Search
Close this search box.
beach, sand, ocean-2879929.jpg

Desolation vs Isolation

Musim selesema atau aku selama ni kebaskan diri dari jatuh sakit?

Aku terbaca satu artikel dekat satu website ni disebabkan curious tentang habit aku yang sekarang. Aku selesa dengan isolation dan kadang terjerumus pada desolation.

Semalam sambil iron baju dan tudung aku pasang audiobook 48 Laws of Power. Buku yang aku pernah baca masa zaman diploma ri tu. Dalam satu law tu dia ada kata, tidak digalakkan terlalu asingkan diri. Aku macam, dah kenapa an…bukan isolasi ni suatu privasi ke?

Tidak ya. Isolasi ni dia ada bagus dan lebih kepada buruk. Sebab kita dah selesa dengan kesendirian kadang orang pun boleh jadi lupakan kita. Huh? Isn’t that good things?

Law tu kata is not a good choice.

Aku ni sejak pada zaman Corona sampai la aku kuarintin diri. Hahahaha dia makin menjadi-jadi untuk tidak keluar rumah. Dasyat tak dasyat sampai aku rasa selesa untuk statik.

Potensi besar bila kita terlalu biasa dengan dua perkara ini adalah, dementia.

Hah, kau tak ingat ke dalam Orange is the New Black salah sorang karakter dia yang paling power boleh kena dimentia sampai tahap kronik. Kau jangan main-main dengan sakit hilang ingatan ni. Walau aku tahu kau pernah ingin untuk menjadi lupa pada semua. Tidak, tidak, jangan bermain dengan kata-kata sobat. Sampai masa kau diuji nanti, terduduk kau.

Album baru Illenium tahun ni aku paling suka selepas album dia yang Fractures tu. Antara artis yang paling rajin terbitkan album. Bila ntah Arrested Youth nak ada album baru. Same goes tu Ryan Caraveo. Ergh…aku dok repeat album yang sama je dorang ni.

Apa yang jadi bila aku pilih untuk tidak asingkan diri?

Aktifkan semua laman media sosial.

Orang kata bila kita terlalu sibuk dengan kerjaya hingga rutin seharian semua berkisar kerja dan bila jumpa rumah kau hanya santai main game, masa berlalu tersangatlah pantas. Tup tup dah September. Giler kejap kan rasa.

So, lepas ni korang tengoklah aku aktif dekat sini lebih lagi. Itupun tak janji lah. Ambik syarat yang update sebagai aku masih hidup lagi. Pun bisakan…

Okaylah, sambung kerja dulu. Papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top