Search
Close this search box.
field, child, bike-6558125.jpg

So, November huh?

Salam November gais!

Dalam sedar tak menyepi kita dah nak bertemu dengan tahun baru 2022. Another 30 years of living. Syukur Alhamdulillah masih hidup dan punya kudrat untuk terus wujud. Kalian pula gimana? Masih hidup gak?

Kitanya syukur dalam hidup, jatuh, bangun, menangis sendirian, tetap dikurnia nafas untuk terus berjuang seharian. Dan tetap bangkit walau rasa lelah menyelubung pagi hari untuk terus hidup.

Hidup itu indah.

Hidup itu anugerah.

Hidup itu suatu perkara yang kita tidak pernah pinta tapi Dia tetap kurnia.

Mengapa agaknya…

November bulan akhir mungkin untuk dia bertarung pada cacian yang boleh menjadi punca dia lemah. Bukan kerana dia takut untuk melompat jauh. Tetapi, lompatannya itu tiada jaminan.

Ah, nama pun hidup. Mana ada kelangsungan jaminan. Hari-hari ianya suatu perjudian. Ada yang sudah meninggal. Ada yang lesap dan hilang. Ada yang tiada ketahuan hidupnya melainkan dilihat pada status sosial media. Mahu sedih pun tiada gunanya. Dunia kita pun sudah terpisah tanpa sedar.

Alih-alih, segala perkongsiaan hanya diundur dan dikumam dalam jiwa dan dibiar kosong dalam muka diari yang sudah lama tidak bersinggah. Begitulah lumrah bila kau sudah tamat belajar.

Tiada lagi ‘Hi, apa khabar ceritamu?’ atau ‘apa kamu okay disana?’. Segalanya sepi dan indah di alam maya. Nyatanya tiada siapa tahu apa duduk dirinya.

Jadi, November ini jika boleh dia hanya mahu padam segalanya. Jika boleh. Biar dia kembali tidak punya segala perhubungan sosial media. Biar dia ketinggalan dalam apa jua cerita. Biar dia peroleh cerita hanya bila dihubungi saja….

Ah….dunia dewasa tidak disangka begini sepi.

Sepi yang buat dia gembira dalam tangis kala pulang lewat malam usai bekerja sama orang. Berkhidmat pada dunia yang bisa buat dia riuh seketika.

‘Kau, apa khabar?’

Taipan itu dipadam, kerna dia tahu soalan itu pasti tiada jawapan.

‘Weh, pe cer dowh?’

Padam lagi…

Pada siapa mahu dihantar segala pertanyaan walau dia begitu ingin bertanya khabar mereka.

Dilihat setiap nombor yang disimpan. Punya kurang dari 100 orang yang boleh dia hubungi tanpa perlu berfikir panjang. Ah, biarlah…kisah dia seperti latar belakang telefilem KIL, Terbaik Dari Langit atau seperti kisah novel karya Pingu Toha. Sepi dan berjela dalam kehilangan alam. Sebuah kisah indi yang tidak pernah dibuku atau ditayang.

November hadir.

Apa kau sudah okay?

Apa kau sudah pulih dari gangguan jiwa yang buat kau merudum tiada semangat hidup?

Ya, barangkali.

Sometimes I’m alright, sometimes I don’t know
Watching time fly makes me feel old
Sometimes you move up, sometimes you lose track
But all the ups and downs that life has
Got me coming right back

Sudahlah….kita cuma pejuang yang bertarung pada suatu yang tiada kenampakan. Dia sepi kerana hingar menakutkan.

Dia hilang, kerna ketemuan itu mengerikan.

Jadi kau hidup untuk apa jika tiada bukti kewujudan?

Sejarah digali hanya bila kau sudah selamat meninggal. Siapa kau sekarang bukan layak untuk dikenang. Begitulah…

Live well buddies.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top