Blog Header

Sekerat Jalan

Sekerat Jalan

Hampir setahun dunia begini. Dunia overthinking, paranoid, anxious dan segala kegawatan serta mala petak menimpa. Satu persatu penghuni mayapada diuji. Dari sekecil rintisan hujan sehingga sebesar arus diraja. Semua, semua kita berhadapan dengannya.

Keempat faktor untuk kita kekal kuat kian menipis yang akhirnya tinggal sifar. Kejayaan semuanya sekerat jalan. Masih diterjah bau gagal.

Ah, gagal itukan petanda proses perjuangan. Kata mereka.

Sampai bila harus berkurung dan hanya meneleku pada sesuatu yang tiada kepastian?

Mungkin Dia mahu kita belajar erti kata ‘dengan izinNya’. Tiada apa yang pasti selain dari kehendakNya.

Jalan pun sudah tidak kelihatan, manakan mahu berjalan? Dalam kesamaran? Terang pun kau terjelupuk berpaling tadah inikan pula dalam bayangan.

Entahlah…sekerat jalan itu selalu menjengah. Pantang dia mahu ke penghujung, ada saja yang menghalang. Semua, semua cerita dan gerakannya hanya sekerat jalan.

Untuk memulakan ia semula, ah…tiada daya serta kuasa. Pesimis akalnya semakin tajam. Apa guna bersikap optimis dikala kekusutan begini?

Semua hanya agenda. Kita adalah permainan dunia.

Apa lagi mahu dipercaya selain tawakkal padaNya?

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top