Search
Close this search box.
clouds, push, weather-7899616.jpg

Yang mudah itu…

Aku ni bab membebel memang nombor satu. Lebih lagi bila bebel secara tulisan ni. Maklumlah, sape je teman borak kau sejak dewasa ni kan?

Balik-balik dinding blog ni, diari tak pun kau conteng dekat Words. Itu je lah tempat kau bebel. Jadilah buat hilang rasa nak borak.

Ikut pada norma seorang aku ni, aku sebenarnya tidaklah banyak celoteh. Ikut pada mood. Sekarang mood aku suka bercerita. Tapi sayang, tadak orang nak dibuat teman sembang. Maka, layanlah tulisan aku na.

Dah masuk dua minggu aku kerja secara kasual. Untuk minggu ni aku jadi cookies helper. Tukang buat cookies raya. Masyuk baq ang cookies dorang. Bila tengok bakery macam ni, teringat impian kitaorang nak buka bakery sendiri. Tapi biasalah, impian itu mudah…

Iya…yang mudah itu…berangan.

Yang mudah itu, berimaginasi luar dari kosmos.

Tapi bila segalanya punya penghalang, satu demi satu impian kita bagai dicantas. Sampailah sekarang yang tinggal hanya angan.

Seronok tengok orang berjaya. Kadang tanya jugak pada diri, aku bila? Kemudian senyum…’takpelah, janji aku bahagia dan tenang adanya…’

Sabar. Masa kamu belum tiba. Tepuk dada dan teruskan lagi usaha.

Kadang give up, kadang rasa menyesal, kadang itu kadang ini…semua buat dia terfikir, betulkah jalan yang aku pilih ni?

Yang mudah itu, mengeluh. Yang sukar itu bersyukur…

Iya aku belajar menadah tangan, menundukkan jiwa agar menjadi hamba yang bersyukur. Alhamdulillah…

Ini semua dugaan…kata P.Ramlee…

Kadang, bila bergaul dengan manusia tanpa kenal hingga ke dasar buat kita merasa lebih syukur atas setiap pengalaman dan keunikan yang hanya kita saja alami. Perit itu ada,…standardlah….tapi kita pun sudah move on. Untuk apa disandar lagi pada kisah yang sudah tidak relevan itu.

“Umur berapa ea? Nampak macam matang…tapi nampak macam muda…”

Aku hanya senyum. Iya, kerap benar dengar tebakan sebegitu. Senyum saja jawabnya. Malas mahu dibincang sesuatu perkara yang sudah luput dari ingatan.

Alhamdulillah, balik kerja saja dah tak perlu tunggu waktu berbuka. Sedang menuju ke rumah pun azan sudah bersuara. Masuk saja rumah, gelas digapai, air ditadah dan baca doa, terus diteguk. Melegakan tengkuk. Ah…

Lebih pulak bila kau kerja di ruang yang bahang, dapat mencicip setitis air segar yang sejuk pun sudah lebih dari nikmat seisi jagat. Itulah nilai sebuah kebahagiaan yang kita cari.

Sambil mengunyah strawberi coklat aku termenung lagi.

Inikah jalan hidup yang kita pilih?

Iya…

Inikah perjuangan yang kita cari?

Paling kurang aku bertemu ramai orang. Dan lingkaran sosial aku untuk menjadi biasa itu semakin luas. Tak kenal mana, tapi pernah kerja sekali…

Itu yang mudahnya….

Secara bertulisnya, mungkin tidak sehebat mana. Tapi begitulah kehidupan ini. Aku hanya mahu lingkungan yang ceria. Bukan sekadar sendiri cuma. Bukan aku tidak betah menyendiri, tapi cukuplah di alam sana aku sendiri. Tidaklah aku bazirkan hidup di dunia hanya menekur pada suatu sudut tidak berorang…

Yang mudah itu…lari dari ketidak selesaan.

Yang mudah itu, berada di garisan selamat.

Yang mudah itu bila kita berhajat dan kita usaha untuk mendapatkannya….

Are you hunger enough?

Teringat satu soalan tapisan dari satu syarikat yang aku apply kerja. Soalan dia berbunyi, ‘If you’re an animal, what kind of animal you want to be and why?’

Nak je aku jawab, dah aku lahir sebagai manusia asal aku nak imagine diri jadi haiwan pulak? Herannnn….

Aku jawab aku mungkin penyu kot. Ada space sendiri…

Mesti dorang expect jawapan dia helang, gagak, singa, naga etc…

Eleh…suka pandang rendah dengan penyu. Tak tahu impak penyu tu lebih besar dari helang dan semua haiwan riuh yang korang agungkan sangat tu.

Penyu kot….jangan memain…

Eh terpanjang lagi bebel aku…

Nak baca blog orang pun dah tak jumpa entri dari jiwa…maka, biarlah aku baca blog sendiri….lebih orang dari manusia.

Kay gais, papehal roger!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
anamizu
April 12, 2023 14:12

kak ana pun sekarang lebih suka kecilkan circle.
biar sikit je takpe drpd byk tp toksik.

moga baik-baik je utk mu dik 🙂

Scroll to Top