9751f46924dc01f35b8e032feffb3111e879d17d7368cbb4b4502e13d368a5bd34a67642f328e08cbc9016ff_1280-5527417.jpg

Delulu Solulu

Delulu is solulu…

Quote ni dah terngiang dalam telinga aku semenjak Isnin lalu.

Ia bermula masa aku scrool reels dan ada terjemahan terma Gen-Z dengan perkataan asal.

Delulu adalah delusional, manakala solulu adalah solution.

Hah.

Katalah aku tertinggal dari arus trend sekalipun, aku tak kisah sebab aku tak pernah akan searus dengannya. Cheyyy ayat kemain berlagak na…

Bila dikaji berkenaan terma delulu ini melalui ChatGPT, kita akan diberi penerangan seperti berikut…

Nah….sakit kepala jugak aku membaca bacaan seperti ini ya. Pening amat deh rasanya…

Ikutkan masa aku men-Google pasal isu delulu solulu ni, aku macam tak rasa ia suatu bahan atau topik yang berat. Sekali….nah….dalam jugak topiknya ya bila hendak dikupas.

Daripada delusi, berpindah ke halusinasi…kemudian menjadi psikosis….

Mak aih…mahu tidak gila mahu membaca. Plus… bila dah membaca lebih ni…kau baru sedar yang kebarangkalian dulunya kemungkinan kau pernah alaminya…Tapi tak sedar, sebab kau tak tahu pasal semua terminologi atau kewujudan dunia yang ini. ha ha ha ha

Okaylah beransur kepada agenda seterusnya…adakah delulu ini suatu solulu atau sekadar helah semata?

Entahlah weh….tetiba otak aku jadi penat giler dah fikir perihal ini.

Iya…ga usah difikirin…

Yang kau pergi rajin fikir perihal ni tu sebab curious lah tu hahahaha

Iya benar tuh….Curious tentang apaan sih.

Thought something fun, something rainbow…rupanya awan gelap, pelangi pudar.

Iyalah, cukuplah sekadar atasnya saja aku sudah tahu.

Sambil research mengenai topik ni aku boraklah, tanya berkenaan adakah kita pernah alami situasi sebegini?

Mungkin ya. Tapi, kita tak naklah buat diagnosis sendiri ya. Jadi kami diam. Berteleku. Hembusan nafas pun terasa berbatu. Berat!

Kehidupan kedewasaan ini katanya keras. Keras, berat, gelap, kelam dan seangkatan dengannya semua memberi jawapan serupa.

Yang menjadikan ia ceria adalah tanggapan dan persepsi kita terhadap kehidupan yang melanda.

Mahu warna beginikah, warna begitukah, mahu dipikul beban dibahu lagikah atau mahu terus putuskan segalanya tapi sebarang rasa berbuku mahupun berbaur.

Tak semudah itu…tapi tidak mustahil bukan.

Jadi, perlahan-lahan kita mengorak langkah, melepaskan segala rasa yang sering menghantui kita.

Sakitnya mungkin perit. Namun, sakit itulah yang kita tagih agar bila berhadapan sakit yang lebih dasyat kita tidak lagi jatuh sebegini. Mungkin lebih terkawal segalanya.

Eh, aku pun dah lupa entri ni pasal apa. Yang penting, kita fokuskan hidup pada perkara yang memberi manfaat pada iman kita. Teringat satu quote ni,…

Jadi, delulu solulu!

Okay, enough with this mantra already. Move on and go find another affirmation!

Gua mahu muntah udah kaji ini topik.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top