laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Things make me LAZY to update the blog!

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh bagi alasan untuk biarkan dia bersawang lagi! Dah spent itu ini, lagi nak kasi sawang naik. Tapi tulah, kerja meng-update blog ni bukan perkara yang senang kawan-kawan. Dia perlukan idea, ilham, mood, semangat, muse, dan paling penting hati jiwa raga bersama gambar yang sesuai.

Untuk itu, aku memang salute dan tabik giler bagi siapa yang satu hari boleh up lebih dari tiga entri. Aku ni seminggu hanya mampu up tiga entri saja….(itupun tertakluk pada masa yang aku ada…)

Blogger, issues

Jadinya, antara faktor aku jadikan TAKDE MASA sebagai alasan untuk update blog, ada jugak faktor lain sebenarnya…

Antara sebab-sebab yang membuatkan aku malas giler naudzubillah nak up entri adalah:-

1- Idea, idea, idea, idea!

Bagi orang seperti aku yang ideanya banyak dipengarui oleh persekitaran, aku sangat susah nak kerah minda bila aku dalam keadaan selesa. Selesa?

Dengan maksudnya, just same old same old routine yang tiada pembaharuan dalam hidup. Erk?! Entahlah….aku pun confused kekadang samada semangat menulis tu sebenar-benar idea atau ilham yang tercetus dari perasaan. Hurm…..?

Untuk tidak fikir panjang lagi, aku akan senantiasa bawak buku conteng dan pen setiap kali pergi mana-mana. Senang nak coret bila tetiba ilham menjengah. Boleh je nak guna phone untuk taipnya, tapi tu lah….slow pulak ilham dicatat bila berlaku typo…

2- Komputer hang/lag nak mati!

Hari tu lappy aku buat hal. Dia tetiba lag sampai darah pun rasa hangin semacam. Bengang dia sampai rasa nak hempuk lappy dan baling kat dinding. Tapi tidaklah berlaku sebegitu sekali. Lappy ni harta gua yang paling bernilai kot! Mustahillah nak sesaja ganti. Memanglah lappy ni benda boleh ganti, tapi kenangan kita bersama lappy yang sekarang tu suatu benda yang takde galang gantinya.

Jadi, aku hanya cuci dan buang segala sampahh yang ada dalam lappy. Optimize kan dia balik supaya ringan sikit bila buat banyak kerja dalam satu masa. Dan alhamdulillah, sekarang lappy dah sihat…

3- Malas nak cari gambar/ edit gambar/ dan sewaktu dengannya

Kerja nak mencari gambar ni kadang macam simple dan petik jari semua settle, tapi bila dah buat….makan berjam-jam jugak. Walaupun sekadar guna stockphoto ?. Itu belum lagi nak godek gambar sendiri.

Bila dah jumpa gambar, kerja edit pulak satu hal. Bila tengah edit, nak cari font dan color yang bersesuaian pulak. Macam-macamlah…sampaikan sepatutnya aku update entry jadi terbengkalai sebab masa habis dekat bahagian gambar sahaja…

4- Privasi

Ada mood, ada gambar, ada masa….sayangnya tadak privasi. Aigooo….inilah satunya penyebab yang menyebabkan no entry for the days, or weeks or months! Aku ni pulak jenis manusia yang segan bila time aku taip orang tengok. Time aku nak taip ada orang lalu lalang tanya itu ini. ?

Daripada idea macam air terjun melimpah dan mencurah dengan lajunya terus jadi macam air pili masa musim kemarau! Akulahkan….memang terus tutup dan terpaksa lupakan segala benda yang sepatutnya dibuat. Kes ini bukan sahaja berlaku time nak update blog je, time buat assignment pun iya jugak. Sebab tu aku lebih suka buat kerja waktu malam, macam sekarang ni. Rumah pun sunyi, angin sepoi-sepoi bahasa mengirim idea dari tiupannya…??

5- Jiwa menulis tak sampai

Walaupun ada entri tu aku up sekadar up tanpa sebarang jiwa, dia akan menimbulkan rasa sedikit tidak puas hati. Sebabnya, kalau kita sendiri rasa entri tu tak berbaloi masakan orang lain akan rasa yang berbeza. Confirm-confirmlah orang pun akan rasa bosan dan mehh….apa bendalah minah ni bebel merapu panjang ni…???

Sedihkan? Aku pun sedih kalau orang bukak terus pangkah kita punya site. Satu bounce rate naik, satu lagi macam…syok sendiri! Huhuhuhuhuh tapi tu lah, tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa dan tak semua orang buat blog sebab nak baca blog…

Tapi, kesedihan itu tak lama pun sebab banyak lagi kerja lain yang aku perlu risaukan. Macam sekarang ni misalnya. Aku sepatutnya buat assignment yang perlu disubmit minggu depan, tapi biasalah…setiap kali nak buat assignment…dan dan tu jugaklah muse menaip blog tu datang….katanya nak buat assignment kan?????

Aiy, aiy….nak buat asignmentlah ni…adoyai!!

Okaylah, kalau korang pun ada masalah macam aku ni, korang akan buat apa untuk bagi semangat update blog tu ada?

Lagi-lagi personal blog ni, aku perati je geng-geng personal blogger dulunya aku suka lepak…sekarang sepi bhai! Tapi tulah,  mungkin realiti memerlukan lebih banyak komitmen berbanding dunia siber ni. Apa-apa pun ALL THE BEST untuk korang yang ralit membaca dan juga untuk mereka-mereka yang dulunya pernah ada blog tapi sudah pencen….

Till then!

Ila liqa’, maa’salamah and xiao xin!

Subscribe
Notify of
guest
18 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 12, 2018 01:19

betul tu. dah ada gambar, siap edit cantik punya….tetiba mood tulis pulak takde….postpone lagi…sampailah setahun dan berhabuk…selalu sangat saya mcm tu. hahahahah

Siqah Hussin
May 3, 2018 02:59

no 3 dan no 5 paling tepat sekali untuk diri Siqah. Hihi. Paling malas nak pilih gambar, edit dan letak watermark. Itu yang buat entri pending memanjang. Lepas tu, nak kena ada mood menulis baru jadilah siap satu entri blog. Kalau takde mood, rasa entri itu macam ada tak kena je. Hihi

sofie adie
April 26, 2018 23:34

kan??? tengoklah saya ni, lepas dua minggu pun belum tentu nak update sebab semua reasons kat atas! >_<
hahahahahah

sayidah napisah
April 26, 2018 23:27

no.3 tu tepat sekali! hahahah. kekadang sebab malas nak cari gambar or edit watermark kat gambar, tu yang slowww je nak update hahaha

sofie adie
April 22, 2018 11:37

samalah…bila on lappy dia slow nak matey tu…terus hilang idea dan juga mood -_-

farhanna jafri
April 22, 2018 11:36

jarang hilang mood nak menulis tapi punca utama selalunya sebab laptop slow teruk haihhhh

sofie adie
April 10, 2018 02:30

terima kasih kak! ^_^

sofie adie
April 10, 2018 02:29

kan? update memalam confirm tadak orang dah…tapi satu masalah dia, ngantuk! huhuhuhuh

sofie adie
April 10, 2018 02:29

huhuhuhu silalah update…karang dunia blog pun dah jadi platform promote barang saja…tak syok nak lepak dah…

sofie adie
April 10, 2018 02:28

kann!!!!! dan ini merupakan entri terakhir sebab malas carik gambar punya pasal.hahahahaha

sofie adie
April 10, 2018 02:27

tulah….kita suka baca blog yang sempoi…santai dan rilek jek…tapi semua pakat tak update…sampai kita pun terikut…

sofie adie
April 10, 2018 02:26

itulah…saya pun katanya nak update tiap minggu tapi hampeh…semua barai sebab realiti perlukan lebih banyak komitmen…huhuhuh

FHA Selemak Santan
April 10, 2018 02:24

lawa blok. akak berkenan

Erni Hasmiza
April 10, 2018 02:24

No 4 ??? memang kalau nak update blog kena ada privacy…malu weh hahaa

aswaleyla
April 10, 2018 02:24

sama laaa. sy punya entry last bila dah. tak update2 pun takde idea

Farah
April 10, 2018 02:24

Yang no 3 tu memang buat saya malas nak update blog juga T__T

Amira
April 10, 2018 02:24

betul la. blog blog yang selalu lepak dulu memang dah tak banyak yang update. entah ke mana semua menghilang. sekali dengan mood kita nak update pun hilang :'(

Hanis Amanina
April 10, 2018 02:24

Haha faktor komitmen di alam realiti tu… tepat sekali.

Memang membara2 perasaan nak update, tp bila nak siap satu entry tu kadang2 boleh makan masa berjam T_T

hanisamanina.com

Scroll to Top