Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

The SOC-MED

The bipolar

Alkisah seorang budak yang berkecamuk jiwanya setelah disampuk taufan katrina pada 12 May yang lalu, telah memutuskan untuk asingkan dirinya seketika dari dunia soc-med. Ya, dunia social media yang telah banyak menyerabutkan jiwanya pada tika itu. Rasa mahu saja dia melangkah ke tingkat tujuh belas dan terjun dari situ, atau mengambil pisau lantas menusuk diri dengan cara berhaluan kiri. Namun, itu semua hanya sekadar imaginasi liar dia saja.

“Kau kenapa sof?”

“Kenapa apa?”

“Apasal ko post status kena pancung? Kau okay tak?”

Tak! Aku okay.

Dia buntu.

Keliru.

Kenapa usia ini seringkali dia dilanda perasaan sebegitu?

Perasaan kegelapan yang acap kali menyerunya untuk memasuki lohong yang tiada berpenghujung.

Tanpa cahaya!

Dia buta!

Untuk zillion kalinya. Dia tersasar lagi dari landasan cahaya. Kenapa? Kenapa?

Tiada jawapan. Selalu begitu!

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta,Lalu terhiritlah aku dilorong gelisah, Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah….

Dia terduduk. Lama termangu.

Aku banyak sangat meraih perhatian manusia ke?

Aku terlalu bersandar kepada manusia senhingga lupa yang Esa kah?

Aku….aku gilakah?

Tiga bulan dia sepi. Tiga bulan jua dia refleksi. Sepanjang Ramadhan dia bermenung panjang. Menungkan cerita yang langsung tiada gapaian akal waras mampu menjejaknya. Dia perlukan Dia….

The Healer

Dan Ramadhan tiba. Untuk seketika dia bergembira. Ramadhan-lah bulan yang paling dia gerun. Takut tidak berjumpa untuk masakan datang. Ramadhan kali ini, dia bertekad untuk lakukan yang terbaik.

Yang terbaik….baikkah dia? Dia geleng.

Tapi, dia ingin jadi baik….

Aku nak jadi baik,

Aku nak sangat berubah…

Sahabat, apa kata istighfar selalu. Cari keampunan Allah. Siapa dikalangan kita yang tak berbuat dosa. Cuma mungkin dosa kita berbeza-beza sahaja….Kalaulah setiap dosa itu ada baunya, pasti tak ada siapa ingin berada disebelah kita, lantaran busuknya kita….

Pita suara dari Ustaz Syed Abd Kadir bermain taktala dia perlukan jalan. Dia ulang dengar….sambil mulutnya beristighfar setiap kali dia tersasar. Patutlah takde orang dekat dengan aku, nampak gayanya bau dosaku sudah terlepas barangkali….Dia tunduk berteleku…

Ramadhan, 

asid bagi dosa yang telah tersumbat dan berkarat dalam hati. Busuknya lebih busuk dari rumahnya yang dipenuhi sisa loji kesan dari tusukan rumah atas yang berkepentingan. Mana mulianya aku sebagai manusia?

The Forgotten 

Orang tak kisah pun samada kau wujud atau tak wujud, yang penting kau hidup. Itu saja.

Orang tak kisah pun siapa engkau, pengaruh kau, suara, nama, rupa, harta….selagimana kau langsung tiada manfaat pada mereka..

Jadi kau lambat laun tetapkan dilupakan….walau kau jerit berjuta kali yang kau fobia…spesifiknya athazagoraphobia.

Kaukan mati dan dilupakan…

Kau akan mati cepat atau perlahan…

Kau tetapkan pergi tak kembali…

Siapa kau?

Ulanginya, kerna aku lupa…

The failure once again..

Hanya tiga bulan dia bisa hidup tanpa soc-med. Setelah tiga bulan, panadolnya hilang. Dia bukan gagal. Dia cuma gemar pada suatu kecantikan. Memang tidak dinafikan!

Dia gagal!

Kau gagal!

Aku gagal…

Sebab aku manusia…

Jadi, jangan terkejut jika lihat aku kembali dipaparan soc-med. 

Aku gagal…

Semoga kegagalan ini mengajarku untuk lebih berjaya.

Mengambil yang jernih untuk dialurkan pada peti suaranya yang telah lama bisu. Harapannya tiadalah keliru menjengah dalam peti fikirannya buat masa terdekat. Dia tiada punya ubat…

###

‘Kenapa disable soc-med?’

‘Sebab aku takut.’

‘Apa kaitan disable soc-med dengan nak jadi baik?’

‘Aku takut aku tak kuat…nak bunuh jiwa yang sukakan perhatian.’

‘Jadi? Kau disable? Siapa kisah?’

Geleng….tiada siapa kisah.

Would it matter?

Dia memang takkan pernah keluar dari palitan lumpur yang selalu menariknya ke jerlus kelam. Tapi, berpaut pada lilitan iman dari doa orang-orang yang beriman, dia yakin…pautan itukan menariknya keluar. Yang penting dia perlu kekalkan stamina untuk bebas dari gelutan…

Bebas…ya bebas….

Ampun aku Ya Allah…

Janji itu kumungkiri…

Janji pada diri pun sukar dipegang, telah lagi pada yang lain….

lost, pexels

Sampai bertemu kembali.

“May someone who lost find their way…”

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top