So, 30 hari lagi kau akan hidup di dunia yang back to square one.
Kurang dari dua bulan, best friend kau dah jadi milik orang.
Kurang dari tiga bulan, kau digelar belia awal 30-an.
Huh?
Gilakan?
Well, sebagai manusia yang lahir dihujung tahun, aku rasa ianya tidak adil untuk aku katakan yang aku bersedia untuk tergolong dalam generasi itu. Hahahahaha…kemonlah…itu semua nombor dowh. Takde makna apa-apa pun. Adoyai…
Tapi apasal aku nak gelabah kalau ia sekadar nombor? Kelakar hidup ni…
Macam sekarang, aku dok layan playlist yang femes back to 2009 dulu. Seolah macam aku lebih suka untuk hidup zaman itu. Walau ia gelap, tapi at least aku tak patah semangat dan masih punya keyakinan dengan Tuhan. Aku rasa aku dah okay kot hari ni.
Semalam aku hantar email. Tapi, tu lah…kau tak boleh nak berharap yang masalah kau akan selesai bila diceritakan pada manusia. Manusia…ini lemah. Bantuan mereka terhad. Balik-balik, kau memang ada hanya Tuhan. Kau dan Tuhan. Kau tak boleh nak lari dari Dia. Sebab Dia, kau ada. Jadinya, aku pun tarik nafas untuk 10 saat. Dan hela agar otak aku boleh cerna yang kau memang tiada siapa selain Dia.
Redhakah aku untuk menerimanya?
Tarik nafas lagi untuk 10 saat.
Ya. Kau kena kuat untuk diri sendiri. Kau tak boleh bergantung sangat dengan manusia. Sebab kau ada hari ini juga sebab Dia. Semalam hari jadi Along. Hahahahaha Along pun dah bahagia dowh sekarang. Along yang itu, Along yang ini….dorang semua dah ada keluarga sendiri.
Aku tak naklah compare hidup aku dengan orang lain, sebab aku pun aku. Mereka itu diorang. So, tiada kaitan.
Kau apa cer?
Sihat tak? Kita ni zaman je telefon canggih, internet tanpa had, tapi semakin jauh bukan….
Sekarang ni aku tahu pasal hidup korang pun dari socmed. Bukan nak call, wasep tanya kabar. Huiiii jatuh r ego….
“Well, your ego is writing checks your body can’t cash”
Tapi nak buat macam mana, kita ni pun sekadar datang dan pergi yang selisih di RnR saja. Apa dan kemana kau pergi selepas itu, aku pun tak tahu walau boleh je share perjalanan tu. Begitulah dunia kedewasaan dalam kelupaan. Ada rezeki, duduk satu daerah pun kita takkan pernah bertembung. Besar bukan dunia kita.
Aku pun harap begitulah. Tak perlu lari pun tiadakan pernah selisih. Hahahahaha
Apa yang aku merepek ni. Kerja simple pun jadi berbulan nak siapkan bila kau takde jiwa untuk teruskan.
Seru semangat, pulang semangat.
Semangat ku seru kuatkan jiwa untuk hidup…
Aku rindu aku yang pernah bersemangat. Pulanglah dikau!!!!
Tarik nafas lagi.
Tsk….
Aku rajin, aku bersyukur dengan hidup dan aku boleh!
Mantera hidup untuk terus bangkit.
Mantera untuk terus melangkah walau kau sesat dilautan sahara. Perit dan panasnya hampir mencabut akidah dari jiwa. Naudzubillah!
Aku kuat. Tak kuat pun kena jugak kuatkan jiwa. Kau. Hanya. Ada. Tuhan.
Kau tak boleh bersandar dengan manusia. Noktah!
Lemahnya jiwa jika berharap yang manusia akan ada untuk kau setiap masa.
Reset balik minda tu. Pejam mata dan katakan, aku ada Allah. Cukup hanya Allah. Tapi apasal aku menangis dowh? hahahahahah
Tarik nafas. 10 saat. Kau okay. Kau akan okay. Percayalah.
Ingat teori 10 saat.
Segalanya akan pulih sediakala.
Tiber pulak lagu Kau Ilhamku menjelma. Rindu dowh zaman belajar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuhan aku gak bisa untuk menempuh dunia dewasa tanpa teman…..huhuhuhuhuhu sedih dowh….Ah, dahlah…aku okay. InsyaAllah pasti boleh!
Live well buddy.