Search
Close this search box.
Farewell Magazine

Farewell Magazine

Memilih untuk melepaskan sesuatu yang bakal menaikkan potensi dan kredibiliti kau itu tidak mudah. Sukar! Ya, terlalu sukar. Tapi, untuk mengejar segalanya kau takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Yup! Itulah situasi yang aku hadap sekarang.

Selepas menerima email dari chief editor Zalora magazine, mengenai perubahan hala tujuan majalah tersebut, aku memilih untuk berhenti menjadi contribution zalora magazine. Kenapa? Aku melepaskan permata dan mengejar pasirkah?

Jujurnya, terlalu sedikit sangat contribution yang aku buat sampai nak pinjam nama mereka untuk jual diri. Ya, it’s nice working with them for almost 5 years  I think. But, for the good sake, aku pilih untuk fokus pada satu matlamat. Dah terlalu lama aku reka hidup pelbagai sisi. Aku pernah rasa manisnya hidup bila fokus hanya pada satu misi. Hasilnya, bila fokus, aku akan dapat. Dengan izinNya. Sebab itu yang aku hendak.

Jadi, dalam tempoh kurang dari tiga bulan ni, aku perlu berfikir dan bertindak dengan bijak. Bukan lagi ikut rasa dan perasaan. Segala pertimbangan harus diterima akal dan wajib berfikir panjang.

Mungkin dengan melepaskan title sebagai contributor Zalora, aku boleh lebih fokus dengan plan hidup yang lainnya. Seperti, mengusahakan Nilediting hingga menjadi suatu entiti perniagaan yang diperlukan semua orang. Mana tahukan?

Kalau kau usaha sikit itu, sikit ini tanpa fokus yang sebetulnya, lama kelamaan, kau akan lari fokus.

Oktober.

Bulan untuk mengubah lensa dan perbetulkan perspektif dari semua segi. Terutamanya hidup dan kerjaya. Orang mungkin akan kata kau gila kerja atau obses pada career sehingga lupa yang hidup ini bukan hanya untuk kerja sahaja. Kadang, dengan kerja….ia membantu kita lenyap dalam dunia lain seketika. Dunia yang membuatkan kau lupa apa itu bosan.

So here it is, farewell Zalora Magazine. It’s such a generous pleasure to work with you. Have a great day ahead and all the best!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top