Blog Header

Ideologistik Skepticism, Attitude dan IDFCism

mug, laptop, camera-6966047.jpg

Yo kabare kalian!

Lama giler aku tak update story kat sini. Setiap kali nak update mesti rasa macam….macam biasa, benda boleh simpan sorang kenapa nak share? Hahahahah…cakap je lah kau takde idea. Or isunya terlalu peribadi yang buat kau rasa, better aku simpan dalam diari dari digodek jadi bahan saksi dan bukti….

Apa cer tajuk kau merepek sangat kali ni?

Sejak kebelakangan ini, aku tengah memahami ideologi kebangkitan setiap manusia kala mereka dipuncak kegelapan tanpa sebarang bantuan. Ya, kita ada agama, ada takdir untuk disandar dan Tuhan untuk dipercaya. Itu kepercayaan kita pada Pencipta aku tak nafikan. Tapi ada satu perkara yang membentuk attitude kau dan persepsi kau pada kehidupan ini apa?

What kind of ideology do you implement in your everyday life?

Apa quote yang kau pegang, sampai kau tak give up?

Apa -ism yang kau genggam sampai siapa pun tidak boleh buat kau tumbang?

‘IDFGism.’ itu jawapan yang pernah dia terima.

Even we hold the IDFGism, there’s always one thing that we give a fuck about it. Don’t we? We just don’t have any interest in bothering other people’s lives….that’s all.

Skeptikal pada pemikiran yang tidak serasi buat kita mudah menghukumi seseorang. Kenapa?

Sebab kita tidak sependirian dan apa yang kita buat itu jelak dimatanya?

Attitude manusia berubah. Ada faktor yang merubah. Ada perspektif yang dia pegang buat ia nampak tidak selari. Change of heart?

Apa beza IDFC dengan IDGAF?

Sama tidak?

Entah. Terpulang…

Kadang kita geram. Geram pada istilah, flow. Arus. Ikut pada trends, norma dan general….Tapi, yang menyebabkan ia menjadi budaya adalah mereka inilah. Aku tak kecam. Itu mereka, cara mereka. Biarlah. Janji bahagia.

Kasut kita tak sama.

Itu mudahnya.

Kita ini kadang mahu semua tenang, semua nampak ikut aturan. Tapi itu sekadar anggapan. Walau apa jua yang berlaku, kita kena terima. Dengan lapang dada. Undurlah….kita bukan keutamaan mereka dan mereka? Bukan jua keutamaan untuk kita. Win-win bukan?

Ya Allah apa yang aku merepek tengah malam buta ni…..

Dari tadi dok termenung depan skrin. Mata ngantuk, ngantuk dah….

Esok nak ambik jubah konvo.

Akhirnya….

Kau apa khabar?

Sihat?

Masih jenguk sini?

Takyahlah jenguk. Bukan ada apa pun…

10 tahun itu seolah semalam berlalu.

10 tahun semua orang sudah ada kehidupan. Yang asing. Yang kita…sudah terpisah dari menjadi sequel.

Kau cipta trilogi sendiri, aku masih menghitung berapa aksara untuk dijadi tajuk muka depan….

Begitulah hidup kawan…

Kalau ada jawapan pada ideologi kau, falsafah apa jua yang dipegang, embody it….jadikan ia pakaian hari-hari kita. Itu prinsip yang buat kita itu unik.

Aku pun masih belajar. Hari-hari belajar, faham tentang diri. Kenal diri…

Okaylah….takat tu jelah update kita hari ni. Papehal roger…take care.

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
February 17, 2022 00:21

masih saya ikutin diary kamu..

Scroll to Top