idea, empty, paper-1876659.jpg

Hidup dan Belajar

Okay. Sepatutnya aku tidur. Atau dah beradu dialam mimpi. Tapi sibuk buat research pasal batu lah. Pasal birthstonelah. Pasal senarai syarikat developer yang blacklistlah. Semua bendalah kau nak baca dalam masa ni. Asal nak tidur je, menGoogle topik yang pop up dalam otak kau.

Pastu, sibuk penuhkan SpreedSheet dengan perkara research yang kau tak tahu pun samada ia perlu atau tidak dalam meneruskan kehidupan. Kau just baca for fun. Pun bolehkan…

So, Alhamdulillah kehidupan baru seorang sofie ini selepas terjun tanpa sebarang payung atau lompatan seterusnya cukup aman dan tenang. Just terjun. Tanpa tahu jika terjunan itu bertemu di landai mana. Dan syukur, ia di awanan yang aku mahu hidup. Alhamdulillah.

Aku syukur sebab semua perkara yang digerun sudah pun berlalu. Kau berjaya keluar dari zon selesa dan lingkungan familiar shenanigan. Still hidup ma…

Paling seronok, kau tak perlu pressure dan rungsing perkara yang bukan hal kau untuk pening. Mendelah kan….so long my friend!

Support so call founder ni kadang, merugikan diri….yang untung dan kaya, diorang je. Kita ni, bagai nak rak jadi alas kaki. Begitulah hidup ni kawan….ada benda kau perlu selfish. Ada perkara kau perlu berani untuk dibenci. Perghh…kemain ayat kau ea. Sokay dowh….

Kita ni, kalau tak jaga diri sendiri, memang tak akan ada orang yang akan jaga kita.

Ah sudah….apa yang aku merepek nih. Asal nak tido je mula la rapuan falsafah dia.

Aku pun tak nak update banyak. Bulan Mac ni bulan yang panjang sebelum masuk bulan puasa. Puasa ganti pun tak sempat habis lagi. Kena ganti cepat la weh citer dia. Papehal, aku doa semoga kita dijauhkan dari wabak yang masih merbahaya ini. Take care of your health. Lagi-lagi musim hujan ni. Hati-hati bawak kenderaan. Berhemahlah di jalan raya yer.

Apa lagi?

Hurm….never stop learning. Always find time to read and learn new things. Okay?

Adios!

Papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
March 3, 2022 04:46

Yosh! chaiyok!!!! gambatte nee!

Scroll to Top