Hi kawan-kawan!
Ingat saya lagi tak? Budak yang berazam besar bulan lepas tu dah lesap nak dekat sebulan. Lepas tu, boleh pulak dia salahkan entri lepas dia sebagai alasan tak update sampai sekarang. Tapi betul weh, semua tu berlaku dalam masa sebulan ni.?
Alasan pertama, tidaklah menjadi masalah. Sebab setiap hari tu akan ada saja benda nak dibebelkan. Ada punya! Yang menjadi masalah adalah nombor dua. Laptop gua dah mula hang! Sekarang ni pun aku menggunakan laptop belas ihsan kakakku. Sedap je pakai laptop orang. Smooth…tapi tak sesedap laptop kesayangan. Laptop yang telah menabur bakti dan menemani dunia blogging (dunia tumbesaran emosi) aku yang baru lima tahun? Yeah, lebih kuranglah….
So, lepas sebulan sepi (lagi) takkan lah cerita pendekkan? Paaaanjaaaaaang sebenarnya nak cerita. Emosi kacau bilau, mental rosak dijangkiti virus, hati galau usah diperkatalah! Senang cerita, semuanya dah terkubur bersama bulan April.
Sebenarnya, aku rindu dengan kawan blog yang aku huhahuha dua tahun lepas. 2016. Takdelah lama sangat berlalu, tapi sepinya semua orang, buat aku rasa macam sedih…sedih sebab tak percaya yang SPM tahun ni adalah batch 2001!
Then what? Orang dah mula panggil ko mak cik? hah?
Hari tu, penghujung bulan March tidaklah berakhir dengan baik dalam kamus hidup aku. Dia seakan meninggalkan sedikit trauma ringan pada diri ini. Itu yang buat aku ‘bisu’ dari sebarang dunia maya.
Apa yang berlaku?
Biarlah menjadi tatapan si buku saja. Aku pun tak bangga bila terlibat dengan peristiwa itu. Semoga jadi pengajaran pada masa akan datang.
Dan….peristiwa itu buat hati aku sedikit tertutup dan beralih. Move on-kah aku?
Kalau ada yang perasan (kalau adalah…) aku terpaksa ‘cuci’ semua followers di Insta (ini termasuklah privatekan dan tidak lagi menjadi medium untuk mengiklankan entri blog), delete fb, dan target untuk hentikan twitter saja yang masih belum berjaya (how come aku nak stop using twitter, kalau tu medium yang sentiasa menghiburkan hari?)….Aku bukan taknak bergaul dengan masyarakat dan kenal lebih ramai orang…aku cuma…move on?
Or move back? atau aku takut pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku ada je….setiap hari scroll, belek, like dan usha semua tu…cumanya aku mula mempertikaikan…suatu benda. Kualiti or kuantiti?
Dan bila aku cuci semua nombor itu, aku rasa hidup macam makin ringan! (Okaylah, lepas ni aku dah boleh delete counter followers bagi blog pulak?). Sebab peristiwa itukah aku jadi begini?
Entah!
Dan suatu peristiwa lagi berlaku. Menjadikan hati ini semakin beku dan tertutup untuk bicara sama orang. Apa ke aku ni patut pindah ke Pluto saja? Kalau dengan semua orang kau tak nak bergaul!? Hahahahahah Entahlah weh…dia macam tengah healing downtime. Tengah nak kutip semula sisa yang bersepai dek peristiwa itu. Peristiwa itu…dan juga peristiwa itu… (ini kalau future aku baca balik confirm dia pun tertanya-tanya. Bendalah apalah peristiwa itu, itu dan itu tu? *sambil kerut dahi dan garu kepala*)
Dah, korang yang baca ni pun tak payah peninglah. Sebab tu orang kata, don’t get too close….it’s hell dark inside…
Antara alasan aku ‘cuci dan basuh’ semua akaun media sosial adalah, tadak function. Sebab aku ni kejap-kejap nak happy. Tak sampai beberapa jam, terjunam balik dalam lautan kelam yang aku sendiri dah penat untuk belajar mengapungkan diri dari lemas. Akhirnya, aku pilih untuk terus lemas…dan aku tak tahu sampai paras mana dah aku lemas tu…
Lain pada tu jugak, aku dah unlink-kan semua medium social dengan blog. So, blog ni macam satu gua yang memang tiada akses untuk menerokanya. Melainkan orang itu punya ‘kunci’ dan punya ‘tanda tanya’.
Dashyat ke bila aku dah move on?
Entah! Kata mereka aku tak patut namakan blog ni ‘The Warm Hearted’ sebab aku tak pernah kasi ‘Warm’ tu pada orang. Aku patut tukar kepada ‘The Cold Hearted’. Sebab itu memang identiti aku…??
Aku tak percaya. Itu kata mereka. Tapi, lama-kelamaan aku rasa kedinginan itu semakin mencecah suhu yang menyebabkan ramai tidak tahan…dan akhirnya aku beku sendirian….Itu pilihan aku? Inikah pilihan aku?
Entah…serasa ada baiknya mengasingkan diri dari memperjelaskan situasi yang bakal berakhir dengan spekulasi yang tiada benarnya pada personaliti…
Dia semacam bahagia.
Bahagia sebab dah tak kisah langsung apa yang orang fikir. (Iya ke?)
Tak!
Sebenarnya bahagia tu bila dia berhenti mengharapkan orang untuk terima dia dalam kelompok mereka….
Itulah dia bila aku dah move on.
Mereka kata bahaya.
Sebab aku semacam orang yang tidak pernah mereka kenal.
Voila!
Welcome to new world my man!
***
“Kau tak rasa ke kau macam pentingkan diri sendiri?”
“Kenapa?”
“Kau tak bagi penjelasan seolah kau hutang pada mereka…”
“I’m sick of it…”
“Then, let it go…”
Pray for the best.
Till then…xiao xin. Ila liqa’!
InsyaAllah. 🙂
Semoga segalanya baik-baik sahaja k
heheheh thanks for ur understanding….
InsyaAllah tidak. hahahhahah
Hahaha deep. It's ok. Sy faham..
Jangan delete blog ni sudah ???