Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Move On Edisi Ramadhan Syawal 1439H

Ini bukanlah cerita perihal move on seperti yang didambakan oleh semua orang. Ini adalah cerita bagaimana “move on-nya” seorang manusia yang tak pernah move on. Walau acap kali dia membaca mantera, ‘aku dah move on..’ walhal yang sebenarnya dia tidaklah kemana pun….

Dan Salam Aidil Fitri buat warga pembaca budiman yang sedang riuh meraikan raya yang ke 1439H ini. Amacam raya? Seronok tak?

Aku?

Macam biasa. Alhamdulillah diberi peluang beraya bersama keluarga, walau bukanlah di Miri sana. Tapi, kitaorang berkumpul jugaklah di Melaka dan beraya di Johor. Almaklumlah kehadiran anak buah yang dinantikan telah selamat menjengah bumi Ramadhan hari tu. So, now aku dah jadi MAK CIK!!!! Hohohohohoho

Raya kali ni masih solo?. Huhuhuhu So what kalau masih solo? Masih dapat duit raya lagi tau! hahahahahaha Okay move on please???

Ceritera Ramadhan 1439H

Ramadhan kali ni aku dengan rajinnya telah mencatit menu berbuka bagi 29 hari berpuasa. (Yeah, aku ‘raya’ lapan hari…so please alert untuk ganti…) Puasa ke tak puasa, kalau kau dah kerja dekat mall ni, memang tak de port dan tak de maknanya boleh makan semberono. Dia sama je dengan kau puasa. So tak best….

menu, iftar

Sambutan puasa yang pertama bagi tahun ni agak tragis. Satu sebab berbuka dengan almond london berulam jantung dan hempedu. Kedua, sebab duit memang tengah kering, kereta kena tunda pulak! Dugaan giler…

iftar, paling, sedu

Nampak tak masa first puasa tu, kemain assignment banyak giler nak kena submit dalam minggu yang sama. Nak-nak pulak time tu aku suka benar jadi editor. Even aku tahu yang aku tersangatlah tidak mempunyai barang bernama masa. Allah….panda? Zombi? Tak payah cakaplah….

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pheww….

Maka puasa aku secara rasminya bermula bertemankan kesepian sejak ramadhan kedua (sambil layan F.R.I.E.N.D.S….) Huhuhu tragis benar bunyinya. Adalah dalam 29 hari berpuasa, hanya lima hari aku berbuka bersama manusia. Sedih nya lahai….Bila dapat berbuka ramai-ramai tu rasa macam menghargai giler. Sebabnya peluang tu memang tak selalu ada.

Ni menu berbuka paling mewahlah bagi aku. Iftar di Haikara dengan housemate. Masa tu dah officially habis kelas. Hohohoho…siap makan aiskrim kau!! Tapi dia takleh lawan buka puasa  dengan keluarga masa last puasa hari tu….pergh! Siap dengan sup gearbox, dengan ayam goreng, dengan sayur dan paling best…the complete of my family….?

Alhamdulillah, takdelah rasa sedu sangat ramadhan tahun ni….at the end…the happiness will come to us….

Iftar, mewah

Kisah buka puasa paling terharu….

adalah bila mana aku punya order dekat sushi king dibuat even aku tak bayar lagi (puasa ke-18)….plus, time tu pulak aku ambik lambat. Masa tu, senyum sampai langit sebab memang tak expect giler. Beratur panjang usah dicerita. Maklum, bila dah hujung-hujung ramadhan ni aku tak peliklah bila segelintir manusia mula tidak menghormati waktu berbuka. Sampaikan aku pun tak dan nak makan…terpaksa acah-acah macam tak puasa….itulah cabaran sebagai kerja kuli ni.

Yeah, bila mana semua orang rasa dia mampu beli apa sahaja dengan kemewahan yang dia punya, dia sudah tidak hormat dengan nilai-nilai estetika yang sepatutnya ada dalam diri seorang manusia yang berperi. Oversupply producer and the rudeness of consumer…will never end…(what have I been rumbling about? ?)

Iftar paling gila?

Ramadhan ke-7. Masa tu, first time kirim dekat member menu dekat bazaar. Dan tak sangka si biru kelabu tu….ah! abaikan…akukan dah move on…..tepung pelita paling sedap di bazaar seksyen 13 ?

Move on Syawal?

Sempatlah tengok orang tu potong rambut raya. Kemas. Tu jelah boleh cakap. Takleh lebih-lebih…maklumlah dah move on…ehem ehem…dan ini adalah minggu terakhir aku bekerja sebagai pemerhati setia budak kiosk. Yeah, aku berhenti kejap je…sebab final dah start. So, aku dah semacam ada bau dekan untuk sem ni. #doakanyangterbaik. ?

Aku cuti raya hari tu tiga hari saja. Sebelum puasa, raya pertama dan raya kedua. Raya ketiga dah kena kerja macam biasa. Tapi tak sangkakan, kita yang sambut raya, orang lain yang beria cuti…panas tu memang panas, tapi dunia tanpa toleransi tak membantu kita jejak syurgawi. So, mengalahlah….sabar…

To dear, salam aidil fitri 1439H….

To all my loyal readers, selamat hari raya dan maaf zahir batin andai sepanjang dunia blogging ini ada yang serba serbi kurangnya….banyak benda dah berubah…(move on katakan…)

Dahlah kau, tak habis-habis dengan move on…pigidaa!

Aku cuba bhai, aku cuba…sebab tu aku berhenti…sebab aku cuba…aku harap cubaan ini berjaya…

Till then….ila liqa’!

Subscribe
Notify of
guest
14 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
July 17, 2018 23:08

hahahahahah ramadahan depan insyaAllah boleh da makan sesedap…nyum nyum…tengok muka ankmu itu pun sudah bertambah selera kan…hahahahahha

sofie adie
July 17, 2018 23:07

thank you for stooping by! salam blogger! 🙂

sofie adie
July 17, 2018 23:00

Awwww terharunya saya kak!!!! *hug*
saya hargai sangat sokongan dan dorongan padu walau secara silent dari akak. huhuhu sorryla da jarang update…huhuhu

lots of love kak! ^_^

aienie NKA
July 17, 2018 21:20

Menu kau dik~ sedap2. tak la sesedu menu orang berpantang.. haha pusing benda yang sama ja..

ejulz
July 17, 2018 21:20

singgah sini 🙂

Shikin Razali
July 17, 2018 21:20

Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam apa jua bidang dan halangan yang perlu awak tempuhi.. Oh ya! Sofie.. TAHNIAH kerana minggu nie awak terpilih untuk direview.. jemputlah singgah..?

https://www.shikinrazali.com/2018/07/sahabat-blogger-pilihan_17.html

sofie adie
July 6, 2018 21:36

Salam Lebaran 🙂
boleh sangat mrs.A…dialu-alukan…boleh imbau balik makanan berbuka nanti…

sofie adie
July 6, 2018 21:35

huhuhuhuhu….insyaAllah da move on…

Mrs. A
July 6, 2018 21:32

Selamat hari raya Aidilfitri.
Wah menarik juga catatkan semua menu berbuka tu idea yang menarik tahun depan Mrs. A pun nak try buatlah hehehe…

ayunie ramli
June 28, 2018 22:43

slmt hr raya aidilfitri.. kena move on betul betul ni. kalau tk lagi haru

sofie adie
June 22, 2018 15:18

thank you najihah! insyaAllah semua baik2 belaka…

sofie adie
June 22, 2018 15:18

Yeay! insyaAllah kitak pun sama juak. stay strong keep in faith 🙂

bila dah terbiasa bukak sorang2 ya lain rasanya…hahahahah kadang rasa bukak sendiri pun best juak!

makan mewah? huhuhu ya pun mun ada rezeki merasalah sikit…kitak dah habis final nak? kmk org baru mok final…Allah…#doakanyangterbaik untuk semua ^_^

Nurul Najihah
June 22, 2018 15:13
tashira sha
June 22, 2018 15:13

busy nya ktk kakkk. kmk tahun tok most of the time bukak puasa kat asrama jak lah sorang2 hahaha. tambah agik dgn final exam yarabi stress alu sikda rasa nak bukak puasa dgn makanan mewah2 hahaha .

anyway selamat hari raya kak! maaf zahir & batin. kmk minta maaf neytauk ada terkasar bahasa dgn ktk hehe. good luck & stay strong juak menjalani hidup!

Scroll to Top