Search
Close this search box.
heart, sand, art-7004820.jpg

Jiwanya bukan disitu…

Aku an, dah lama tak bebel. Padahal, hari-hari kau conteng dekat buku. Pasal hari kau yang….walau tidak semeriah orang, tapi kau berjuang. Berjuang untuk hidup kau. Tetap hidup. Di sini…

Kau tahu, kau cuba untuk belajar tidak membanding. Kau tahu, kau cuba buat yang terbaik. Kau tahu, kau cuba….walau jiwa kau bukan disitu.

Okay, apa ceritanya?

7 tahun lalu, aku pernah cakap, yang aku lagi suka strive, thrive, survive, and just chill whenever I wanna chills. Dunia itu kalau boleh, biarlah hanya untuk kita. Tapi, kadang…ada sesetengahnya kita rasa, kita mahu jadi serupa mereka. Ada jiwa untuk melantang suara. Jadi mereka yang punya nama. Mereka yang berada dibarisan yang dekat dengan jaminan dari segi kerjaya. Kerana apa?

Senang diluluskan pinjaman. Hidup selamat hingga usia senja.

Itu momokan yang sering didengar. Kadang, takut pada ketidak pastian masa hadapan itu dia sudah jelak.

Biarlah….

Kau datang je temuduga ni walau jiwa bukan disitu. At least, kau cuba ambil pengalaman. Cuba hadap kenyataan yang sekadar ditemuduga itupun sudah cukup bangga. Walhal, cerita didalam sana hanya dia saja yang mampu ketawa. Gila!

Kenapa, bila kita tak nak, ia datang?

Bila kita betul-betul nak, ia hilang?

Sebab jiwa kita sudah tidak lagi mahukan itu.

Bayangan saja buat dia tidak mahu. Sediakah dia untuk menggalasnya? Besar peranan tu…

Kita ni kalau nak harapkan sedia, sampai bila tidak akan pernah sedia. Cayalah….

Kasut terbalik pun dia tidak perasan. Habis-habis yang ditanya bukan perkara yang dia baca.

Sudah…..mati akal aku menjawab. Confirmlah takkan dapat. Bendalah kau….

Benda, kalau kau tinggal dan tak praktis….semua akan hilang. Confirm kaw-kaw punya…

Hanya kerana kau tidak mahu, biarkan ia saja disitu. Kau, berjuang dengan apa yang kau mahu. Buat apa yang kau rasa perlu. Buat hingga kau bangga dengan usaha itu. Bukan kerana atas dasar jaminan yang orang lain angankan.

Bukan jua kerana, kau settle for the less. Kau hanya belum puas bernafas sebagai petualang. Dunia tidak hirau kiri kanan.

Aku belum puas bernafas bebas tanpa sebarang perikatan pada sesuatu yang aku tidak ingin faham…just…bukan sekarang.

Dulu pernah, bercita begitu begini. Tapi, realiti?

Biarlah ia menjadi hak yang lain….

Aku bahagia dan senang begini.

Tenang itu ada. Nafsi-nafsi ha?

Namalah dewasa. Nafsi sentiasa ada. Siapa lagi yang kisahkan kau kalau bukan kau.

The heart wants what it wants…

Chiao!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top