Search
Close this search box.
7143 45 U537355 93850N

7143 45 U537355 93850N

Ada banyak perkara yang bila direnung dan diputar kau berharap ia tidakkan jadi begitu. Ia sepatutnya begini. Jadi kau mula tuding pada takdir. Kenapa? Kau sudah mula tidak redha dengan pengadilan hakiki?

7143

Jauh masa hadapan direnung, semenjak dia dibangku sekolah dilakar semua mimpi setinggi angkasa. Tapi yang berbalik padanya hanyalah debu yang bertebaran. Habuk! Dia hanya bersin mendapat sakit. Mana pergi taburan bintang yang dia lakar untuk dijadikan jambatan suatu tika? Mana?!!!

U537355

Kau, kau, kau…satu demi satu dihitung baris nama yang menjadi pemutar segala cerita yang sepatutnya mengikut apa yang direncana. Tapi apa yang dia dapat lakukan? Sekadar menyalahkan manusia lain atas segala tanggungjawab yang dia lari? atau agar dia tiada rasa bersalah diatas kegagalan menghidupkan mimpi yang diingini?

Ah! Dangkalnya fikiran. Yang bersalah, yang patut dituding itu semuanya aku! Aku yang hidup di dalam jasad bernyawa yang mendokong nama ini. Aku! Putarannya kembali sifar. Back to squre one kata orang.

Jika tiada dilahirkan nescaya aku tidak perlu menghadapi segala kegagalan. Argh!

93850N

“Semuanya baik saja” jawabnya ringkas bagi mengelak perbualan dipanjangkan.

Dia bukan bosan. Bukan kejam untuk menghalau semua manusia dari punya interaksi dengannya, dia hanya sudah tidak punya jiwa. Sifar. Segalanya tiada motif untuk punya perasa. Sama. Malar. Constant. Itukan yang semua mahu.

Sudah lama cartanya menjunam ke lohong keluar dari garisan statistik normal. Dalam garisan sejarah, dia hanya satu titik dari huruf i dalam ejaan ‘History’.

Itu saja ceritanya.

7143 45 U537355 93850N

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
anamizu
January 30, 2021 16:09

hai sofieadie! terasa lama tak ke sini 🙂 alamak tetiba keluar noti: Whoops, that’s an error.

Scroll to Top