Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Tinta tanpa dakwat

“Tanpa sebarang keributan, nescaya blog inikan terdampar sepi…”

Ya, ya, ya….masakan ilhamkan muncul dikala jiwa sedang lena? Masakan ideakan menjelma tanpa sebarang keserabutan. Hipotesis keracauan jiwa mula tercipta. Semakin itu, semakin ini….Dikala itu, dikala ini…ahhh!!!!! Kacau!

Helaan kegalauan dimuntahkan. Hijau sekali warnanya…ku fikirkan biru kelabu…hahahahaha

Buku berlambangkan tengkorak itu ditatap lama. Separuh dari lembarannya sudah penuh dengan coretan. Adakala tulisannya rapi tersusun seperti tiada ribut yang meniup, ada waktunya pula seolah ditulis diatas kapal yang kehilangan sauh dan dilanda garuda….buruknya mengalahkan cakaran ayam tanpa kasut! Perlahan pena berdakwat hitam digapai….penutup dicampak ketepi…

Ramadhan 17, 1439H
Saat hati hilang mencari kedamaian dihujung dunia, saat itu jua kaki terpasung kaku pada dunia yang fana. Jiwa semakin tenggelam dalam angan yang tiada benarnya. Khayal menggamit hampir butakan rasa ketuhanan pada yang Esa. 

Dia…suatu jawapan yang tiada kepastian. Kenapa?

Aku nak lari….

Ke mana duhai hati?

Ke sebuah negeri yang tiada penghuni…

Tidakkah kan menambah sepi?

Kerna ramai buatku lupa diri…

Kenapa?

Oh…tintanya sudah kehabisan dakwat.
Tiada cetakan, tiada pena….hanya omongan di laman sesawang. Tiada siapakan kisah.

Hidupkah sang penulis? Matikah hatinya? Elokkah pernafasan jiwanya?
Sama seperti….
aksara yang bermain dalam benaknya…menari tanpa henti.
Bicara tanpa suara.
Tapi bingitnya bisa memekakkan minda!

Jeda.. . . . .

Langit biru ditenung. Seperti tiada apa yang ditanggung pada awanan. Sudah lama tidak sebiru ini. Biru. Kelabu…dia termenung lagi….

Aku rindu…rindu pada sesuatu yang tiadakan sama seperti dulu. Mengertikah kamu?
Kelak akukan berhenti. Mungkin seketika…pada apa…kemana dan kenapa…mungkin sukar untuk dicerita. Tapi yang pasti aku mahu lari…seketika cuma…mencari rasa yang semakin jauh dari mayapada yang sepatutnya….

Jauhnya tiada berkejaran…risaukan rasa yang pergi itukan mati terdampar di tandusan yang tiada kehidupan. Mati….

Mati…..

Semoga jiwa yang hilang itukan kembali pada suatu yang hakiki…bukan lagi sekadar ilusi….

Tinta. Tanpa. Dakwat.
Dibiar sepi tanpa ayat yang mungkin kamu dimasa hadapan tidakkan faham.

Ya kamu yang ralit menaip mencari pemula bagi sebuah kehidupan…

Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 22, 2018 15:19

thank you ^_^

Shafyqah Azahar
June 22, 2018 15:13

nice blog!!!! first time sampai sini

sofie adie
June 10, 2018 13:07

thank you raydah 🙂

sofie adie
June 10, 2018 13:06

biasa biasa aje..huhuhuhu

Raydah
June 10, 2018 12:44

love your bloggggg

sofie adie
June 5, 2018 01:02

huhuhuhu rasa nak muntah hahahaha

sofie adie
June 5, 2018 01:02

Allah…semoga dipermudahkan segala urusan kami disana kelak. amin….

At-Tarmizi
June 5, 2018 23:08

tinggi laras bahasa ni =)

anamizu
June 3, 2018 18:06

tinta tanpa dakwat sering mampu menconteng pelbagai rasa.

Cik Tie
Cik Tie
June 3, 2018 18:06

Ia betul ! Setiap orang akan menuju ke destinasi yang satu itu. Ketika itu memang bukan ilusi lagi buat kita

Scroll to Top