Blog Header

April dan Hidup

moon, heaven, the atmosphere-7892567.jpg

Alhamdulillah sejak masuk bulan April ni hidup aku berlalu seperti sebuah drama RTM. Sebuah struggle yang jarang dikongsi tapi aku tetap akan cerita. Seolah pengalaman hidup ini sebuah dongeng dan ilusi yang orang tak akan percaya. Aku sendiri pun kadang tak percaya yang aku boleh hadap setiap pengalaman tu.

Misalnya yang paling-paling dan terpaling aku tak percaya setakat hari ni adalah aku menjadi warehouse helper dekat Mydin. Itulah pengalaman terpaling takut yang pernah aku alami. Ye lah mana taknya, dalam ramai-ramai pekerja kat situ aku adalah manusia warganegara. Semua adalah pekerja luar. Mahu tak nervous jiwa nih.

Tapi aku hadap dengan sabar. Kerja dan hidup ni keras kawan. Maka kita kena steady. Tenang saja anak muda.

Bermula 1 April hari tu aku dah join GoGetter secara aktif dan rasmi. Selama ni aku register aku tak pernah pun ambik mana-mana job lagi. Maklumlah waktu dan tarikh tak bersesuaian. Selepas dua minggu pergi balik interview, aku pun mula cari ikhtiar untuk buat duit setiap hari, dengan kerja yang lebih realistik dan lebih kepada pengalaman dunia yang aku jarang ceburi.

Penat memang penat, tapi seronoklah sebab kau boleh kumpul seberapa banyak pengalaman yang kau mahu. Sisi hidup yang orang tak pernah kisah akan jatuh hidup kau. Hahahaha tapi kita enjoy. Kita syukur sebab masih dikurnia kudrat serta jiwa yang kental untuk hadap segala ujian. Alhamdulillah.

Mungkin dengan pelbagai pengalaman ni aku akan mula kumpul sedikit demi sedikit sebelum terbit buku.

Kenapa masih tak terbit?

Sebab pengalaman masih belum banyak. hahahaha dasar alasan tak logika la kau.

Aku doakan agar kita semua diberi kecukupan dan kemudahan dalam mengharungi kehidupan. Aminnn…

InsyaAllah dengan cerita yang banyak ini, perlahan aku nukil buat tatapan rasmi awam kelak. Sape yang dah lama baca blog aku, dan masih setia tu, aku ucapkan jutaan terima kasih. hahahahah kalau adalah….aku pun tak tahu ada lagi ke manusia yang enjoy baca cerita merepek aku nih.

Huhuhuhu…ada tu cuma aku tak tahu hahahaha gila perasan sia minah ni!

Dahlah weh, esok shift kerja start awal, kena gerak awal. Ni mata sejak Ramadan asyik kerja nak pejam semedang. Ah! aku kena lawan! Hidup harus diteruskan!

Semoga dipermudahkan urusan semua!

Till then!

p/s: kata tak nak raya, tapi beli jugak baju rayanya…apodaa

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top