Blog Header

Definisi “Tengok jer…”

text, letter, old-4095909.jpg

Aku terpanggil untuk membuat entri ini setelah dua bulan berkecimpung dalam dunia ‘part-timer’ disebuah kedai aksesori gadget. (Baru dua bulan, dah kecoh….hahahahahahah) Well, ini bukan kecoh, cuma nak khabarkan sahaja.

Sepanjang dua bulan tu, terlalu banyak karenah, ragam dan watak manusia yang boleh kita aku jadikan…pengajaran? Yup, pengajaran mungkin… Kali ini aku terpaksa bebel jugak. Sebabnya, aku nak kalian kenal pasti, yang mana satu kategori kalian saat berurusan dengan tukang jual gadget phone.

Golongan 1- Tengok dari jauh. Tak pegang langsung!

Aku suka pelanggan macam ni. Usha lima kaki jaraknya. Tenung macam ingin tahu gamaknya. Dari kiri ke kanan kemudian melangkah perlahan kehadapan. Tengok sambil tangan bersilang didepan atau belakang. Muka tanpa reaksi. Ada jugak sesetengah yang bereaksi seakan tidak berpuas hati dengan harga.

Bila orang macam ni dah usha lama-lama, maka aku pun bangun untuk serve. Aku pun awal tadi usha jugak dia, cuma tak berganjak dari kerusilah. (Gua nak khatam sehari satu buku ni…)

Aku: Yes sir?

Belum sempat aku berdiri, mencicit lari. Cyeh! Kalau cakap ‘saya tengok jer’ automatik aku akan benarkan korang merenung selama mana korang mahu…

Golongan 2- Sebatu lagi dah tanya…

‘Adik/kak, casing (jenama phone) ada tak?’

Orang macam ni bagus. Aku akan terus direct pada casing yang mereka pinta. Mana yang ada aku tunjukkan, mana yang tiada aku akan jawab; ‘Sorrylah kami tak ada stock dari sekian sekian…’. Kena faham, saiz kedai 3’x3′ mana dapat sumbat semua jenama. Mesti ikut demand and marketlah…

Dari golongan ini akan melahirkan golongan kecil yang bertanya tapi….:

2(a) Kosong! 

Literally-nya hanya menengok saja tanpa belek. Tangan sekadar kuis-kuis sambil mulut cakap, “Ini je ke ada?” Aku pun senyum dan angguk. Bila dorang nampak bahagian depan macam bukan jenis dorang suka, terus assume semua sama tak lawa….Maka, mereka pun bla…

Orite, thanks…(mana yang thanks tu, welcome-lah, mana yang tak thanks tu, THANK YOU!)

2(b) Pilihan hati takde…

Dia dah belek. Habis tilik, dikuis bagai mahu tercabut, siap mintak tolong bukakan kunci dan ‘try boleh?’

Boleh saja nak try…

Maka, dia pun try casing tersebut pada phonenya. Demo sikit ala-ala selfie. Then, hurm…’Yang macam ni takde ke kak?’ sambil tunjuk pada casing dari jenama yang lain. Dia pun, ‘takpelah kak, terima kasih…’

Aku pun kemaslah macam biasa. Tiada paksaan dalam pilihan.

2(c) ‘Ada diskaun?’

Dia hampir sama macam golongan 2(b), tapi part nak bayar tu dia agak berat sikit. Lawa dah lawa, tapi mahal? Hurm….untuk phone 3k, 4k, casing RM29++ minta tawar? Are you kidding me? Okay, mungkin ada yang bawah dari harga tu, aku tak kisah pun diorang tanya diskaun. Orang tanya, kita kasi. Orang tak tanya, sale berisi. Tak gitu?

So, nasihat aku, cubalah tanya dulu pasal diskaun dan janganlah tunjuk muka macam memang nak beli. Kena pandailah kan…jangan tawar sampai diberi lengan minta peha pulak…fikirkan kalau korang meniaga, suka tak dengan makhluk yang kerja minta tawar ni? Harga mau tawar, air mau manis, apa kes?

Okaylah, kita pun bertoleransi mengikut polisi. Ada yang okay, terus angkat. Yang tak okay, terus berhajat untuk ke kedai ustad. No biggie!

Golongan 3- Ustad fan

Aku tak marah pun kalau korang minat beli aksesori gadget dekat kedai ustad. Aku pun kalau dah pi situ, aku akan suka jugak. (Cuma aku tak pernah pergi lagi setakat ni). Tapi ura mengatakan kedai ustad itu memang bagus, murah walhal kualiti dan mutu sama. Okaylah, tak kisah pun. Rezeki Ustad.

Cuma Fan dia, suka sangat membuat perbandingan. ‘Ini kalau dekat kedai ustad, seringgit pun boleh dapat’, ‘Uish, mahalnya…kat kedai ustad baru_____’. etc. etc. etc.

Dah naik muak dah. Tapi etika kata, walau orang campak tahi, kita kena bagi gula. Mungkin mereka kurang arif selok belok ekonomi…faktor lokasi, faktor sewa, faktor kemudah-dapatan, faktor belian pukal, faktor persaingan…..

Golongan 4- Tengok jer..

Ini sama dengan golongan 1 tadi. Cuma bagusnya diorang, diorang cakap yang mahu ‘tengok saja’. Okaylah, kita pun biarkan, sambung balik baca buku. Takdenya aku nak marah. Well, kalau aku jadi customer bila aku cakap ‘tengok jer’ tu, means ‘aku nak tengok tanpa kau tengok aku, boleh tak? Back off…’

Golongan 5- Habis madu sepah dibuang…

Mula tadi dia antara manusia dari golongan 2, tapi yang jadikan dia termasuk golongan 5 adalah bila dia dok tengok, dok try sampai dua tiga tapi satu haram tak beli? Seriously man?

Habis sepah satu, then boleh pulak cakap ‘mahal’? Logik akal cuba cakap barang dekat shopping mall mana yang korang boleh beli dengan RM100 ada sepuluh barang? Kalau ada aku nak pi. (Shopping mall, bukan shop lot atau pasar atau gerai.)

mall, shopping, centre

Golongan 6- Request pelik-pelik

“Saya nak casing yang tak keras sangat, tak lembut sangat..”

‘Adakah ia nasi?’ lintas fikiranku.

Ada masa tu, aku akan mencari dan tunjukkan ‘nasi’ yang dimaksudkan. Kalau kedengaran yang agak pelik dari ‘nasi’ tu, kita tak boleh nak buat apa. Ni memang kena pergi makan dulu…maklumlah bertanya time puasa, dapat pulak peniaga yang asyik fikir nasi…memang itu ajelah dia bayang. ?

Golongan 7- Memang perlu

Dia tanya, dia try satu dua, berkenan dia terus beli. Senang! Tanya diskaun, kita kasi, dia diam kita pun diam. Beres!

Golongan yang paling aku suka, urusan pun tak panjang…cerita pun mudah. Kita pun seronok dan doakan dia sentiasa murah rezeki.

##

Itulah definisi ‘tengok jer’ yang aku telah hurai beserta contoh. Kalau minta rajah, aku takleh kasilah. Sebab ini esei ma! hahahahha

Okaylah, dah macam buat tujuh golongan pemuda yang diyakini masuk syurga dah rasa. Walhal, 7 golongan pembeli aksesori phone. 

.

.

Selepas diteliti, pembelian casing ni hampir sama macam pemilihan jodoh. Satu metafora yang agak jauh untuk disamakan bukan? Tapi ada benarnya. Cuba tengok;

Golongan 1- Dia suka orang. Dia tengok dari jauh. Bila orang tanya, peluang dah ada, tapi dia lari…so, melepas jodoh bukan?

Golongan 2- Dia suka, dia tanya tuan badan. Available ke tidak. Ada ‘can’, masuk line, kalau takde dia berundur.

2(a)- Tanya tanya cuma nak tengok. Tak nak kenal pun. Nampak tak lawa, kita reject. Siapa kata lawa itu letak pada sarungnya?

2(b)- Tanya, berkenan tapi….kurang pakej. Sebab dia tak sama macam…

2(c)- Berkenan, jatuh hati…tapi hantaran mahal. Takpe kita boleh runding. Kalau betul ingin, kita kasi. Kalau tanya tak berisi, kita pun tak ingin…

Golongan 3- Orang dah kahwin cakap, hantaran melampau. Bila orang kasi murah, tanya pulak ‘ori’ ke tak…pastu buat majlis mahal, complain.

Golongan 4- Saya suka awak tapi saya tak nak kahwin dengan awak. Boleh?

Golongan 5- Try je, nak kasi komitmen tu…macam tak lah kot…mahal sangat!

Golongan 6- Terlalu banyak sangat ciri-ciri, sampai manusia macam tu sebenarnya tak wujud!

Golongan 7- Saya nampak awak, saya suka dan saya nak hidup dengan awak! senang! tak kisah berapa mahalnya. Janji awak, saya punya…?

Hahahahahhaha..

##

Okay, cukuplah setakat ni metafora melampau aku. Mahu kena ketuk dek orang. So, apa pandangan korang?

Adakah benar cara pembelian seseorang itu terhadap sesuatu barang melambangkan cara hidup dia dalam mengendalikan perhubungan?

Agak-agak korang akan masukkan diri korang dalam golongan nombor berapa? Haaa….

##

Kadang kita tak tahu pun tindakan kita boleh memberi gambaran kepada sisi kita yang lain bukan? Itulah uniknya manusia. ? 

Don’t take it too hard…just enjoy reading! ?
#salamramadhan

Subscribe
Notify of
guest
6 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 12, 2017 23:08

haaa…ini kalau mrs.A datang, confirm seronok kita nak layan..
🙂

Mrs. A
June 12, 2017 23:05

Kalau Mrs. A nak survey aje macam golongan 4 tapi kalau confirm dah nak beli golongan 7.

sofie adie
May 31, 2017 17:02

alhamdulillah…sejuk hati layan customer macam anis.
semoga murah rezeki anis 😀

sofie adie
May 31, 2017 17:01

hahahaha..betullah kan? kalau tak nasi, apa lagi dapat kita bayangkan..^_^!

alhamdullillah…
senangnya kalau dpt customer macam siqah. 😀

ANIS NABILAH
May 31, 2017 16:54

kalau casing saya nak mmg ada , sayalah golong ke-7

Siqah Hussin
May 31, 2017 16:54

Haha. "Adakah ianya nasi?" ??

Part metafora dalam pemilihan jodoh pun lawak. Sofie nie pandailah. Hehe. Siqah jenis kalau pergi kedai gadget, berkenan cuba dan ambil. Takde lah dah cuba letak balik. Hehe

Scroll to Top