Blog Header

People Like Me…

japan, osaka, night-2014619.jpg

Darsawarsa ini aku dah tak kisah pada kewujudan yang pernah aku agung dan sanjung suatu tika dulu. Aku lebih senang sendiri, hadap segalanya seperti kita punya segala kekuatan yang ada di muka bumi ini.

Sebab?

People like me don’t have people. We are the people that people have…

Makanya, aku syukur. Syukur kerana dalam kesendirian, sebenarnya ada orang yang anggap aku sebahagian dari kelompokan mereka.

Pelikkan?

Aku ni kalau jual insurans, confirm tadak orang nak beli. Sebab? Aku tadak ramai kawan, networking pun tak reti nak keep. Reti build pastu campak ke laut. Isunya malas nak keep update pada sesuatu yang renyah dan belum pasti. Aku pun kadang tak faham pasai pa…

Tapi benda berlaku. Tanpa sedar dan kadang kurang dibawah paras pengetahuan yang tinggi.

So, bulan Februari adalah bulan hopping. Aku tak tahulah kenapa aku bising-bisingngkan isu ni. Sebenarnya aku sayang nak kerja situ, nak tengok company tu growth etc, tapi…sampai bila aku nak tunggu dan tercongok di situ? Aku pun dah penat nak main game kecik. Somehow aku nak join something bigger something tremendous….

So, aku lagi sekali mencari arah kerjaya hidup aku. Mencari sesuatu yang solid dan bukan sekadar apply biasa-biasa lagi. Mahu kelainan….doakan pencarian yang damai itu ditemui.

Aku pun tak target kerja lama dekat sesuatu tempat yang aku nampak growth dia lambat…tak. Aku tak nak jadi orang yang itu. Yang selalu bagi harapan pada sesuatu yang tak nampak. Sudah-sudahlah hidup zaman tu labu oiiii!

Punya luas bumi Tuhan ni, alih-alih yang itu jugak kau berharap. Ada rezeki baru, baik kau pergi. Demi kau, masa depan dan kebaikan sendiri.

Bukan sesaja. Pujuk diri…jangan dengarkan sangat kata orang. Yang menentu masa depan kita itu adalah diri kita sendiri. Daripada dok bising-bising, baiklah kita bergerak dan terus merancang untuk lebih maju ke hadapan. Okies?

InsyaAllah ada lagi yang terbaik buat kita. Rezeki Tuhan tu luas. Chill…

Kadang, nak difahamkan semua benda ni tak mudah. Jadi, kita ikut je arus hidup ni…

Bak kata lagu FT; “Santai, santailah sayangku…pergi mana laju-laju…”

So, tarik nafas, dan hela….chill relax…this too shall pass…and we start it over again…

Never downgrade our values, ourselves…though I know I deserve a much better life than this…

Bagilah sisi kehidupan ini semuanya lancar paling kurang aku seronok dalam mengharungi dunia kerjaya…

Coz people like me do not have so many people, I have to be my people…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top