Aku cuba bertenang. Senyum, tidak melatah mahupun menggelabah.
Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan dengan rasa; This too shall pass…
Itulah niat keluar rumah lupa pada Tuhan, rasa diri bagus sangat, haa sekali diuji terus menggelupur.
Biasalah sifat hamba memang begini.
Mahu semua sempurna tapi lupa diri itu sekadar manusia. Manusia mana ada sempurna…
Tadi aku dah banci dah side parking tu, tapi tak memasal kena jugak sisi tepi. Calar sudah…
Itu ini habis calar.
Dah dah jangan mengeluh. Ini semua sementara. Relax, tenang, semua boleh selesai okay?
Terasa betul diri ni cuai. Cuai yang amat deh hari ni.
Jadi sekarang aku nak ambil masa untuk reflect diri. Muhasabah, renung balik setiap inci dan perinci.
Bila situasi macam ni berlaku, seringkali kita menghukum diri. Sering! Sebab kita takut. Yeah maybe sebab terbiasa. Padahal, kesilapan itu bukan disengaja. Ada perkara sudah ditakdir berlaku, ia kan tetap berlaku.
Sebab itu geruh tak berbunyi, malang tidak berbau malah tuah jua tiada siapa akan tahu.
Tapi syukur tadi ada jugak bunyi buat aku sedar sebelum terlanjur.
Fuh, kusss semengat. Takut mat!
Okaylah gais, pi polish sat.
Harap semua akan okay. Aminnn