Shifting

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

HD wallpaper_ because it's your choice to be a loser text overlay with black background

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

HD wallpaper_ because it's your choice to be a loser text overlay with black background

Tarik nafas panjang lu sebelum aku buat entri ni.

Hah…..what happened to the positive sofie?

Aku diam.

‘Dulu you tak macam ni pun. You happy ceria, takde monyok-monyok. Kenapa you jadi macam ni?’

‘I never thought that you are this kind of shallow-minded person.’

Diam lagi.

Entah. Aku sendiri tak tahu jawapan. Yang satu aku pasti adalah, aku dah tak happy. Tu je?

Haah…

Lain?

Aku nak kerja, bukan cari kawan. Kerja is kerja. Biarlah kawan yang aku ada ni hanya mereka. Aku pun bukanlah baik sangat untuk berkawan dan kenal ramai orang. Yang datang, datang. Pergi, pergi.

Tapi, dalam perubahan kali ini aku seolah watak antagonis pada orang. Aku yang buat janji, tapi bila dah masuk, lain pulak yang terjadi. Itu pun sebab pengaruh dari orang lama di situ.

‘Kak, kalau dapat keluar awal, baik keluar. Dari jadi hamba kat sini.’ Istilah hamba itu menakutkan! Seolah aku bakal menjadi pengalas kaki pada tempat yang bukan layaknya. Seram! Bunyi macam hinakan? Tapi sebelum terlambat, aku sendiri bertindak melulu dan keluar.

Seminggu pertama mungkin aku dapat keep the momentum. Masuk sebulan…lama-lama ia hilang. Sinar tu dah takde. Rasa seolah….aku ke yang tak sabar dengan progress?

Hurmm….

‘Ya sini memang fast pace, akan growth etc. tapi lambatlah..’ kata sang teman. Aku dengar dan angguk perlahan. Benda beginilah buat aku jadi kecut untuk alami proses lama itu. Ya ia suatu budaya kerja yang pantas, tapi…dari satu sudut, ada jiwa yang menderita. Hari-hari putarkan mantera pogatif.

‘Siapa yang bodoh?’

KITA.

Tak. Aku takkan biarkan haru biru ini mencemar kedamaian jiwa. Seminggu bercelaru, ada baik kau keluar.

Dibaca quote satu wallpaper berbunyi ‘because it’s your choice to be a loser’.

Perghhh sentap teroks sia!

Hahahahaha….

Makanya, walau agak kasar dan melulu, ia tetap akan berubah. Hidup tetap akan bergerak dan waktu terus berputar.  Kau kalau asyik bertelagah dalam diri demi jaga hati orang, yang hujungnya kau yang gila, baiklah kau fikir, siapa yang pilih untuk gila?

Ya, kau…

Baru first quarter 2022 dah banyak benda berlaku.

Takpelah diri, inilah namanya hidup. Ada masa kau rasa dunia ini penuh pelangi dan unicorn. Ada waktu, kau tetap kena terima, cuaca buruk itu juga sebahagian dari lumrah alam. Banjir, kemarau, harga barang melambung, ayam takde….eh, eh, tiber….

Ah, borak pasal ni, kalau beli tiket balik raya, karang….tiber PKP balik. Ini yang aku malas ni. Kemon r, dah 2 tahun kot aku kena blip dari dunia normal. Tup tup dah 50. Pe cer?

Last hari tu baru 26 kot. Ni tak habis-habis covid, covid, covid…raya je PKP. PKP je raya.

Sudahnya….apa-apa pun….yang menindas still play victim.

Lumrah.

Papehal hidup mesti diteruskan.

Chow lu….

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
February 8, 2022 01:08

harga barang naik teruk.. xpenuh troli pun smpe 200. huwaaa ayam pun tak ada padahal

Scroll to Top