Search
Close this search box.
gc333bd2d404fa9427a8c0f0dfbc604b323d3e9153b1178d336d9a5717cfa01308f7a10e188e420aba2f4599a1de93ff3_1280-666803.jpg

Maxis Fibre 30mbps dah takde??

Ini adalah cerita dan pengalaman aku bersama Maxis.

Maxis yang menyusahkan.

Maxis yang melecehkan.

Maxis yang merumitkan keadaan.

Maxis yang sentiasa akan ada salah faham.

Maxis yang tersangat hassle setiap kali kita perlukan rujukan.

Maxis yang tadi kata lain, sekarang kata lain.

Maxis yang eeee menyakitkan dompet jiwa raga sehingga aku rasa macam nak bunuh Maxis.

Jarang aku nak bagi review untuk barang yang baru setahun guna. Biasanya semua review aku adalah selepas penggunaan lebih dari tiga tahun. Yeah, tiga tahun je kata kau. Itupun nak bising.

Tiga tahun menjadi penyumbang setia kepada pemesatan sebuah syarikat telekomunikasi itu bukanlah suatu masa yang singkat.

Merujuk kepada rekod profil, aku mula menjadi pengguna Maxis pada tahun 2019. Ada yang bermula 2021. Apa yang aku pasti, hidup aku bersama Maxis sudah bermula semenjak 2018. Selepas aku pergi tinggalkan Digi, RedOne serta Celcom XPax; pakej awalun aku punya talian sendiri.

Sebenarnya hari ini aku hampir give up dengan Maxis. Marah, terkilan, kecewa seolah aku sebagai pelanggan setia itu dipandang picisan. Tiada nilai. Walaupun aku sedia maklum yang rata-rata syarikat ‘gergasi’ sebegini mana pernah kisahkan kesetiaan pelanggan. Yang mereka pentingkan adalah profit dan keuntungan.

Aku ni apalah sangat sekadar penyumbang ratusan sebulan, kusss semengat kata orang. Orang lain yang menyumbang ribuan sebulan pun tak kecoh macam aku. Ah…itu orang, bukan aku. Siapa suruh dorang tak heboh.

Semenjak ekonomi kian meruncing begini, ada perkara buat kita menilai semula mana kehendak dan mana keperluan.

Faktor pertama buat aku memilih Maxis daripada barisan talian yang lain adalah, Maxis suatu brand yang stabil. Meluas, besar, dipercayai. 

Aku pejam mata dah tak pandang lain masa buat perbandingan. Yang oren, kuning, merah, biru semua sudah tertumpu pada hijau.

Pakej internet 30mbps dengan harga RM89 sebulan. Cukuplah buat pakai seorang dua. Sayangnya pakej tu dah mansuh. Menjadi Pakej Rahmah yang tidak lagi sah pada pengguna lama. *sigh*

Aku tak follow up sangat dengan Pakej dan Produk terkini Maxis, sehinggalah aku perasan kenaikan pada bil. Even Pakej aku yang sepatutnya layak untuk jimat dah menjadi beban disebabkan kewujudan Pakej baru ni…hurmm…

Ikutkan hidup aku dah cukup tenang tanpa perlu sebarang naiktaraf pada pakej. Tapi tu lah, mudah sangat terhasut dengan rebate. Dasar mudah kena gula-gulakan! Arghhh!

Patutlah beria dorang kasi rebate Pakej 100mbps tahun lepas dengan harga RM89 ye…rupanya paksa aku upgrade dalam diam. tsk tsk tsk…aku je yang lalai selama ni…

Selepas Pakej Rebate aku tamat Feb 2024 lalu, aku hubungi pihak Maxis untuk kembalikan semula status Pakej aku kepada harga asal tanpa sebarang kenaikan. Aku mahu semula Pakej 30mbps berharga RM89 sebulan. Aku tak nak Pakej 100mbps dengan kadar RM129 sebulan. TAK NAK DENGAN EJAAN SEMUA HURUF BESAR DAN WARNA MERAH BESERTA BOLD!

Tapi korang tahu apa Pihak Maxis bagitahu aku masa tu?

“Cik, pakej ni Cik masih terikat kontrak berbaki 12 bulan. Bermakna Cik kena teruskan pembayaran kepada harga normal sebanyak RM129 sebulan. Kita takde pilihan untuk downgrade Pakej cik.”

Dengan naifnya aku cuba jugak memujuk agar dikembalikan harga yang disetuju.

“Tapi…hari tu masa Maxis call saya offer rebate ni pada saya, saya ada tanya dia, kalau tempoh rebate ni dah habis, adakah saya boleh kembali kepada pakej saya yang asal? Orang Maxis inform saya masa tu kata pihak Maxis akan hubungi semula saya bagi tujuan pengesahan. Biasanya kita akan kembalikan pelanggan kepada pakej asal sekiranya mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan pakej rebate ni..tapi kenapa sekarang tak boleh pulak? Plus, saya langsung tak terima sebarang panggilan berkenaan pengesahan ni…”

“Cik masih ingat pihak Maxis yang tawarkan rebate pada Cik ni?” tanya dia.

Aku yang dalam hati masih cuba tahan maki.

“Maaf cik saya memang dah tak ingat siapa yang hubungi saya masa tu. Cik boleh rujuk pada rekod panggilan saya bagi pengesahan.”

Yada yada yada…sudahnya aku pasrah. Disebabkan dia kata, “kita memang takde pilihan downgrade plan pada pelanggan selagi kontrak masih ada.”

Maka bermulalah fasa kecewa aku bersama Maxis usai panggilan itu.

Kecewa, membazir, rasa macam diperguna semua ada.

Terasa macam sangat tidak adil sebagai pengguna. Urghhh…

Aku dengan berat hati terpaksa meneruskan Pakej yang aku tidak redha ini untuk berbulan lamanya. Sehingga satu detik aku rasa macam; ‘dah r, cukup sampai sini je lah aku sokong Maxis. Tiba masanya aku beralih ke platfrom lain…’

Panggilan demi panggilan aku lakukan bagi proses pembatalan khidmat Maxis Home Fibre 100mbps berharga RM129 ini.

  • Panggilan pertama info yang aku dapat, katanya aku akan dikenakan penalti. – Okaylah aku tak kisah. Janji dapat rendahkan komitmen bulanan. – Masa ni aku ada bertanya, “..tapi saya tengok dekat iklan website Maxis, ada Pakej serendah RM89 sebulan tu, boleh ke saya nak Pakej tu?”
  • Maxis kata, “Cik iklan dekat website Maxis semua untuk pelanggan baru sahaja.” – Aik, aku pelanggan lama kau ni kain buruk dahlah ye? Tak puas hati sungguhlah!
  • Bila aku dah dalami pencarian aku pada platform yang baru, aku teruskan dengan panggilan kedua bagi mengatakan hasrat serta memahami prosedur untuk menamatkan penggunaan bersama Maxis. – Info panggilan kedua pulak bagitahu aku dengan mengatakan; “Cik kena lunaskan semua bil sedia ada serta membuat pembayaran advance bagi bayaran penalti sebanyak sekian.” – Done, aku dah buat.
  • Pada panggilan kedua tu aku dah mention yang aku nak pembatalan segera sebab aku dah tak tahan guna Maxis. Kaki putar punya. Kau bayangkan setiap panggilan aku buat tu aku akan hubungi dua kali untuk pengesahan.
  • Panggilan pengesahan tu Maxis bagitahu aku yang; “Pakej Cik ni dia datang dalam bentuk bundle, jadi sekarang kita dalam proses unbundle pakej cik dulu. Kemudian kena tunggu dua ke tiga hari bekerja untuk meneruskan proses pembatalan.” – Okay, aku dah lega dan memang tekad untuk angkat kaki.
  • Selepas aku buat serta menunggu panggilan seperti yang diarahkan, aku hubungi semula pihak Maxis bagi follow-up status since senyap betul telefon aku langsung tak berdering. Kau tahu apa yang Maxis cakap, “Cik, kita takde apa-apa rekod berkenaan permohonan Cik.” WHATDAHECK??? – Masa ni aku dah sedikit berang.
  • “Cik, saya dah mohon termination ni sejak Rabu minggu lepas. Saya expect pihak Maxis hubungi saya hari Jumaat, langsung takde. Sekarang dah Selasa dan cycle bil saya dah bermula. Cik biar betul kata permohonan saya langsung takde dalam rekod?”
  • “Alamak Cik, kalau bil baru dah generate, Cik kena lunaskan dulu bil yang baru ni baru kita boleh proceed termination. – *HEAVY SIGH!* – Baik, saya akan buat pembayaran hari ni. “Kalau kata Cik bayar hari ni, Cik tak perlu hubungi Pihak Maxis, kita akan teruskan proses pembatalan.” – Aku tak percaya dah kata korang ni. Lambertttt!
  • Selesai pembayaran, aku hubungi Maxis dan terus meminta buka permohonan bagi pembatalan kontrak.
  • Aku penatlah, setiap kali panggilan aku kena explain ‘Kenapa Cik nak terminate ya?’ Eh suka hati akulah nak terminate. Gerammmm
  • Semua yang bertanya, langsung tak bagi jawapan yang membina. ‘Maaf cik kita memang tak boleh downgrade plan’ – Dah tak boleh downgrade, kita blah la kan. Jika orang tak sudi…Lebih baik aku pergi…
  • Tapi….orang terakhir aku hubungi ni dia lain sikit. Dia seolah keliru dengan cerita aku. Dia kata, “sejak bila pelanggan tak diberi pilihan untuk downgrade plan?” – Eh, eh, eh kau ni tanya aku pulak? Kau tanyalah team kau. – Maka cerita yang sama aku ulang ke sekian kalinya.
  • Aku tetap berkeras mahukan semula Pakej asal aku dengan bayaran RM89 sebulan. Aku tak kisah. Kau tak kasi, aku memang blah.
  • Pihak Maxis tu cuba tenangkan aku dengan menawarkan pilihan Pakej 100mbps dengan kadar RM99 sebulan. Since RM89 sebulan dah tak wujud. (Padahal ada je lagi, tapi aku dah malas nak bertingkah) – Ikut pada logik pakej promosi terhad yang dipaparkan pada laman website Maxis, aku boleh dapatkan pakej 300mbps dengan harga RM99 sebulan. Tapi tu lah, macam awal aku kata, Maxis kaki putar. Apa yang kau lihat belum tentu hakikat. – Offer yang dalam website tu sekadar tayangan dan dogengan semata. Tengok boleh, percaya jangan. Silap hari bulan, mencanak bil kau terpaksa tanggung.

  • Selepas penyetujuan untuk mengekalkan Maxis Home Fibre dengan kadar 100mbps RM99 sebulan, aku dah lega. Aku anggap semua sudah selesai. Fuh tarik nafas baru. Dan senyum riang.
  • Namun tidak kawan! Panggilan dari Maxis tetap menghantui. Sebab apa? Sebab sistem dorang TAK TALLY! LAMBAT!!! L.A.M.B.A.T! (Okay mungkin bukan masalah sistem, tetapi staf yang bertugas makan angin)
  • Sudahnya, semasa pihak Maxis hubungi aku untuk pengesahan, aku kesibukan mengendali kerja dan meminta Pihak Maxis hubungi semula pada jam 4 petang. Tunggu punya tunggu, jam 5.46 petang baru mereka hubungi dengan meninggalkan missed called. (Ye lah dah masa tu aku tenggah drive buka waze, sebarang panggilan masuk memang auto reject. Sebel!)
  • Aku berhenti sebentar di hentian RNR. Hubungi Maxis dengan hati yang sebel kawan. Sebel sampai warna hijau. Sabar, sabar tenang.
  • Panggilan diterima dan aku terangkan semua A to Z. Yada yada yada, aku dah malas cara, aku hanya cakap, “kan saya dah setuju untuk proceed dengan apa yang saya dah setuju ketika panggilan jam 1219 tengahari lalu. Kenapa masih nak berkonflik???”
  • “Maaf Cik sistem kita ni agent tadi daftar lambat. Selepas Cik hubungi saya, baru agent yang Cik hubungi awal tadi masukkan dalam sistem sekitar jam 2 petang…” Ding dong ding dong “…sebab itulah kita terpaksa suspend sebentar akaun Cik.”
  • Garu kepala kejap.
  • “Macam ni lah Encik Amirul ya, saya harap panggilan ni panggilan menjelaskan segalanya. Saya akan menggunakan khidmat Home Fibre 100mbs dengan bayaran RM99 sebulan. That’s it. Kalau pengaktifan semula ni datang dengan kadar lama, saya akan terminate terus.” Noktah!
  • “Ye Cik betul tu. Kita memang akan aktifkan Plan yang 100mbps dengan harga RM99 sebulan tu.”
  • “Okay baik En Amirul, terima kasih atas kerjasama dan pengesahan. Have a good day.”

Man! Aku tak tahu betapa banyak mata dipejam lama sambil menghela nafas panjang semasa semua panggilan ni dibuat.

Always be kind to others. Always be patient. Sebab tu je aku diam dari maki hamun. Sebab faham yang dorang hanya buat kerja ikut kefahaman dorang.

End to end, niat aku untuk terminate Maxis Home Fibre menjadi renewal contract. Ah, tak kisahlah pasal tu. Janji aku bayar wifi setiap bulan bawah RM105 termasuk service tax. 

Harap kau tak buat hal lah lepas ni.

Aku malas nak tukar platform lain sebab;

  • Kalau aku pindah, kawasan tu belum tentu ada coverage. 
  • Disebabkan takde coverage, nanti platform baru kenakan aku penalti. Kau yang tak cover meluas, aku pulak kena bayar. Luaskanlah jajahanmu. Pffth!
  • Aku tak mahu pakej ada rancangan tv semua
  • Aku cukup sekadar wifi semata.

Ha kau, kan dah ke-aku-an dah aku nih. Marah ni, marah. Berang semualah.

Usai panggilan akhir tu, aku memandu dengan tenang. Nasiblah orang terakhir tu lebih berpengalaman dalam mengawal pelanggan begini. Rezeki kaulah Maxis aku setia dalam benci.

Berbuih mulut ni dah nak hamun kau Maxis. Memang aku dah urghhh lah dengan korang. Apalah sangat hilang pelanggan seorang picisan ni kalau sekadar bagi untung sesen dua pada profit mereka.

Papehal, aku ucapkan terima kasih pada Sales Staff Code Zaluqman (En Amirul) atas keberkesanan menangani pelanggan seperti aku yang disisih selepas menggunakan Maxis bertahun.

Aku menanti beberapa jugak staf Maxis yang akan counter offer atau promote Pakej yang lebih ‘WOW’ untuk aku stay, tapi langsung TAK ADA. Sehinggalah panggilan yang terakhir ini barulah ada staf Maxis yang lebih berakal merungkai segala kesetiaan. Chey!

Aku tak pasti samada korang (staf Maxis) akan dikenakan penalti atau prestasi akan merudum kalau pelanggan downgrade plan. Tapi, berkali aku telefon tu, cuma seorang sahaja yang memberi secebis harapan.

Aku takde masalah dengan Maxis sepanjang tempoh penggunaan bertahun ni. Kestabilan dia paling aku utamakan. Aku percaya. Cumanya, setakat mana aku boleh percaya dengan Maxis ni aku tak pasti. Kadang kepercayaan pada Maxis ni pun boleh ter-rosak hanya kerana cetek pengetahuan. Hurmmm…Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga…

Takat tu je lah cerita pengalaman bersama Maxis. Mungkin rasa macam tak best, rasa aku tak baca TNC, tapi aku baca. Aku faham. Cuma kenalah terangkan. Terang dengan hemah. Mungkin pemahaman aku tak sama dengan sebenar. Mungkin apa-apa boleh diputar. Siapa tahu kan?

Setiap daripada kita pun ada meletakkan bajet dalam pengaturan kewangan. Jadi, sebagai pengguna, tak salah untuk kita ubah pilihan jika itu sudah melebihi bajet yang diperuntukkan. Bukan sekadar suka-suka. Mana yang boleh kita jimat, kita jimat. Plus, ini pun aku rasa banyak lagi boleh jimat. Cuma, kena lebih berhemat. Pinggan tak retak, nasi tak dingin…itu je lah.

Maka, selamat meneruskan pembaharuan kontrak yang seterusnya.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top