Terminologi Spam Marketing

Terminologi Spam Marketing

Masa zaman 90-an, platform pemasaran yang ada hanya, TV, radio, majalah, flyers dan juga email. Itu pun tak banyak. Dan masih dikira boleh diterima pakai. Kadang, sampai ternganga-nganga tengok iklan. Mana yang ada lagunya, siap dihafal. Mana yang ada lawaknya, siap dilakon. Punyalah seronok tengok iklan zaman ritu.

Masa tu jugak, iklan dianggap precious dan punya value, nilai murni dan masih ada akhlak. Aku tak kata iklan sekarang takde semua ciri tu, ada….cuma tak banyak dan kurang isi serta context.

Tapi sekarang, platform pemasaran tu dah semakin menjadi-jadi tanpa sebarang kawalan. Sampai aku sendiri labelkan ia sebagai marketing sampah, spam dan annoying! Bukak IG; keluar iklan. Bukak FB; iklan. Bukak Youtube, iklan lagi. Dengar radio, iklan. Bukak tv, lagilah banyak iklannya. Siap bermacam jenis channel yang didedikasikan hanya untuk promote barang.

Ada barang yang relevant tu, tertarik jugaklah nak tengok. Tapi, kalau sampai tahap;

‘Lu tamau iklan, kasi gua duit‘ dah menjadi suatu dagangan yang diguna pakai oleh pelbagai developer tak kiralah negara mana. Semua sama je!

Punyalah ‘desperate time, desperate solution‘ dah menjadi makanan manusia hari ni. Kesian. Sangat….

Yang kaya, terusan kaya….

Yang marhaen, semakin marhaen sebab jadi keldai orang kaya. -Tiberrr…..

Takde salahnya pun nak promote barang apa benda semua tu. Kita semua tahu, bisnes bagus mana sekalipun kalau takde marketing, bisnes tu takkan jalan punya. Tapi berpadalah. Ber-pada-lah kalian. Jangan terlalu memaksa kalau orang dah tak terima.

Aku sendiri takkan dengar iklan merepek, irrelevant kalau aku tak perlukan barang tu. Aku nak, aku cari. Aku tak nak, buat apa peduli.

Satu lagi platform yang orang selalu jadikan ia spam adalah email. Yang ni aku tak kisah sangat, sebab email dia automatik ada filter spam. Tapi kalau main game yang klik sikit, iklan. Klik situ, iklan…iklan merata-rata tu kau nak jual game ke jadi sampah iklan de????

Dah-dahlah tu…..orang nak, orang carilah kau. Kalau iklan menarik takpe. Ni, iklan pun lahai….tak friendly usernya, panjang pulak masa tu. 5 seconds sudahlah. Ni sampai 15, 30 sec tu dah kenapa? Cerdiklah sikit kalau nak paksa orang tengok iklan tu pun.

Kalau iklan tu letak dalam website, letaklah kalau nak letak. Kita pun tahu, nak maintain sesebuah site tu bukan picisian. Makan ratus-ratus jugak setahun tu. So, okaylah. Cumanya sekarang, aku bising sebab lambakan iklan dekat socmed. Urgh!!!! Kadang tu berhenti main soc-med sebab dia dah jadi longkang iklan. Merata sampahnya.

Jadi, terminologi spam marketing ni berlaku bila orang tak tahu bezakan nilai pelanggan mereka. Google pun cerdik sekarang, sebab dia takkan recommend kita dengan iklan yang kita tak cari. Jadinya, kalau aku tak pernah search kau tu, tolonglah jangan sibuk muncul. Gunalah strategi cerdik sikit kalau nak promote barang. Kalau dak, hangpa memang spam marketing!

Tu je kot bebel selasa ni. Nak jual barang apa pun juallah. Tapi, berpada. Jangan sampai orang label kau spam sudah….

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Cik Roxa
August 8, 2020 15:04

hahaha , sorry i is tergelak dgn isu spam marketing ni …. faham betapa annoyance nya bila iklan lalu lalang masa kita tgh syiok layan games/video tu… mujurlah emel ada filter, kurg sikit kadar kehilangan kesabaran tu

Scroll to Top